KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan seorang wanita dari Sarawak, yang mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman untuk meminta Pendaftar Mualaf Wilayah Persekutuan membatalkan namanya daripada Daftar Mualaf.
Peguam Persekutuan Mohammad Sallehuddin Md Ali memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi bahawa permohonan itu tidak boleh diterima untuk semakan kehakiman berdasarkan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan (FC).
"Permohonan pemohon adalah remeh dan menyusahkan serta perlu ditolak oleh mahkamah," katanya.
Wanita itu yang diwakili peguam Iqbal Harith Liang berhujah bahawa permohonan itu tidak dihalang di bawah Artikel 121 (1A) FC.
"Kewajipan Pendaftar Mualaf memutuskan permohonan pemohon untuk keluar daripada agama Islam adalah tersirat dalam Seksyen 89 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505). Pemohon memohon kebenaran bagi prosiding semakan kehakiman dimulakan terhadap responden," katanya.
Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid menetapkan 21 Sept untuk menyampaikan keputusannya berhubung bantahan AGC.
Wanita berusia 26 tahun itu memfailkan permohonan pada 20 April dan menamakan Pendaftar Mualaf Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.
Pemohon dilahirkan pada 9 Julai 1997, ibu dan bapanya beragama Kristian, memohon pengisytiharan bahawa Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) memberikan bidang kuasa kepada responden pertama (Pendaftar Mualaf) untuk mengisytiharkan bahawa seseorang itu bukan lagi beragama Islam.
Beliau juga memohon responden pertama mempertimbangkan permohonan pemohon supaya namanya dibatalkan daripada Daftar Mualaf dan membuat keputusan serta-merta dan memohon pengisytiharan bahawa penolakan atau kelewatan responden pertama memutuskan permohonan pemohon dalam surat bertarikh 30 Jan, 20 Feb dan 17 Mac 2023 adalah tidak rasional dan tidak munasabah.
Dalam afidavit sokongannya, wanita itu berkata pada awal 2017, pemohon bertemu seorang lelaki Melayu beragama Islam yang mempelawanya untuk berkahwin dan bagi membolehkan perkahwinan mereka dari sudut pentadbiran, beliau memeluk agama Islam pada 18 Ogos 2017 dan didaftarkan sebagai mualaf oleh responden pertama.
Bagaimanapun pada 27 Jan tahun lepas, pemohon telah berikrar dalam afidavit bahawa beliau mahu keluar daripada agama Islam dan kembali menganut Kristian.
Pada 30 Jan, 20 Feb dan 17 Mac 2023, pemohon melalui peguamnya telah mengeluarkan surat kepada responden pertama untuk memohon namanya dibatalkan daripada Daftar Mualaf dan pada tarikh pemfailan permohonan itu, responden pertama belum memberikan sebarang keputusan berhubung permohonannya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 26 2023
![AGC bantah semakan kehakiman wanita, batal nama sebagai mualaf AGC bantah semakan kehakiman wanita, batal nama sebagai mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690366461_IstanaKehakiman.jpg)
Peguam Persekutuan Mohammad Sallehuddin Md Ali memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi bahawa permohonan itu tidak boleh diterima untuk semakan kehakiman berdasarkan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan (FC). - Gambar fail
AWANI Borneo [15/08/2024] – Jaga integrity | Persaingan sihat | SUKMA 2024
Tumpuan Awani Borneo 15 Ogos 2024 bersama Nickyson Nyambar;
1. Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
2. KPDN pelawa pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
3. SUKMA 2024: Premier bakal umum insentif untuk atlet Sarawak berjaya raih pingat
1. Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
2. KPDN pelawa pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
3. SUKMA 2024: Premier bakal umum insentif untuk atlet Sarawak berjaya raih pingat
[TERKINI] Belasungkawa: Jenazah Allahyarham Nidza Afham selamat dikebumikan
Ikuti siaran perjalanan terakhir jenazah Allahyarham Nidza Afham di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam, Selangor.
SUKMA 2024: Kesemua venue bagi 488 acara sedia digunakan
Kerja penaiktarafan tiga lokasi iaitu padang memanah, gelanggang hoki serta trek bmx yang belum siap sepenuhnya tidak menjejaskan pelaksanaan acara sukan berkenaan kerana ia hanya melibatkan fasiliti tandas yang diganti menggunakan tandas mudah alih, selain landskap trek.
KPDN pelawa Lotus’s, pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
Mengambil contoh harga ayam di Lotus’s Malaysia, Armizan berkata rangkaian pasar raya itu konsisten menawarkan harga berpatutan serendah RM6.99 sekilogram berbanding harga ayam yang tinggi di wilayah tersebut.
Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
Hajiji berkata beliau telah menerima banyak aduan daripada rakyat dan laporan tentang isu integriti serta ketelusan melibatkan Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah, termasuk ada antara mereka melengah-lengahkan urusan yang mempunyai kepentingan untuk rakyat.
STB Sabah mahu kembalikan kegemilangan Sandakan
Lembaga Pelancongan Sabah (STB) mengambil tindakan segera dengan mengadakan sesi libat urus bersama wakil-wakil rakyat dan pemain industri pelancongan Sandakan nagi mengembalikan populariti daerah itu dalam kalangan pelancong.
Astro ketengah elemen 'Heart to Heart' untuk Malaysia
Kempen Inilah KITA yang dilancarkan Astro sejak minggu lalu meraikan semangat kebersamaan serta makna sebagai rakyat Malaysia di bawah cerminan negara yang berbilang kaum dan majmuk sama seperti yang ada di Sabah dan Sarawak. Kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Holdings Berhad, Euan Smith, kebersatuan itu diraikan menerusi bakat penceritaan kakitangan Astro yang dinamik dan menyentuh hati.
Bahasa etnik medium hebahan Bulan Kebangsaan di Sabah
Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah Supian Musa berkata inisiatif itu bukan hanya bertujuan menyemarakkan sambutan, tetapi lebih utama mahu memastikan mesej disampaikan dalam bahasa mudah difahami supaya dapat dihayati semua lapisan masyarakat.
SUKMA 2024: Premier umum insentif untuk pemenang pingat Sarawak pada Jumaat
NIlai insentif yang menanti atlet Sarawak yang meraih pingat dalam temasya sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 dijangka diumum Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Jumaat.
![Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723720861_TBmerdeka.jpg)
Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi
Kapasiti tempat duduk awam bertingkat di Dataran Putrajaya di sini akan ditambah.
![Isu sensitif: Umat Islam harus elak ambil tindakan sendiri Isu sensitif: Umat Islam harus elak ambil tindakan sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712659586_950x600.jpg)
Isu sensitif: Umat Islam harus elak ambil tindakan sendiri
Pada masa sama kerajaan dan pihak berkuasa juga perlu ambil tindakan pantas dalam menangani isu-isu berbangkit berkaitan agama Islam.
![DUN Kelantan pertahan kuasa negeri gubal kesalahan hukum syarak DUN Kelantan pertahan kuasa negeri gubal kesalahan hukum syarak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81679546899_JudgeGavel.jpg)
DUN Kelantan pertahan kuasa negeri gubal kesalahan hukum syarak
Usul berkenaan dikemukakan ADUN Melor Wan Rohaimi Wan Daud dan dipersetujui sebulat suara tanpa bahas di hadapan Speaker.
![Islam tidak tergugat di bawah kepimpinan PM Anwar - Ahmad Zahid Islam tidak tergugat di bawah kepimpinan PM Anwar - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690472526_TBZahidHamidi.jpg)
Islam tidak tergugat di bawah kepimpinan PM Anwar - Ahmad Zahid
Menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Kementerian Kewangan, lebih 220,000 huffaz dari maahad tahfiz berdaftar akan terus dibantu.
![Comel dan halal, penguin boleh dimakan oleh umat Islam - Zulkifli Comel dan halal, penguin boleh dimakan oleh umat Islam - Zulkifli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81607737182_PENGUIN.jpg)
"Comel dan halal, penguin boleh dimakan oleh umat Islam" - Zulkifli
Penguin halal dimakan oleh umat Islam kerana binatang itu termasuk dalam kategori burung air, kata Datuk Seri Zulkifli.
![Temui keikhlasan dalam hidup, penyanyi Marcell mengakui selesa peluk Islam Temui keikhlasan dalam hidup, penyanyi Marcell mengakui selesa peluk Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61617354763_marcellsiahaans.jpg)
Temui keikhlasan dalam hidup, penyanyi Marcell mengakui selesa peluk Islam
-Saya tidak mahu menjadi orang yang takut akan sesuatu yang saya belum fahami."
![Jakim jumpa kumpulan pendakwah selebriti untuk bincang kaedah jaga nama baik Jakim jumpa kumpulan pendakwah selebriti untuk bincang kaedah jaga nama baik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81607774111_TBAhmadMarzukShaary.jpg)
Jakim jumpa kumpulan pendakwah selebriti untuk bincang kaedah jaga nama baik
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan pertemuan dengan pendakwah selebriti pada penghujung bulan ini bagi berbincang kaedah menjaga imej golongan agamawan dan Islam.
![Kebenaran buka masjid, penetapan bilangan jemaah tertakluk bidang kuasa negeri Kebenaran buka masjid, penetapan bilangan jemaah tertakluk bidang kuasa negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/41596191020_TBRayaHaji.jpg)
Kebenaran buka masjid, penetapan bilangan jemaah tertakluk bidang kuasa negeri
Kebenaran membuka masjid dan penetapan jumlah jemaah semasa penularan wabak COVID-19 ketika ini, adalah tertakluk bawah bidang kuasa negeri.
![Ajaran 'Rasul Melayu' tidak wujud di Johor, JAIJ terus pantau - Tosrin Ajaran 'Rasul Melayu' tidak wujud di Johor, JAIJ terus pantau - Tosrin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/51599904443_TosrinJarvanthi.jpg)
Ajaran 'Rasul Melayu' tidak wujud di Johor, JAIJ terus pantau - Tosrin
Johor belum ada laporan tentang Rasul Melayu tu, tapi bahagian penguatkuasaan sudah diminta supaya memantau perkara tersebut.
![COVID-19: Garis panduan solat jemaah berdasarkan perbincangan Majlis Fatwa Kebangsaan COVID-19: Garis panduan solat jemaah berdasarkan perbincangan Majlis Fatwa Kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/81591671686_ZulkifliMohamad.jpg)
COVID-19: Garis panduan solat jemaah berdasarkan perbincangan Majlis Fatwa Kebangsaan
Tatacara solat berjemaah yang dilaksana ketika ini telah diperjelas secara terperinci dalam sebuah buku bertajuk 'Soal Jawab Fiqh COVID-19'
![Perak perkenal tiga kadar zakat fitrah Perak perkenal tiga kadar zakat fitrah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/51466931115_ZAKAT.jpg)
Perak perkenal tiga kadar zakat fitrah
Kadar minimum yang perlu dibayar setiap individu berkewajipan mengeluarkan zakat fitrah sebanyak RM7.