SERDANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P Gunasekaran menerima Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dalam Operasi dan Pentadbiran Kerja Sosial pada Majlis Konvokesyen Pensijilan Kemahiran Malaysia 2023 pada Ahad.
Gunasekaran berkata, sijil itu memberi suntikan semangat buatnya untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah selepas ini.
"Sudah enam kali bertanding (pilihan raya), tiga kali saya kalah (1995,1999, 2004) tapi pada 2008 saya menang disusuli 2013 dan 2018.
"Sebelum ini saya tidak ada sebarang sijil atau diploma yang boleh ditulis (dalam pencapaian akademik).
"Saya sangat sibuk dengan kerja sampai tidak ada masa sambung belajar namun hari ini saya gembira kerana berjaya menggenggam segulung diploma," katanya ketika ditemui selepas selesai majlis konvokesyen yang berlangsung di Dewan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini.
Perasmian disempurnakan oleh Penasihat Persatuan Pembangunan TVET Nasional (PPTN), Datuk Seri Dr Baharuddin Abu dan turut dihadiri Pengerusi PPTN, Mohamad Yaacob.
Pada majlis itu, seramai 241 graduan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 1, 2 dan 3; DKM tahap 4 dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) tahap 5.
Gunasekaran berharap, kejayaan menerima diploma ketika usianya 64 tahun menjadi motivasi kepada orang luar untuk meningkatkan tahap pencapaian akademik dan kemahiran.
"Semasa mula nak sambung (belajar) ada rasa janggal tapi selepas menerima banyak tunjuk ajar dan bantuan, ia jadi mudah.
"Harap pencapaian saya menjadi motivasi untuk lebih ramai lanjutkan pelajaran. Sekarang banyak pilihan, untuk mendapatkan sijil terutama dalam program TVET juga semakin mudah," katanya.
Seorang lagi graduan Diploma Kemahiran Urut Terapeutik dan Penjagaan, Mohd Khairul Azhar Zainal, 33, berkata, diploma diterima amat penting untuk meyakinkan pelanggan yang menerima perkhidmatan di pusat rawatan miliknya yang beroperasi di Bandar Uda, Johor.
"Sijil tauliah sangat penting sekarang kerana banyak pusat urutan dan kecantikan beroperasi tanpa sijil menyebabkan pelanggan jadi was-was serta lebih berhati-hati.
"Ia beri kesedaran kepada saya tentang pentingnya mempunyai kemahiran yang diiktiraf. Saya mempunyai sijil dan pengalaman enam tahun dalam urutan tradisional sebelum sambung ke diploma untuk kembangkan bisnes," katanya.
Sementara itu, Baharuddin berkata, PPTN dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya generasi muda untuk mengikuti kemahiran menerusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang mempunyai peluang pekerjaan yang lebih terjamin.
"Mereka yang mempunyai Skim TVET mempunyai gaji asas RM3,000 yang jauh berbeza dengan sijil akademik sedia ada.
"Saya harap orang Melayu buka mata kerana bidang ini banyak dipelopori warga asing sedangkan permintaan bidang kemahiran bukan hanya keperluan di dalam negara tetapi juga di luar negara," katanya.
Katanya, usaha meningkatkan kesedaran mengikuti bidang TVET dipergiat dengan taklimat dan hebahan di peringkat sekolah.
"Kebolehpasaran kini lebih kepada sijil kemahiran dan bukan lagi akademik. Malah, sijil TVET dikeluarkan di negara ini turut diiktiraf di luar negara hingga ada antara pelajar luar turut mengikuti pengajian di Malaysia," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 29 2023
ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaran menerima Diploma Kemahiran Malaysia dalam Operasi dan Pentadbiran Kerja Sosial pada Majlis Konvokesyen Pensijilan Kemahiran Malaysia 2023 pada Ahad. - Gambar SINAR HARIAN
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
ADUN Seremban Jaya terima diploma pada usia 64 tahun
"Sebelum ini saya tidak ada sebarang sijil atau diploma yang boleh ditulis. Saya sangat sibuk dengan kerja sampai tidak ada masa sambung belajar."
Permohonan jamin dua ADUN, CEO berkaitan LTTE ditolak
Mahkamah Sesyen Ayer Keroh menolak permohonan ikat jamin terhadap tiga individu termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung penglibatan kumpulan pengganas LTTE.
Desakan pecat Peguam Negara: 'Saya bukan kerja pecat orang' - Tun Mahathir
Perdana Menteri, Tun Dr Mathathir Mohamad berkata, beliau tidak akan memecat mana-mana individu melainkan sesuatu yang sangat serius berlaku.
LTTE: Dua pertuduhan terhadap ADUN Seremban Jaya batal
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua sebelum ini, Gunasekaran didakwa memiliki item berhubung kait LTTE di pejabat dan kediaman.
Dua ADUN, CEO, didakwa terbabit LTTE
Dua ADUN Melaka dan Negeri Sembilan dan seorang ketua pegawai eksekutif, didakwa atas pertuduhan memberi sokongan dan memiliki item berkaitan perjuangan kumpulan pengganas LTTE.