Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyuarakan rasa bangga dan gembira dengan pentauliahan putera baginda Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah di Royal Military Academy Sandhurst, Jumaat.
"Saya amat bangga, hari ini adalah hari yang cukup besar bagi orang muda ini, dan sekarang dia sudah bersedia untuk hadapi dunia sebenar.
"Sama seperti saya 40 tahun lepas (semasa saya ditauliahkan) dalam cuaca sejuk sebegini," titah baginda kepada wartawan di akhir majlis.
Al-Sultan Abdullah menyertai akademi berkenaan dari 1978 sehingga 1979, dan ditauliahkan oleh Ratu Elizabeth II pada 1980.
Baginda turut menyuarakan harapan agar anakandanya itu menjadi seorang pemimpin yang berjaya di masa hadapan, selepas melalui pelbagai kepayahan latihan tentera di akademi berkenaan.
"Sekarang kena balik ke Malaysia untuk menunaikan kewajipannya sebagai Pemangku Raja Pahang dan mudah-mudahan dia dapat memberi segala khidmat membantu saya dalam memajukan negeri Pahang.
"Dan lebih penting menjadi seorang yang berwibawa dan bertanggungjawab kepada negara, negeri, agama dan bangsa," titah baginda.
Tengku Hassanal, 24, adalah antara 242 pegawai kadet yang ditauliahkan di perbarisan Sovereign's Parade di Sandhurst, yang dirasmikan oleh Sophie, Countess of Wessex, sebagai mewakili Ratu Elizabeth II.
Perbarisan Sovereign's Parade di penghujung setiap penggal menandakan berakhirnya latihan tentera 44 minggu dan menyaksikan perbarisan pegawai kadet yang telah menamatkan 'Commissioning Course'.
BACA: Tengku Hassanal selesai jalani kursus kententeraan, Tunku Azizah sambut dengan kesyukuran
RMAS adalah salah satu daripada beberapa akademi tentera United Kingdom, dan merupakan pusat latihan pegawai tentera British.
Sementara itu Tengku Hassanal berkata baginda telah menempuh tahun yang cukup mencabar, yang telah mengajar baginda erti kesabaran, dan kerjasama.
Tengku Hassanal berkata baginda dilayan sama seperti yang lain di akademi itu.
"Apa yang saya akan buat selepas Sandhurst, saya akan balik ke Pahang dan bantu orang kampung saya sebanyak yang boleh," titah baginda.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 13 2019
Al-Sultan Abdullah berkenan beramah mesra dengan rakan-rakan Tengku Hassanal (kiri) selepas perbarisan tamat latihan di Royal Military Academy Sandhurst di London, pada Jumaat. -- fotoBERNAMA
Mahkamah tetapkan 28 April untuk pendengaran rayuan kes dadah Yasin
Mahkamah Rayuan menetapkan 28 April depan bagi mendengar rayuan Muhammad Yasin Sulaiman, yang kini sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup selepas disabitkan atas tiga kesalahan berkaitan dadah.
ASEAN 2025 | 5 Februari 2025
ASEAN 2025 hari ini bersama Pia Ernadya membawakan tumpuan berikut:
1. Malaysia seru ASEAN bersatu dalam tindakan iklim
2. Singapura terkesan tekanan tarif baharu AS ke atas Kanada, China dan Mexico
3. Thailand mahu Malaysia bantu perkukuh kerjasama pendidikan
1. Malaysia seru ASEAN bersatu dalam tindakan iklim
2. Singapura terkesan tekanan tarif baharu AS ke atas Kanada, China dan Mexico
3. Thailand mahu Malaysia bantu perkukuh kerjasama pendidikan
JAKIM berhak tarik balik sijil halal jika terdapat ketidakpatuhan
Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) mempunyai kuasa untuk menarik balik pensijilan halal yang diberikan kepada syarikat dan peniaga pada bila-bila masa sekiranya berlaku sebarang ketidakpatuhan.
Thai mahu Malaysia bantu perkukuh kerjasama pendidikan
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Thailand mahu Malaysia bantu memperkukuhkan kerjasama dalam bidang pendidikan khususnya di peringkat awal persekolahan lebih-lebih lagi untuk menerapkan kemahiran mengajar bagi mencapai matlamat melahirkan modal insan yang mementingkan segala aspek kehidupan.
Singapura mungkin bukan sasaran tarif langsung AS, kata Vivian Balakrishnan
Amerika Syarikat mungkin tidak mengenakan tarif langsung ke atas barangan dari Singapura, kata menteri luarnya vivian balakrishnan.
Namun beliau tidak menolak kemungkinan Singapura masih akan merasakan kesan tidak langsung daripada tarif AS terhadap Kanada, China dan Mexico.
Namun beliau tidak menolak kemungkinan Singapura masih akan merasakan kesan tidak langsung daripada tarif AS terhadap Kanada, China dan Mexico.
Kerajaan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia, menerusi kepengerusian ASEAN pada tahun ini akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
Thailand sekat bekalan elektrik ke Myanmar
Thailand memotong bekalan elektrik rentas sempadan ke lima lokasi di Myanmar pada hari Rabu (5 Feb), dalam usaha untuk membanteras pusat penipuan dalam talian yang disalahkan kerana menakutkan pelancong China.
KESUMA cadang laksana Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja
Ia bagi memastikan perlindungan 24 jam sehari dalam tujuh hari seminggu kepada pekerja yang layak semasa tempoh penggajian.
Penggabungan Nissan-Honda mungkin dibatalkan
Pembuat kereta Jepun Honda dan Nissan mungkin membatalkan perbincangan penggabungan, lapor akhbar Asahi Shimbun YANG memetik pelbagai sumber
Menurut akhbar itu, pembatalan itu satu langkah yang akan menimbulkan persoalan tentang langkah seterusnya untuk Nissan yang terjejas teruk.

Agong gembira dengan pentauliahan anakanda di akademi tentera
Baginda turut menyuarakan harapan agar anakandanya itu menjadi seorang pemimpin yang berjaya di masa hadapan, selepas melalui pelbagai kepayahan latihan tentera di akademi berkenaan.