Pengalaman membeli baju raya tahun ini menjadi kenangan paling manis buat Aliah, penghuni Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah Kalsom di sini, kerana berpeluang bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Aliah, 10, juga mengakui agak gementar apabila Sultan Abdullah berkenan memimpin tangannya semasa menaiki eskalator di pasar raya dan mula bertanya beberapa soalan kepadanya sepanjang perjalanan.
"Tuanku tanya saya hendak beli apa dan saya jawab baju raya. Tuanku beritahu saya ambil apa sahaja yang saya berkenan...sebenarnya saya segan nak bercakap (dengan Tuanku) kerana saya tak tahu gelaran yang sesuai untuk Tuanku.
"Tapi saya sempat mengucapkan selamat Hari Raya kepada Tuanku. Seronok sebab saya tahu Tuanku orang besar dan tiba-tiba saya dapat berdiri sebelah dan tak sangka Tuanku ramah orangnya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Aliah antara 106 anak-anak kurang bernasib baik dari Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah Kalsom dan Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah di sini, yang diraikan oleh Yayasan CIMB untuk membeli kelengkapan raya di sebuah pasar raya di sini, hari ini.
Terdahulu Sultan Abdullah yang berkenan mencemar duli menemani kanak-kanak tersebut membeli kelengkapan raya, meluangkan masa selama sejam untuk menyantuni dan bertanya khabar kanak-kanak itu, yang semuanya kelihatan teruja bertemu baginda.
Sultan Abdullah yang memandu sendiri kereta ke pasar raya itu ditemani empat anakanda baginda iaitu Tengku Amir Nasser, Tengku Puteri Iman Afzan, Puteri Ilisha Ameera dan Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz dan isteri, Datin Seri Johanna Raja Arshad dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan CIMB, Datuk Hamidah Naziadin.
Sementara itu, seorang lagi penghuni Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah Kalsom, Alisha, 10, berkata Sultan Abdullah memilih sepasang baju kurung berwarna merah jambu untuk dirinya, namun kerana gementar, dia hanya tersenyum sehingga terlupa mengucapkan terima kasih.
Penghuni Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Syamil, 11, pula berkata, dia mengambil peluang untuk menambah koleksi gasing moden, Beyblade selain membeli baju Melayu berwarna merah dan kasut.
"Ini Beyblade keenam saya...saya nak beli kerana kami selalu berlawan sesama sendiri di rumah. Bila mereka kata kami boleh beli satu permainan, saya terus memilih Beyblade," katanya.
Yayasan CIMB mula melaksanakan Program Membeli-Belah Hari Raya bermula 2013 dan setakat ini telah membelanjakan lebih daripada RM400,000 yang memanfaatkan lebih 2,000 kanak-kanak dari 30 buah rumah perlindungan dan rumah anak yatim dari seluruh negara.
Yayasan CIMB yang ditubuhkan pada 2007, telah memperuntukkan RM140 juta yang memperuntukkan 750,000 orang menerusi 1,157 inisiatif bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik. - BERNAMA
Bernama
Thu May 30 2019
![Agong teman beli baju raya, Aliah mengaku gementar Agong teman beli baju raya, Aliah mengaku gementar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/71559200877_AGONG.jpg)
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatudin Al-Mustafa Billah Shah menemani 106 penghuni dari dua rumah perlindungan kanak-kanak membeli kelengkapan Aidilfitri. - Gambar BERNAMA
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Agong teman beli baju raya, Aliah mengaku gementar Agong teman beli baju raya, Aliah mengaku gementar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/71559200877_AGONG.jpg)
Agong teman beli baju raya, Aliah mengaku gementar
Pengalaman membeli baju raya tahun ini menjadi kenangan paling manis buat Aliah, penghuni Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah Kalsom di sini, kerana berpeluang bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Su