PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa kenaikan gaji penjawat awam yang dibentangkan dalam Belanjawan 2025 akan datang akan menerima 'sokongan bergaya' di Parlimen.
Perdana Menteri menegaskan, jika ada mana-mana pihak yang cuba membantah kenaikan tersebut, mereka perlu 'dihumban' dalam pilihan raya akan datang.
Katanya lagi, pihak yang melontarkan kritikan mengenai cadangan kenaikan gaji penjawat awam tidak sepatutnya bersikap angkuh, sebaliknya perlu sabar menunggu perincian daripada kerajaan.
"Dia (pengkiritik) kata pengumuman Anwar untuk laksana (kenaikan gaji) pada 1 Disember, mana tahu Parlimen tak luluskan?
"Saya nak tanya Ahli Parlimen mana yang nak bantah kenaikan? Kalau dia bantah kita humban dia dalam pilihan raya akan datang
"... yang dikaitkan ialah kenaikan ini rendah (iaitu) 15 peratus kerana pernah (sebelum ini) mencecah 35 peratus. Sebab itu saya (kata), nak kritik boleh tetapi sabar dulu.. Jangan sombong dan angkuh, jangan dengki.
"Dengki itu kerana bila ada pengumuman baik, orang sambut baik... dan dia mesti cuba berhujah untuk mencemuh. Saya nak beritahu saudara, kalau kita tengok perincian keputusan ini, sebenarnya bagi kategori rendah, kenaikan itu antara 20 peratus sampai mencecah 40 peratus bagi kebanyakan pekerja awam.
"Maknanya sekarang ini kenaikan secara umum 15 peratus tetapi secara khusus bagi pihak (gred) rendah, kenaikan antara 20 peratus dan ada yang mencecah hampir 40 peratus," katanya pada Khamis.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Dokumen Terma Rujukan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (MCBA) dan penguatkuasaan mengenai kawalan dan perlindungan sempadan negara dan Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Sambutan Hari Raya Kementerian Dalam Negeri (KDN) MADANI Tahun 2024, hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan semalam mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula Disember ini, antara tertinggi dan terbaik dalam sejarah negara.
Kenaikan itu melibatkan peruntukan lebih RM10 bilion.
Perdana Menteri turut membidas pihak terbabit sebagai 'haprak' dan tidak boleh diterima kerana mengkritik usaha kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam selepas 12 tahun ia tidak dilaksanakan.
Beliau berkata, kerajaan belum lagi mengumumkan secara terperinci mengenai kenaikan gaji penjawat awam kerana ia perlu mengikut proses sepatutnya.
Begitu pun, Anwar berkata dasar berkenaan telah dipersetujui oleh pimpinan utama parti yang menganggotai Kerajaan Perpaduan termasuk Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (BN-UMNO), Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.
"Jadi saya harap jangan dengar (kritikan)... Dia gunakan kononnya (sebab Pilihan Raya Kecil) Kuala Kubu Baharu... Ini tak ada kena mengena dengan Kuala Kubu Baharu. Keputusan itu kita buat awal tahun lagi sebelum Ahli Dewan Undangan Negeri (Kuala Kubu Baharu) meninggal dunia.
"Kemudian kita cakap pengumuman (kenaikan gaji) itu dibuat secara bertahap. 1 Mei (semalam) kita umum secara dasar. Kemudian kalau sempat kita bawa kepada Jemaah Menteri," ujarnya.
Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) tidak menolak kemungkinan maklumat secara lebih terperinci akan dimaklumkan pada perhimpunan Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) sebelum ia secara lengkap diumumkan dalam Belanjawan 2025.
Hasimi Muhamad
Thu May 02 2024
Perdana Menteri (tengah) hadir pada Majlis Penyerahan Dokumen Terma Rujukan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (MCBA) hari ini - Foto/ Astro AWANI
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Prabowo demam, mohon pertemuan dengan Anwar ditangguh
Anwar menerusi perkongsian di laman media sosialnya berkata, Prabowo memohon untuk menangguhkan pertemuan tersebut kerana mengalami demam.
Pelbagai perencanaan strategik lonjakkan ekonomi sepanjang 2024 - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan MADANI telah melaksanakan pelbagai perencanaan strategik untuk melonjakkan ekonomi negara sepanjang 2024.
PM Anwar salur peruntukan khas RM3.17 juta untuk rumah ibadat masyarakat India
Perdana Datuk, Seri Anwar Ibrahim menyalurkan peruntukan khas sebanyak RM3.17 juta bagi pelaksanaan program 90 buah rumah ibadat masyarakat India.
Draf kertas Kabinet mengenai pengasingan kuasa AG dijangka siap pertengahan tahun depan
Anwar berkata, seorang menteri telah ditugaskan bersama dengan pasukan petugas untuk meneliti cadangan pembahagian fungsi antara AG dan PP.
PM Anwar bertemu pengamal media, kongsi perkembangan hala tuju negara
Anwar berkata sesi itu penting supaya penjelasan dapat diberikan khususnya mengenai prestasi jemaah menteri, dasar luar dan ekonomi negara.
PM Anwar puas hati prestasi Jemaah Menteri, ada ruang untuk diperbaiki
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh kesemua Menteri Kabinet setakat dua tahun pentadbiran Kerajaan MADANI.
Malaysia akan sesuaikan diri dengan era Trump, kata Anwar
Anwar menegaskan kepentingan AS sebagai pelabur kumulatif utama Malaysia, di samping kuasa besar global lain seperti China dan Jerman.
Petronas syarikat nasional, bukan Semenanjung - PM Anwar
Anwar berkata adalah penting untuk Petronas diiktiraf sebagai sebuah badan nasional dan semua obligasi kontraknya dihormati tanpa sebarang kompromi.
Anwar yakin menang jika PRU diadakan lebih awal
Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa Kerajaan Perpaduan yang diterajui beliau mempunyai kelebihan untuk menang jika pilihan raya umum (PRU) diadakan dalam tempoh terdekat.
Kemiskinan tegar: Hentikan naratif pemprofilan perkauman - PM Anwar
Beliau berkata dasar kerajaan adalah jelas, iaitu memberi bantuan tanpa sebarang diskriminasi kaum dalam usaha menangani kemiskinan tegar.