PERAI: Polis menahan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Perai, Pulau Pinang pada Khamis.
Wakil rakyat berusia 54 tahun itu ditahan selepas ujian saringan awal air kencing ke atasnya didapati positif dadah.
Beliau antara 36 individu yang diperiksa dalam serbuan di pusat karaoke bermula kira-kira jam 9 malam tersebut.
ADUN berkenaan direman sehari bagi membantu siasatan, dan dimaklumkan telah dibebaskan dengan jaminan petang ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang , Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika dihubungi mengesahkan penangkapan tersebut namun enggan mengulas lanjut.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Jan 14 2022

Polis menahan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Perai, Pulau Pinang pada Khamis. - Gambar hiasan
PTPTN perlu kaji semula mekanisme kutipan bayaran balik pinjaman
Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata, sehingga 31 Disember 2023, tunggakan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN adalah berjumlah RM10.853 bilion melibatkan 1.20 juta peminjam.
133 Penyata Kewangan Agensi Persekutuan diberi sijil tanpa teguran - Ketua Audit Negara
Melalui laporan tersebut, beliau berkata sebanyak 98 daripada 142 agensi Persekutuan telah menerima geran berjumlah RM33.628 bilion daripada Kerajaan Persekutuan pada tahun 2023.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini, menjejaki penurunan di Wall Street.

133 penyata kewangan agensi persekutuan diberi sijil tanpa teguran - Ketua Audit Negara
Sembilan agensi menerima sijil dengan Pendapat Diubahsuai, termasuk lapan dengan Pendapat Berteguran dan satu dengan Pendapat Bertentangan.

LKAN 1/2025: Kaji semula hala tuju syarikat subsidiari rugi, antara syor Ketua Audit Negara
Antara lain, Ketua Audit Negara mengesyorkan dikaji semula hala tuju dan pelan perniagaan syarikat subsidiari yang mengalami kerugian.
Iran adakan majlis berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

Apple akan integrasi modem dalam cip pemproses pada 2028
Modem keluaran Apple hanya akan diintegrasi dalam cip keluaran Apple menjelang 2028 kerana prestasi C1 masih tidak sebaik modem Snapdragon.
Pembuli juga akan berdepan dengan undang-undang Negara -Timbalan Menteri Pertahanan
Timbalan Menteri Pertahanan menegaskan pihak Kementerian Pertahanan akan mengambil tindakan tegas terhadap pembuli.
“Saya selalu ulang didalam dewan ini, pembulian bukan sahaja melibatkan tindakan tegas daripada kita. Pembuli juga harus menerima hakikat bahawa mereka juga akan berdepan dengan undang-undang negara”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Saya selalu ulang didalam dewan ini, pembulian bukan sahaja melibatkan tindakan tegas daripada kita. Pembuli juga harus menerima hakikat bahawa mereka juga akan berdepan dengan undang-undang negara”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

CDU/CSU mendahului pilihan raya Jerman dengan 26.8 peratus undi, AfD di tempat kedua
Parti sayap kanan AfD berada di tempat kedua dengan 20.8 peratus undi, SPD pimpinan Olaf Scholz di kedudukan ketiga dengan 16.4 peratus.

LKAN 1/2025: PTPTN perlu kaji semula mekanisme kutipan bayaran balik pinjaman, tingkat pemantaun
Sehingga 31 Dis 2023, tunggakan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN adalah berjumlah RM10.853 bilion melibatkan 1.20 juta peminjam.

Kerajaan Perpaduan Perak: Saarani yakin kekal hingga tamat penggal
Menurutnya, beliau sendiri telah mendapatkan maklum balas daripada semua ADUN Kerajaan Perpaduan selepas mendengar desas-desus itu.

DUN Perak lulus Belanjawan Negeri 2023 bernilai RM1.19 billion
Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Perak sebulat suara meluluskan Belanjawan Negeri 2023 yang memperuntukkan RM1.19 billion pada Persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini pada Rabu.

ADUN Pasir Berdamar Terence Naidu hantar representasi gugur pertuduhan salah guna dadah
ADUN Pasir Bedamar itu mendakwa pertuduhan yang dibuat ke atasnya tidak berasaskan bukti yang kukuh.

ADUN Pasir Berdamar Terrance Naidu didakwa ambil dadah
Terrance Naidu didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini atas pertuduhan penyalahgunaan dadah.

PDRM masih tunggu laporan patologi, siasat dakwaan ADUN Perak
Polis akan siasat dakwaan ujian saringan kali kedua ke atas ADUN itu yang didapati negatif dadah.

'Saya tidak ambil bahan terlarang, merokok pun tidak' - ADUN Pasir Bedamar
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Terence Naidu mendakwa beliau tidak mengambil sebarang bentuk bahan terlarang.

Penahanan ADUN di Pulau Pinang, DAP Perak tunggu laporan rasmi
DAP Perak enggan membuat ulasan lanjut berhubung dakwaan penahanan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu bersabit kes positif dadah pada Khamis.

ADUN Perak ditahan di pusat hiburan di P. Pinang
Polis menahan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Perai, Pulau Pinang pada Khamis.

3 ADUN Perak sah sertai PBM
Mereka ialah ADUN Buntong, A Sivasubramaniam; ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong dan ADUN Malim Nawar, Leong Cheok Keng.

COVID-19: Semua ADUN Perak diarah jalani kuarantin
Mohd Akmal Kamarudin berkata, wakil rakyat kerajaan itu disahkan positif selepas menjalani ujian saringan Polymerase Chain Reaction (PCR) COVID-19.