Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah antara ketua negara dan kenamaan dari seluruh dunia yang akan menyaksikan Upacara Pertabalan Maharaja Jepun, Maharaja Naruhito di Istana Imperial di sini, Selasa ini.
Seri Paduka yang diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dijangka berangkat tiba di Tokyo menerusi pesawat khas pada petang esok, dengan ditemani pegawai Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Luar.
Duta Besar Malaysia di Jepun Datuk Kennedy Jawan berkata, keberangkatan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah ke upacara bersejarah itu adalah atas undangan kerajaan Jepun dengan Seri Paduka berdua dijadualkan berada di sini selama empat hari.
"Kehadiran baginda berdua mencerminkan keakraban hubungan antara Malaysia dan Jepun memandangkan banyak kolaborasi dilakukan bagi memperkukuhkan hubungan itu dalam pelbagai bidang termasuk diplomasi, politik dan ekonomi.
"Perkara ini dapat dilihat menerusi banyaknya pertukaran lawatan berlaku antara kedua-dua negara sejak kebelakangan ini," katanya semasa ditemui di Pejabat Kedutaan Malaysia di sini, hari ini.
Kennedy berkata, upacara pertabalan akan berlangsung di bilik paling elegan di Istana Imperial, 'Seiden Matsu-no-Ma' yang dijadualkan pada 1 tengah hari waktu tempatan Selasa, (kira-kira 12 tengah hari waktu Malaysia) sebelum menghadiri Majlis Santapan Diraja di 'Hemei-Den' (Dewan Bankuet Negara) pada sebelah petang.
Pada hari sama (Selasa), Tunku Azizah juga akan mencemar duli menghadiri program anjuran Persatuan Pandu Puteri Jepun di sebuah hotel di sini, yang mana baginda sememangnya diketahui amat aktif dalam persatuan dan aktiviti Pandu Puteri.
Pada Rabu, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dijadualkan menghadiri Jamuan Teh Diraja anjuran Maharaja Naruhito dan Maharani Masako di Istana Akasaka sebelum menghadiri Majlis Santapan Malam anjuran Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe di sebuah hotel di sini.
Kennedy juga memaklumkan bahawa Maharaja Naruhito pernah berkunjung ke Malaysia sekitar tahun 2017 semasa bergelar Putera Mahkota Jepun.
Naruhito, 59, dimasyhurkan pada 1 Mei lepas, menggantikan ayahanda baginda Maharaja Akihito yang melepaskan takhta atas alasan kesihatan dan menjadi Maharaja pertama berbuat demikian kerana pada kelazimannya mereka kekal pada kedudukan tertinggi hierarki negara matahari terbit itu sehingga akhir hayat.
Pemasyhuran Maharaja Naruhito memulakan era baharu Jepun yang dikenali sebagai 'Reiwa' yang bermaksud harmoni dan tertib, sekali gus mengakhiri era Maharaja Akihito iaitu 'Heisei' yang bererti mencapai keamanan bermula sejak tahun 1989. - BERNAMA
Bernama
Sun Oct 20 2019

keberangkatan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah ke upacara bersejarah itu adalah atas undangan kerajaan Jepun. - Gambar BERNAMA

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Waktu bekerja penjawat awam Pahang setiap Jumaat hingga 12.30 tengah hari sepanjang Ramadan
Baginda bertitah penetapan waktu bekerja itu susulan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada 5 Feb lepas.

'Jangan bertelagah kerana sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa' - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah mengingatkan agar rakyat hidup dalam keadaan harmoni, bersatu dan tidak bertelagah kerana sebab-sebab kecil.

'Saya tidak pernah tinggal Pahang, my heart is always here' - Sultan Pahang
Baginda turut menzahirkan perancangan untuk mengadakan kembara atau 'roadshow' di negeri itu pada bulan April nanti.

Sebuah masjid ikonik dibina di KotaSAS, tarikan pelancongan terbaharu di Kuantan
Selain produk pelancongan sedia ada, kerajaan negeri juga sedang berusaha untuk mempromosikan pantai-pantai ikonik di negeri itu.

Sultan Pahang terima menghadap KSN di Istana Abdulaziz
Baginda meluangkan kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.

'Titah adendum itu benar, abang saya takkan fitnah Sultan sendiri' - Nooryana
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan bahawa salinan titah adendum tersebut digunakan di mahkamah.

Vape perlu diharamkan secara total, titah Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah menzahirkan kebimbangan terhadap penyalahgunaan dadah di negeri ini dan berharap semua pihak khususnya ibu bapa mengawasi anak mereka.

Sultan Pahang titah isu peniaga Cameron Highlands diselesaikan dengan baik
Sultan Pahang menasihatkan agar tiada pihak ketiga mengeruhkan keadaan untuk memastikan penyelesaian yang baik.

Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.

Kakanda Sultan Pahang dahului senarai 27 penerima darjah kebesaran Pahang
Kakanda Sultan Pahang Tengku mendahului senarai 27 penerima darjah kebesaran sempena Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang.