ROMPIN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menyerahkan Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru'RASA) kepada tujuh penerima di daerah ini.
Al-Sultan Abdullah menzahirkan lebih banyak kediaman seumpamanya dibina di Pahang, selepas disembah maklum bahawa 124 daripada 178 unit rumah Ru'RASA telah siap dan sedia dihuni penerimanya.
"Inilah usaha saya, kerajaan Pahang dan UAE (Emeriah Arab Bersatu) untuk membantu rakyat Pahang... kita nak pelbagaikan lagi rumah untuk rakyat melalui kerajaan negeri misalnya seperti Rumah Rakyat Pahang, Rumah Makmur dan PR1MA Pahang.
"Saya sentiasa ingatkan kerajaan negeri (untuk) pelbagaikan rumah... rakyat Pahang harus dapat sedikit sebanyak tanah rumah lot untuk berkebun di masa depan," titah Seri Paduka semasa mencemar duli menyempurnakan Majlis Pengurniaan Kunci Ru'RASA di Kampung Janglau di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Duta Besar UAE Dr Mubarak Saeed Ahmed Burshaid AlDhaheri, Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman dan Pegawai Daerah Rompin Datuk Ahmad Nasim Mohd Sidek.
Pelaksanaan Ru'Rasa dengan kerjasama UAE di daerah ini melibatkan rumah setingkat dan bertiang masing-masing bernilai RM75,000 dan RM100,000 yang dilengkapi tiga bilik.
Pada titah itu, baginda turut menzahirkan kesyukuran dan penghargaan kepada Presiden UAE Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan atas bantuan menyediakan kediaman selesa buat mereka yang kurang berkemampuan.
"Terima kasih kepada kerajaan negeri sediakan tapak rumah dan kerajaan UAE yang menghulurkan sumbangan termasuk kepada mangsa banjir sebelum ini.
"Penerima rumah ini harus bersyukur dan berterima kasih. Saya ingin nasihatkan jangan sesekali fikir nak jual atau sewakan, tinggal di sini sampai tua... (tetapi) kalau ingin besarkan atau cantikkan hak anda," titah Seri Paduka.
Sementara itu, seorang penerima Ru'RASA Hairul Anwar Hashim, 45, berkata impiannya untuk memiliki kediaman sendiri tercapai selepas dimaklumkan terpilih menerima rumah berkenaan.
"Junjung kurnia kepada Seri Paduka atas pemberian ini dan saya berterima kasih kepada bekas tok ampat yang turut membantu saya memohon dan akhirnya dapat rumah ini," katanya yang bekerja sebagai pemandu lori.
Ibu tunggal Anita Ab Kadir, 49, berkata rumah berkenaan akan menjadi tempat berteduh bersama lima anaknya setelah sekian lama mereka menyewa rumah di sekitar daerah ini.
"Saya bekerja di kedai makan yang membayar gaji secara harian sebanyak RM30...pendapatan tidak menentu ini menyebabkan saya sukar untuk membeli rumah sendiri.
"Lega akhirnya kini dapat rumah sendiri, cuma sedikit ralat hasrat ibu saya yang nak tengok anaknya tinggal di rumah sendiri tidak kesampaian, arwah meninggal sebelum rumah ini dikurniakan, " katanya yang berterima kasih atas pemberian rumah itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 16 2023

Yang di-Pertuan Agong berkenan menyampaikan replika kunci rumah kepada penerima, Hairul Anuar Hashim pada Majlis Penyampaian Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA) di Kampung Janglau, hari ini. - Foto Bernama

MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan
MAIWP menzahirkan penghargaan kepada pembayar zakat di Wilayah Persekutuan yang membolehkan program kebajikan seperti ini diteruskan.
#AWANIRingkas 14 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Mac 2025
1️⃣ Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
2️⃣ Aliff Syukri diperintah bela diri
3️⃣ Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
#awaniringkas
1️⃣ Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
2️⃣ Aliff Syukri diperintah bela diri
3️⃣ Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
#awaniringkas

Cabaran Malaysia di All England berakhir
Cabaran Malaysia dalam saingan badminton All England berakhir selepas dua wakil terakhir negara, tersingkir di peringkat suku akhir hari ini.

Terperdaya dengan pelaburan saham tidak wujud: Pesara rugi RM2.3 juta
Seorang pesara terpaksa berputih mata setelah mengalami kerugian RM2.3 juta apabila terpedaya dengan pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan lumayan.

Malaysia perlu perkukuh keselamatan siber menerusi kepakaran tempatan
Usaha berkaitan keselamatan siber negara perlu diterajui pakar tempatan bagi mengurangkan ketergantungan terhadap kepakaran dan penyelesaian luar negara.
MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital & pusat perubatan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, MAIWP memberikan sumbangan sebanyak RM1.87 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan menerusi Tabung Kebajikan Hospital.
Dialog Poket Rakyat: RUUKP: Kawal selia ‘Buy now pay later’
Sejauh mana Rang Undang Undang Kredit Pengguna (RUUKP) mengawal selia industri kredit Malaysia terutamanya kegiatan pemberi kredit perkhidmatan BNPL sekaligus melindungi pengguna kredit daripada terma urus niaga yang berat sebelah dan tatacara pengutipan hutang yang berhemah? Diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat jam 9 malam ini.

FBM KLCI ditutup tinggi seiring bursa serantau
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri minggu ini dengan meningkat sedikit, seiring dengan indeks serantau walaupun Wall Street mencatatkan prestasi lemah dalam tempoh semalaman.
Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat SPRM pada jam 5.42 petang, selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam.
Aliff syukri diperintah bela diri kes video sumbang lagu raya
Datuk Aliff Syukri diperintah untuk membela diri oleh Makmah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan berkaitan video raya berjudul 'Kelepok Raya'.

PM Anwar ucap tahniah kepada penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat hari wilayah
Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada 32 individu yang dianugerahkan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Dikurnia gelaran Datuk, suntikan semangat tingkat perkhidmatan kepada rakyat - Fahmi
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah yang diterimanya hari sebagai satu suntikan semangat.

Agong perkenan dua akta diluluskan sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong memperkenankan dua akta yang diluluskan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 14 Okt hingga 12 Dis lepas.

Agong kurnia bot pemintas berteknologi tinggi kepada Maritim Malaysia Pahang
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan sebuah bot pemintas berteknologi tinggi kepada Maritim Malaysia Pahang.

Agong zahir ucapan selamat Hari Tentera Darat ke-92
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Darat ke-92 kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM).

Agong selamat tiba di tanah air selepas lawatan khas ke Brunei
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pagi tadi.

Agong berangkat tiba di Brunei sempena lawatan khas
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berangkat tiba di Bandar Seri Begawan, Brunei sempena lawatan khas hari ini.

Agong berkenan berangkat ke mesyuarat pengurusan kanan Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengadakan mesyuarat bersama pengurusan kanan Istana Negara di Istana Negara, hari ini.

Warga emas didenda RM30,000 muat naik hantaran bersifat palsu mengenai Agong, Majlis Raja-Raja
Seorang warga emas didenda selepas mengaku bersalah memuat naik hantaran bersifat kandungan palsu mengenai Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja menggunakan aplikasi Facebook.

Agong perkenan enam akta diluluskan sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong memperkenankan enam akta diluluskan Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 14 Okt hingga 12 Dis lepas.