KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap kunjungan hormat Menteri Luar Arab Saudi Putera Faisal bin Farhan di Istana Negara, hari ini.
Menurut catatan Facebook Istana Negara, ketika sesi menghadap yang berlangsung selama 30 minit bermula 11 pagi, Seri Paduka dan Putera Faisal menyentuh isu hubungan dua hala dan persahabatan antara kerajaan kedua-dua negara yang terjalin erat sejak tahun 1957.
Antara dibincangkan termasuk usaha pengukuhan perdagangan dan ekonomi, serta langkah-langkah untuk meningkat dan memperkembangkan lagi kerjasama, pelaburan dalam pelbagai bidang, selain isu serantau serta antarabangsa berkepentingan kedua-dua negara.
"Seri Paduka menzahirkan penghargaan dan rasa sukacita terhadap hubungan akar umbi Malaysia dan Arab Saudi, yang terjalin secara istimewa dalam pelbagai aspek termasuk sumbangan dan bantuan dihulurkan kepada Malaysia, dalam memerangi COVID-19 serta pemulihan pasca pandemik," menurut catatan itu.
Turut berangkat ke sesi menghadap ialah Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Hadir sama, Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Datuk Dr Mahmoud Hussein Saeed Qattan.
Majlis menghadap itu adalah antara agenda lawatan rasmi sulung Putera Faisal ke Malaysia selama dua hari bermula semalam.
Dalam sesi menghadap itu, Seri Paduka turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Arab Saudi terhadap peruntukan kuota haji pasca pandemik COVID-19 yang diberikan kepada Malaysia dan berharap urusan jemaah haji dari negara ini berjalan lancar dan mereka dapat menjalankan ibadah.
Al-Sultan Abdullah juga menzahirkan rasa sukacita kerana Arab Saudi menjadi antara negara pasaran terbesar eksport minyak kelapa sawit Malaysia, yang menyaksikan jumlah eksport keseluruhan bernilai RM1.763 bilion, sepanjang tahun lepas.
Seri Paduka turut menzahirkan penghargaan kepada Putera Faisal atas jemputan untuk mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi.
"Seri Paduka mendoakan agar Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud yang merupakan Penjaga Dua Masjid Suci dikurniakan keafiatan yang berpanjangan dan Arab Saudi dilimpahi keamanan, kesejahteraan serta kemakmuran berterusan," menurut catatan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 08 2022

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap kunjungan hormat Menteri Luar Arab Saudi Putera Faisal bin Farhan di Istana Negara, hari ini. - Foto Facebook/Istana Negara

Bekas kakitangan Teresa Kok disiasat SPRM
Teresa terkejut apabila mendapat tahu dua bekas pembantunya dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Shahidan sedia pertahan jawatan Presiden KOM
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan akan mempertahankan jawatan nombor satu badan induk itu dalam pemilihan kepimpinan yang dijadualkan pada 15 Jun depan.

Rumah, dua kereta musnah dijilat api di Kuala Kangsar
Dalam kejadian kira-kira 5.56 petang itu, rumah terbakar 90 peratus, manakala dua kereta masing-masing terbakar 70 peratus dan 40 peratus.

Tiga rumah terjejas dalam kebakaran sebelum buka puasa di Tawau
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, beberapa penghuni yang sibuk menyediakan hidangan berbuka puasa tidak sempat menyelamatkan barang-barang penting mereka.

Piala Esports Malaysia 2025 janji saingan sengit pasukan terbaik MLBB
Kejohanan itu diadakan dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Liga Profesional MLBB (MPL) Malaysia.

KBS tingkat usaha tangani isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempergiatkan usaha menangani isu sosial dalam kalangan belia terutama berkaitan penyalahgunaan dadah.

4 termasuk seorang penjaja wanita ditahan serang pegawai DBKL
Polis menahan empat penjaja termasuk seorang wanita melibatkan dua kes serangan berasingan ke atas pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pada Rabu.
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.

Agong perkenan dua akta diluluskan sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong memperkenankan dua akta yang diluluskan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 14 Okt hingga 12 Dis lepas.

Agong kurnia bot pemintas berteknologi tinggi kepada Maritim Malaysia Pahang
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan sebuah bot pemintas berteknologi tinggi kepada Maritim Malaysia Pahang.

Agong zahir ucapan selamat Hari Tentera Darat ke-92
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Darat ke-92 kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM).

Agong selamat tiba di tanah air selepas lawatan khas ke Brunei
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pagi tadi.

Agong berangkat tiba di Brunei sempena lawatan khas
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berangkat tiba di Bandar Seri Begawan, Brunei sempena lawatan khas hari ini.

Agong berkenan berangkat ke mesyuarat pengurusan kanan Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengadakan mesyuarat bersama pengurusan kanan Istana Negara di Istana Negara, hari ini.

Warga emas didenda RM30,000 muat naik hantaran bersifat palsu mengenai Agong, Majlis Raja-Raja
Seorang warga emas didenda selepas mengaku bersalah memuat naik hantaran bersifat kandungan palsu mengenai Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja menggunakan aplikasi Facebook.

Agong perkenan enam akta diluluskan sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong memperkenankan enam akta diluluskan Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 14 Okt hingga 12 Dis lepas.

Agong zahir ucapan tahniah kepada JDT juarai Liga Super 2024-2025
Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada kelab bola sepak JDT FC atas kejayaan mereka menjuarai Liga Super 2024-2025.

Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Hakim memutuskan demikian selepas pendakwaan memberitahu pihaknya tidak bercadang untuk meneruskan kes dihadapi Muhammad Sanusi.