BELURAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, yang hari ini menjelajahi kawasan tengah Sabah, berkenan meninjau pembangunan Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah, di sini.
Seri Paduka berdua dan rombongan Kembara Kenali Borneo, berangkat ke tapak Pakej Kerja 29 Moynod-Sapi Nangoh di sini dan mendengar sembah taklimat mengenai projek itu daripada Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, sebelum meneruskan perjalanan kembara itu ke Telupid, yang turut dikenali sebagai 'The Heart of Sabah'.
Alexander ketika ditemui pemberita selepas lawatan itu, berkata beliau memberikan sembah taklimat kepada Al-Sultan Abdullah berhubung latar belakang dan status semasa pelaksanaan projek lebuh raya itu, yang kini 83 peratus siap bagi 15 pakej kerja Fasa 1A projek berkenaan.
"Sesungguhnya keberangkatan julung kali Seri Paduka berdua bagi meninjau sendiri pembangunan projek ini, menzahirkan keprihatinan Tuanku berdua dalam usaha kerajaan menambah baik infrastruktur jaringan jalan raya di Sabah.
"Jaringan ini merupakan pemangkin pembangunan sosioekonomi dan perindustrian, serta menambah baik keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya di negeri ini," katanya.
Mengulas perkembangan projek itu, Alexander berkata antara masalah yang dikenal pasti untuk menyiapkan projek itu, melibatkan bekalan bitumen iaitu bahan bagi membina jalan raya bertar, justeru, kementeriannya melakukan libat urus bersama Kerajaan Sabah, bagi mengatasi masalah tersebut.
Saya difahamkan JKR Sabah juga mengadakan libat urus bersama pihak pembekal (bitumen) iaitu Syarikat Petroliam Bhd dan Shell Malaysia, supaya bekalan bitumen itu nanti tidak terganggu," katanya, selain menekankan koordinasi antara Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan pihak utiliti seperti Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) perlu diperbaiki.
Nanta berkata beliau akan memanggil semua pihak terlibat dalam pembangunan lebuh raya itu termasuk SESB, bagi mengelak berlaku sebarang masalah dan mengelakkanya daripada berulang, dijangka selepas lantikan kontraktor untuk baki 20 pakej kerja Lebuhraya Pan Borneo Sabah dilakukan.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah, kini berangkat melakukan perjalanan sejauh 2,154 kilometer Kembara Kenali Borneo dari 3 hingga 13 Sept bermula di Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Sarawak merentasi Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 05 2023
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah, kini berangkat melakukan perjalanan sejauh 2,154 kilometer Kembara Kenali Borneo dari 3 hingga 13 Sept bermula di Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Sarawak. - Gambar Bernama
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Agong, Permaisuri tinjau pembangunan Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang hari ini menjelajahi kawasan tengah Sabah, berkenan meninjau pembangunan Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah, di sini.