PEKAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini, berkenan mencemar duli merasmikan Pusat Hemodialisis Yayasan Al-Sultan Abdullah di sini, hari ini.
Pusat hemodialisis yang ditubuhkan oleh Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) itu merupakan yang pertama di Pahang, dan ketiga setakat ini selepas pembukaan pertama di Cheras pada 7 Ogos 2019, sebelum disusuli di Setiawangsa pada 12 Ogos 2020, dengan kedua-duanya di Kuala Lumpur.
Turut berangkat pada majlis perasmian yang diadakan secara ringkas dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) itu ialah anakanda Seri Paduka Baginda berdua iaitu Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.
Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Datuk Ahmad Hairi Hussain.
Pada majlis itu, Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan menyantuni 12 pesakit yang sedang melakukan rawatan selain mengurniakan sumbangan kepada mereka, yang masing-masing menjunjung kasih kepada peluang mendapatkan rawatan di sebuah pusat dialisis yang sangat selesa secara percuma.
Sementara itu, Istana Negara menerusi kenyataan media menyatakan Seri Paduka Baginda berdua terdorong menubuhkan pusat hemodialisis itu kerana prihatin dengan pesakit buah pinggang kronik daripada golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan hemodialisis, bagi meringankan beban kewangan pesakit terlibat.
"Seri Paduka Baginda berdua menyeru lebih ramai individu dan pihak swasta untuk tampil membantu golongan sasar ini mendapatkan rawatan hemodialisis menerusi tajaan dan subsidi rawatan, lebih-lebih lagi ketika rakyat masih terkesan dengan impak pandemik COVID-19," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu juga menyebut Seri Paduka Baginda berdua mendoakan pesakit yang menjalani rawatan hemodialisis, diberikan kekuatan dan kesabaran selain menasihatkan rakyat mengamalkan gaya hidup sihat dan mengelakkan produk yang boleh memudaratkan buah pinggang.
Pusat hemodialisis itu dikendalikan anak syarikat milik penuh MUIP Holdings Sdn Bhd, Klinik Al-Amin Sdn Bhd beroperasi 7 pagi hingga 5 petang pada Isnin hingga Sabtu, dilengkapi dengan 12 mesin dialisis dan berkemampuan mengendalikan lebih 100 pesakit setiap minggu.
Pusat tersebut juga merupakan yang pertama dibangunkan di bangunan wakaf kepada YASA, yang mana Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan penghargaan kepada Pentadbir Harta Pusaka Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah atas sumbangan tersebut.
Seri Paduka Baginda berdua juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan, MUIP, agensi kerajaan dan penyumbang seperti MUIP Holdings Sdn Bhd, Yayasan Albukhary, Syarikat Tanah Makmur Berhad, Mazda Medicare Fund di bawah Syarikat Bermaz Auto Berhad dengan usaha sama B.Braun Malaysia yang membantu penubuhan pusat hemodialisis tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 11 2021

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan beramah mesra bersama pesakit Shazwan Hakimi (kiri) pada Perasmian Pusat Hemodialisis Yayasan Al-Sultan Abdullah hari ini. Foto BERNAMA
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Agong, Permaisuri rasmi Pusat Hemodialisis YASA di Pekan
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong hari ini, berkenan mencemar duli merasmikan Pusat Hemodialisis Yayasan Al-Sultan Abdullah di Pekan.