KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim membidas kenyataan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menggelar Kerajaan Perpaduan sebagai 'kerajaan NATO' (No Action Talk Only).
Dalam kenyataan menerusi Facebook, Adam Adli berkata kesemua tiga perkara dibangkitkan Ahli Parlimen Muar itu membabitkan soal peruntukan kepada pembangkang, pengisytiharan harta anggota Kabinet dan pengguguran kes rasuah, sudah banyak kali dijelaskan sama ada di dalam atau luar Parlimen.
Beliau berkata dalam soal pengisytiharan harta, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak Januari menyatakan ketegasannya dan mengarahkan agar mekanisme lebih telus dan menyeluruh disiapkan, bukan sekadar isytihar tanpa format yang khusus.
"Tidak sekadar kenyataan media, ia disepakati menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) Siri 17 Bil. 1 Tahun 2023 yang dipengerusikan sendiri Perdana Menteri pada Julai lepas," katanya yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya.
Berhubung pengguguran kes mahkamah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Adam Adli berkata ia telah dijelaskan secara terperinci oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said di Parlimen, semalam.
"Pengguguran kes mahkamah tentu sekali saya yakin merujuk kepada kes TPM (Timbalan Perdana Menteri) berbanding kes Pagoh, telah dijawab dalam Parlimen secara terperinci oleh Yang Berhormat Azalina atas kapasiti sebagai menteri menjaga undang-undang dan reformasi institusi, ditandai dengan komitmen kerajaan hari ini untuk memisahkan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya.
"Malah isu DNAA (melepas tanpa membebaskan) TPM juga telah dibawa kepada perhatian Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, selain bakal dijawab sendiri oleh Perdana Menteri dalam Dewan Rakyat hari ini," katanya.
Mengenai peruntukan kepada pembangkang, beliau berkata perkara itu berulang kali diingatkan untuk mereka memulakan rundingan bersama kerajaan namun sehingga kini masih belum disambut selain ia digunakan sebagai modal untuk bercakar dalam persidangan di Dewan Rakyat serta berkemungkinan sebagai modal membohongi rakyat di kawasan masing-masing seolah-olah kerajaan zalim.
"Soal NATO ini eloklah Saddiq jangan hanya cerminkan kepada perkara mengikut selera beliau. Cerminkan juga kepada dasar kebajikan rakyat dikemukakan menerusi Belanjawan 2023 yang lepas dan inisiatif sedang berjalan dalam menoktahkan kemiskinan tegar, menyelesaikan masalah dan keperluan asas rakyat termasuk sekolah dan fasiliti kesihatan, bekalan air bersih, pemulihan ekonomi pascapandemik dan transisi tenaga yang bakal bermula kelak," katanya.
Dalam pada itu, Adam Adli yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan turut membidas kenyataan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu yang juga Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bahawa kerajaan sebagai pengamal 'pork barrel politic'.
"Entah dari mana datang idea politik tong babi dinyatakan beliau sedangkan kawasan beliau iaitu Machang sendiri adalah salah sebuah kawasan yang turut menerima peruntukan besar mencecah RM1.44 billion buat negeri Kelantan dalam bentuk infrastruktur asas termasuk jalan raya dan jambatan.
"Belum lagi dikira sekali dengan komitmen penyelesaian isu bekalan air yang turut mencecah bilion ringgit," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 19 2023
Adam turut membidas kenyataan Wan Ahmad Fayhsal yang berkata bahawa kerajaan sebagai pengamal 'pork barrel politic'. - Foto fail/BERNAMA
Program larian disertai pelancong berpakaian tidak sopan bukan anjuran kerajaan Johor
Program larian yang didakwa disertai pelancong asing berpakaian kurang sopan dan mempromosi budaya songsang lesbian, gay, biseksual serta transgender (LGBT) bukan anjuran kerajaan negeri.
Imigresen serbu pusat karaoke, 49 GRO dan pelanggan ditahan
JIM Perak menyerbu empat premis pusat hiburan karaoke yang menawarkan GRO warga Myanmar dengan bayaran antara RM450 hingga RM600 di sekitar bandar raya ini, malam tadi.
AWANI Ringkas: Pendatang asing tanpa izin | Kekecohan di Wisma Transit
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Ahad – 06 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Polis siasat dakwaan buli di sekolah berasrama penuh di KL
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku kejadian buli membabitkan anak seorang penyanyi dan beberapa individu lain di sebuah sekolah berasrama penuh di ibu negara.
Peruntukan tebatan banjir Sungai Damansara diluluskan, kurangkan risiko di Sungai Buloh
Peruntukan berjumlah RM481 juta bagi Projek Tebatan Banjir Sungai Damansara telah diluluskan sebagai usaha mengurangkan risiko banjir di kawasan Parlimen Sungai Buloh.
AWANI 7:45 [05/10/2024] – Tunggu perkenan Majlis Raja-Raja | Inflasi dan gaji jadi tumpuan | Kes terpencil | Zionis terus angkuh
- Tiga negeri fatwakan GISB sesat, siasatan libat 10 peruntukan
- Belanjawan 2025 tumpu isu inflasi dan naik gaji
- Kekecohan libat warga Palestin mungkin sebab stress, ATM tangani dengan profesional
- Gaza hancur lebur, Beirut hampiri kemusnahan
- Belanjawan 2025 tumpu isu inflasi dan naik gaji
- Kekecohan libat warga Palestin mungkin sebab stress, ATM tangani dengan profesional
- Gaza hancur lebur, Beirut hampiri kemusnahan
Pekebun boleh kemuka tuntutan akibat serangan haiwan liar
Pekebun yang mengalami kerugian hasil tanaman akibat ancaman haiwan liar boleh mengemukakan tuntutan pampasan terhadap kerosakan yang berlaku.
AWANI Ringkas: GISB Holdings | Kes tembakan di Song | PR1MA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki rugi RM224,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga tempatan berputih mata apabila kerugian RM224,000 setelah terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi WhastApp.
AMK nafi wujud masalah dalaman dengan Pemuda UMNO
Ketua AMK Adam Adli Abd Halim berkata ia adalah perkara biasa apabila berlaku perbezaan pandangan dalam politik.
Isu tunggakan gaji: KBS saran FAM cari jalan penyelesaian sebaiknya
KBS menyarankan agar FAM menangani dan mencari jalan penyelesaian sebaiknya berhubung masalah tunggakan gaji pemain dalam Liga Malaysia (Liga M) 2024/2025.
PRK Sungai Bakap: Latar belakang Cikgu Joohari mampu tambat hati golongan muda - Adam Adli
Cikgu Joohari itu tidak perlu berlakon untuk menjadi orang muda, sebaliknya tahu bagaimana mendekati golongan itu.
KBS bantu atlet kayak dilanggar pemandu mabuk - Adam Adli
KBS akan memberi bantuan kepada atlet kayak, Siti Nurul Masyitah Elias yang parah akibat dilanggar oleh seorang pemandu mabuk di Johor Bahru pada Sabtu.
‘Beri ruang kepada Faisal jalani tempoh pemulihan’- Adam Adli
Faisal kini menunjukkan tanda-tanda positif dan keadaan kesihatannya bertambah baik.
Malaysia mempunyai 16,228 pemain pelapis bola sepak - Adam Adli
Di sebalik kebimbangan kehilangan bakat muda, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebenarnya sedang giat menyediakan platform bagi mencari bakat baharu bola sepak negara.
Kerajaan akan pastikan SOP sukan berisiko tinggi sentiasa dipatuhi - Adam Adli
KBS juga akan memastikan kerjasama lebih rapat dengan Majlis Sukan Negeri selepas ini agar setiap SOP berkaitan penganjuran sukan berisiko tinggi dipertingkatkan.
Percutian ke Hatyai: Saya ambil tanggungjawab ini - Adam Adli
Katanya, AMK di setiap negeri bebas mengadakan apa sahaja program dalaman yang bertujuan mengukuhkan hubungan dalam organisasi.
Kembara JOM platform dapatkan maklum balas, pandangan belia
Program Kembara JOM juga bagi meraikan aktiviti, mempromosi gaya hidup Rakan Muda dan sesi temu rapat bersama pertubuhan belia.
Majlis Atlet mampu lonjak tahap kemajuan atlet para
Penubuhan Majlis Atlet dilihat mampu menjadi wadah membincangkan masalah dihadapi komuniti sukan para baik di dalam mahupun luar gelanggang.