KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1445 Hijrah di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Rabu ini.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata Al-Sultan Abdullah turut berkenan menyampaikan Titah Diraja dan anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa pada majlis tersebut.
Beliau berkata sambutan bertemakan 'Perpaduan Teras Malaysia Madani' itu akan turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta 6,000 tetamu terdiri daripada pimpinan kerajaan, duta asing, pegawai kanan kerajaan, ketua agensi serta kontinjen yang mengambil bahagian dan orang awam.
"Tema ini adalah manifestasi dari intipati ajaran Rasulullah SAW dan ia merupakan satu tema yang sangat signifikan kepada umat Islam termasuk masyarakat bukan Islam di negara ini. Perpaduan merupakan tunjang kepada masyarakat madani yang maju bukan hanya dari segi kebendaan tetapi juga fikrah dan kerohanian," kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya majlis sambutan Maal Hijrah tahun ini akan dimulakan dengan majlis bacaan doa akhir dan awal tahun di Masjid Negara di sini, esok yang dipimpin Imam Besar Masjid Negara Ehsan Mohd Hosni.
Sementara itu, Penolong Pengarah Kanan Unit Komunikasi Korporat Jakim Norzaidan Hamad berkata perpaduan diangkat sebagai teras utama kepada sambutan Maal Hijrah tahun ini, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang digagaskan Perdana Menteri.
Bagi merealisasikan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang agama dan kaum di negara ini, Norzaidan berkata masyarakat perlu menyingkap kembali peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah serta membentuk sebuah model pentadbiran Islam.
"Baginda membina sebuah negara bangsa di mana di situ terdapat masyarakat Islam dan bukan Islam yang mendapat manfaat daripada pemerintahan baginda.
"Perpaduan itu menjadi asas, jadi elemen itulah yang kita ingin terapkan dalam konteks masyarakat kita bahawa inilah yang dibuat Nabi dahulu bahawa baginda tidak menafikan ruang dan peluang kehidupan masyarakat bukan Islam di sebuah negara Islam. Itulah yang kita ingin buat di negara ini di mana kita juga telah membuktikannya saban tahun di mana masyarakat bukan Islam dapat meraikan perayaan masing-masing," katanya ketika menjadi tetamu rancangan Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 17 2023

Al-Sultan Abdullah turut berkenan menyampaikan Titah Diraja dan anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa pada majlis tersebut. - Gambar/ Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kesihatan Agong lebih baik selepas jalani rawatan - PM Anwar
Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini jauh lebih baik selepas menjalani rawatan konservatif, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Sultan Ibrahim selamat jalani rawatan di luar negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu dalam hantaran yang dimuat naik ke akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Duta Besar M'sia ke AS: Nama calon sudah ada, perlu perkenan Agong dahulu - Anwar
Pelantikan jawatan itu perlu mendapat perkenan YDPA Sultan Ibrahim, yang kini sedang berada di luar negara untuk menjalani rawatan.

UiTM anjur solat hajat doa kesejahteraan, kesembuhan Agong
Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengadakan Solat Hajat Khas di Masjid UiTM Shah Alam bagi mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan segera Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC
MCMC melakukan siasatan terhadap enam individu yang dipercayai telah memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Yang di-Pertuan Agong.

Jemaah Menteri doakan kesembuhan Yang di-Pertuan Agong
Jemaah Menteri mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong dikurniakan kesembuhan dan selamat menerima rawatan perubatan di luar negara.

Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.

Agong berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-268 di Istana Negara, hari ini.