BANGI: Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev menandatangani dekri untuk Anugerah Kehormat sempena '30 Tahun Kemerdekaan Uzbekistan ' yang bakal diterima ahli akademik Malaysia atas sumbangannya dalam memperkukuh hubungan Uzbekistan-Malaysia.
Penerima ialah Pengarah Institut Islam Hadhari (HADHARI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Fariza Md Sham.
UKM dalam satu kenyataan memaklumkan penghargaan itu disampaikan Duta Uzbekistan ke Malaysia Ravshan Usmanov pada Selasa (5 Okt), di hadapan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) UKM Prof Dr Mohammad Kassim.
Fariza, anak kelahiran Temerloh, Pahang, seorang ahli akademik cemerlang yang telah menerima banyak penghargaan sepanjang kariernya.
Beliau turut menghargai usaha universiti atas peluang diberikan dan menyediakan platform seperti HADHARI yang membolehkannya bekerjasama dengan Uzbekistan.
Dalam kenyataan itu, Usmanov berkata Fariza telah memainkan peranan memperkukuh hubungan Uzbekistan-Malaysia dalam bidang pendidikan dan budaya dengan memperluas kerjasama antara institusi penyelidikan kedua-dua negara.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerjasama berterusan antara HADHARI, Pusat Peradaban Islam Uzbekistan dan Pusat Penyelidikan Ilmiah Antarabangsa Imam Bukhari.
"Bersama UKM dan HADHARI, kami akan terus memperkukuh kerjasama kami untuk mendapatkan pemahaman lebih baik mengenai warisan peradaban Islam," katanya.
Anugerah itu bertujuan memperlihatkan perkembangan usaha sama pembangunan Uzbekistan dalam memastikan keamanan dan kestabilan, keharmonian dan toleransi antara etnik, pendidikan generasi muda serta meningkatkan kerjasama antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 08 2021

Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev. - BERNAMA
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri pada Jumaat
Proses mengambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan disambung pada pagi Jumaat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih - Kenyataan
Petronas sedia menjayakan inisiatif tersebut, menyediakan kepakaran sokongan teknikal, pertukaran maklumat, dan konsultansi dalam bidang berkepentingan.

Presiden Uzbekistan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Presiden Shavkat Mirziyoyev disambut oleh Perdana Menteri Anwar sebaik tiba pada 10 pagi, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.

Ini destinasi Umarbek Eshmurodov selepas tinggalkan Selangor
Pemain berusia 32 tahun itu tidak akan menyambung kontrak berikutan tempohnya bersama The Red Giants bakal tamat hujung bulan ini.

UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai
Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.

Hari bertenang di Uzbekistan sebelum pilihan raya Ahad
Pada Sabtu, semua bentuk kempen - melalui televisyen, radio, media sosial, dan sepanduk fizikal - dilarang sama sekali.

Anwar terima kunjungan hormat Yang Dipertua Dewan Perundangan Majlis Oliy Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Yang Dipertua Dewan Perundangan Majlis Oliy Uzbekistan Dr Nuriddin Ismoilov.

Asia Tengah lihat Malaysia sebagai negara Islam contoh - Mohamad Hasan
Dewan Rakyat diberitahu bahawa negara Asia Tengah seperti Republik Kyrgzytan, Kazakhstan dan Uzbekistan memandang Malaysia sebagai model negara Islam yang baik.

Potensi eksport RM2.4 bilion dari Kazakhstan, Uzbekistan, peluang besar untuk syarikat Malaysia - Tengku Zafrul
Potensi eksport RM2.4 bilion daripada Kazakhstan dan Uzbekistan menandakan peluang besar yang boleh dimanfaatkan oleh syarikat Malaysia.

Lawatan Anwar ke Asia Tengah, misi Malaysia cari lebih ramai sahabat setia
Kunjungan ke negara Asia Selatan mungkin tidak memberikan kesan ketara kepada kemajuan ekonomi.

Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.