KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan tidak dapat menahan sebak mengenang tekanan yang dihadapi 2,400 pembeli kediaman Projek Rumah Wilayah Persekutuan (Rumawip), Residensi Hektar Gombak, yang kini menjadi projek sakit.
Ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini, Zahir sedih mengenangkan kesukaran hidup dihadapi pembeli rumah terbabit yang gagal disiapkan pada waktu dijanjikan iaitu pada Mei tahun lalu.
"Perumahan Residensi Hektar merupakan projek Rumawip di bawah Wilayah Persekutuan. Projek ini (kini) dikategorikan projek sakit.
"Residensi ini mempunyai 2,400 unit dan kelewatan projek ini mengakibatkan para pembeli menghadapi tekanan berterusan... (antaranya) terpaksa membayar sewa rumah dan (pada masa sama) bayar pihak bank (pinjaman perumahan).
"Kelewatan projek perumahan ini diselesaikan juga membawa kepada pelbagai masalah lain (kepada pembeli) termasuk penceraian dalam kalangan pembeli.
"Ada juga yang tak sempat masuk rumah telah meninggal dunia. Jawapan YB Timbalan Menteri pada soalan lisan saya semalam (Selasa, 24 Oktober) telah memberikan cahaya kepada nasib projek ini.
"Berikanlah keadilan sewajarnya kepada pembeli yang terjejas teruk atas kelewatan projek. Dengan bantuan dan sokongan pihak kerajaan kita harap dapat memulihkan dan memberi kelegaan kepada semua yang terlibat," katanya lagi.
Pada Selasa, Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir ketika menjawab soalan Zahir berkata, jawatankuasa bertindak kementeriannya telah mengadakan pertemuan dengan pemaju, pembeli dan institusi kewangan.
Pendirian kerajaan jelas Akmal, adalah pemaju wajib menyelesaikan atau menyiapkan sebarang kemajuan perumahan.
Residensi Hektar Gombak dimulakan pada 2017 dengan nilai pembangunan kasar RM700 juta.
Unit dengan keluasan 800 kaki persegi dijual pada harga RM266,000, dan RM299,900 (850 kaki persegi).
Projek yang mempunyai lima blok dan dibina atas Tanah Rizab Melayu seluas 7.85 hektar itu sepatutnya siap pada Mei 2022. Namun ia telah ditunda sebanyak dua kali iaitu pada Oktober 2022 dan 19 Mac tahun ini.
Fareez Azman
Wed Oct 25 2023

Zahir sedih mengenangkan kesukaran hidup dihadapi pembeli rumah terbabit yang gagal disiapkan pada waktu dijanjikan iaitu pada Mei tahun lalu. - Gambar/ Astro AWANI
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

KPKT akan keluarkan surat pengesahan status Residensi Hektar Gombak
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengeluarkan surat pengesahan status projek Residensi Hektar Gombak dengan menyarankan beberapa perkara untuk meringankan beban pembeli yang ter

Ahli Parlimen sebak kenang tekanan dihadapi pembeli kediaman 'projek sakit'
Zahir sedih mengenangkan kesukaran hidup dihadapi pembeli rumah terbabit yang gagal disiapkan pada waktu dijanjikan iaitu pada Mei tahun lalu.