Anggota Dewan Undangan Negeri Pelagus, George Anak Lagong berada dalam keadaan kritikal namun stabil di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sibu selepas terbabit dalam kemalangan di Sebangkoi, kira-kira 10 kilometer dari pekan Sarikei petang semalam.
Menurut Nelson Janting, adik iparnya, George, 55, yang ditemani isterinya Sumi Janting, 50, dan dua anak lelaki mereka dipercayai hilang kawalan ke atas kenderaan pacuan empat rodanya dan terjatuh ke dalam jurang.
"George mengalami kecederaan kepala yang serius sementara isteri dan seorang anaknya cedera ringan. Seorang lagi anaknya tidak cedera tetapi terkejut dengan kejadian itu," katanya.
Beliau berkata George dihantar ke hospital dengan ambulans dan beliau menjalani pembedahan selama empat jam. Sumi dan anaknya pula dirawat di Hospital Sarikei.
Nelson berkata George dan keluarganya dalam perjalanan dari Kuching menuju Bintulu bagi menyertai majlis pertemuan Hari Gawai dengan keluarganya.
George menang kerusi Pelagus atas tiket Bebas pada pilihan raya negeri pada 2011.
Beliau kemudian menyertai Parti Pekerja Sarawak (SWP) sebelum menyertai parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) iaitu parti rakan Barisan Nasional, tetapi kemudian meninggalkannya.
Bernama
Mon Jun 01 2015
![Adun Pelagus kritikal akibat kemalangan Adun Pelagus kritikal akibat kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/81433144655_295x200.jpg)
Adun Pelagus George Anak Lagong (gambar) berada dalam keadaan kritikal namun stabil di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sibu selepas terbabit dalam kemalangan di Sebangkoi. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Adun Pelagus kritikal akibat kemalangan Adun Pelagus kritikal akibat kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/81433144655_295x200.jpg)
Adun Pelagus kritikal akibat kemalangan
Adun Pelagus George Anak Lagong berada dalam keadaan kritikal namun stabil di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sibu selepas terbabit dalam kemalangan di Sebangkoi.