Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berkenan merasmikan sebuah masjid yang dinamakan sempena nama Seri Paduka di Kampung Lajau di sini.
Masjid Sultan Muhammad V sebelum ini dikenali sebagai Masjid Al Muhammadiyah Jamek. Ia adalah masjid kedua terbesar di Labuan.
Sultan Muhammad V, yang memakai jubah berwarna putih, berkenan menandatangani plak simbolik perasmian masjid berkenaan.
Keberangkatan tiba Sultan Muhammad V di masjid itu pada 12.43 tengah disambut oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Anggota Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli serta lebih 1,000 jemaah.
Seri Paduka kemudian menyertai para jemaah untuk menunaikan solat Jumaat yang dipimpin oleh Imam An-Nur Ustaz Mohd Najeeb Abd Rahim.
Sultan Muhammad V kemudian berkenan menghadiri majlis jamuan bersama-sama rakyat.
Masjid Sultan Muhammad V, yang menampilkan seni bina kontemporari moden dan Islamik, dibina pada awal 2009 dengan kos sebanyak RM5.1 juta yang diperuntukkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Perbadanan Labuan.
Masjid itu mula digunakan pada 2013 dan boleh menampung kira-kira 1,000 jemaah.
Seri Paduka kemudian berkenan menghadiri majlis taklimat mengenai pembangunan Labuan yang disampaikan oleh Tengku Adnan di Hotel Dorsett Grand.
Sultan Muhammad V adalah dalam rangka lawatan dua hari ke Labuan bermula semalam.
Ini merupakan kunjungan sulung Seri Paduka ke Labuan selepas ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15 pada 13 Dis 2016.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 09 2018
Yang di-Pertuan Agong bersalaman dengan para jemaah selepas menunaikan solat Jumaat dan merasmikan Masjid Sultan Muhammad V hari ini. Turut hadir Tengku Adnan (kanan). --fotoBERNAMA
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.33 mata atau 0.15 peratus kepada 1,599.78 daripada 1,597.45 ketika ditutup semalam.
AWANI Ringkas: Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemansuhan peperiksaan antara langkah mengurangkan tekanan murid
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, KPM kini memberi tumpu kepada pembelajaran inkuari, eksplorasi, pengalaman dan pentaksiran bilik darjah yang dilihat lebih holistik untuk menilai murid.
Pihak berkuasa Gaza beri amaran wabak penyakit dalam kalangan penduduk
Pihak berkuasa Palestin pada Isnin memberi amaran mengenai kemungkinan tercetusnya wabak penyakit dalam kalangan orang awam.
#AWANIRingkas 26 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 November 2024
1️⃣ Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan tumpuan hari ini
2️⃣ Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
3️⃣ Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
#awaniringkas
1️⃣ Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan tumpuan hari ini
2️⃣ Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
3️⃣ Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
#awaniringkas
Siling pekerja asing di Malaysia bagi 2024 adalah 2.58 juta orang
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata angka siling bagi pekerja asing bekerja di Malaysia menjelang Disember 2024 adalah 2.58 juta orang.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
COP29: Perubahan iklim dan isu air, eksklusif bersama Pengerusi SPAN, Charles Santiago
Perubahan iklim membawa musim kemarau yang panjang, memberikan risiko besar terhadap banyak aspek termasuk kerugian ekonomi yang besar. Bagaimana perubahan dan dasar baharu boleh diwujudkan untuk atasi masalah ini? Saksikan perbincangan Editor Kanan Dzulfitri Yusof bersama Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Charles Santiago, di Baku, Azerbaijan.
Saringan Minda Sihat, intervensi antara usaha KPM tangani gangguan emosi murid
Jelas Menteri Pendidikan, Saringan Minda Sihat dijalankan sekali setahun terhadap murid tahun lima hingga tingkatan enam sebagai mekanisme pengesanan awal murid yang berhadapan dengan masalah emosi.
Adik Dr Zaliha Mustafa meninggal dunia
Shamsiah Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
52.95 peratus penjawat awam masih belum miliki rumah sendiri
Mengulas lanjut Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah berkata, walaupun anak penjawat awam dan pesara tidak layak membeli PPAM tapi berpeluang jadi pemilik bersama.
Agong rasmi Masjid Sultan Muhammad V di Labuan
Masjid Sultan Muhammad V sebelum ini dikenali sebagai Masjid Al Muhammadiyah Jamek.