KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas satu pertuduhan menggunakan wang daripada aktiviti haram berjumlah RM500,000, bermula 2021 lalu.
Adam Radlan, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Rozina Ayob.
Mengikut pertuduhan, ahli perniagaan itu didakwa menggunakan wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM500,000 dari akaun CIMB Bank Berhad miliknya.
Kesalahan didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Cawangan Bukit Tunku, di sini, antara 2 Disember 2021 hingga 22 Februari 2022.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dan boleh dihukum bawah Seksyen 4(1) akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pada 21 Februari lalu, ahli perniagaan itu dituduh atas satu pertuduhan meminta suapan iaitu wang tunai sejumlah 3.5 hingga tujuh peratus nilai projek yang akan diperoleh daripada Mat Jusoh Mamat, merupakan Pengarah Urusan syarikat MIE Infrastructure & Energy Sdn Bhd.
Dia turut didakwa atas satu lagi pertuduhan menerima suapan, RM500,000 ke akaun CIMB Bank Berhad miliknya daripada individu sama sebagai upah kerana membantu syarikat tersebut mendapatkan surat sama bagi Projek Membina Jalan Sungai Adam ke Kampung Banat, Perlis daripada kerajaan Malaysia secara rundingan terus yang jumlah keseluruhannya bernilai RM47.8 juta.
Keesokan hari, dia didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, atas dua pertuduhan menerima rasuah masing-masing RM2 juta dan RM2.1 juta berhubung projek Jana Wibawa.
Pada 28 Februari, dia dituduh atas pertuduhan kelima di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan meminta rasuah RM2 juta, tahun lalu.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Sinar Harian
Wed Oct 25 2023

Adam Radlan (kanan) membuat pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu. - Gambar/ Sinar Harian
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Jana Wibawa: Keputusan representasi Adam Radlan 4 Sept
Mahkamah Sesyen menetapkan 4 Sept untuk keputusan representasi dikemukakan Adam Radlan berhubung 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram.

Kes rasuah, pengubahan wang haram Adam Radlan: Bekas pengurusan JPM, MoF akan dipanggil
Bekas pengurusan tertinggi JPM dan MoF adalah antara 47 saksi pendakwaan yang akan dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram Adam Radlan.

Jana Wibawa: 47 saksi akan beri keterangan terhadap Adam Radlan
Saksi-saksi ini akan memberi keterangan berdasarkan pernyataan saksi dan dokumentasi bagi semua kes terbabit telah pun diserahkan kepada pihak pembelaan.

Adam Radlan berdepan enam lagi kes AMLA
Adam Radlan, 42, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Datuk Anita Harun.

Adam Radlan didakwa guna hasil haram RM500,000
Adam Radlan Adam Muhammad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas satu pertuduhan menggunakan wang daripada aktiviti haram berjumlah RM500,000, bermula 2021 lalu.

Jana Wibawa: Perbicaraan kes Adam Radlan bermula Mei 2024
Mahkamah Sesyen menetapkan 15 hari bermula Mei tahun depan untuk perbicaraan tiga pertuduhan rasuah yang dihadapi ahli perniagaan Adam Radlan Adam Muhammad berkaitan Program Jana Wibawa.

Jana Wibawa: Kes rasuah Adam Radlan RM4.1 juta pindah ke KL
Kes Adam Radlan yang menghadapi dua pertuduhan menerima rasuah masing-masing berjumlah RM2 juta dan RM2.1 juta berhubung Jana Wibawa akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Kes Jana Wibawa: Pendakwaan berhasrat pindah kes rasuah Adam Radlan
Pendakwaan berhasrat untuk memindahkan kes terhadap Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut itu ke Mahkamah Sesyen Shah Alam.