'Islamic State' atau kumpulan militan IS perlu disebut sebagai kumpulan pengganas atau pelampau, bukan sebagai 'Islamic State', kata Penasihat Khas Sosiobudaya kepada kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim.
Beliau berkata, istilah 'Islamic State' itu mempunyai makna tertentu dan memberi gambaran buruk kepada negara Islam sebenar.
"Janganlah dengan begitu mudah menerima sahaja IS untuk merujuk kepada negara Islam. Ia (kumpulan militan IS) adalah kumpulan mungkar. Negara Islam tidak akan melakukan kemungkaran. Negara Islam adalah berlandaskan undang-undang syariah," katanya.
Rais, yang juga penasihat kepada Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) berkata demikian dalam ucapan penutupnya pada Persidangan Antarabangsa 'Orde Baharu Dunia: Resipi Untuk Peperangan Atau Keamanan!' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Isnin.
Beliau berkata istilah 'Islamic State' diguna dengan meluas kerana Amerika menggunakannya.
"Oleh kerana Amerika menggunakan perkataan itu, kita pun menggunakanya juga," kata beliau.
Sementara itu, bercakap dalam sidang media selepas persidangan itu berakhir, presiden PGPF Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kumpulan militan IS bukan sebuah negara Islam, tetapi pengganas.
"Kita diperkenalkan dengan perkataan IS oleh Amerika Syarikat dan kita pun terima Islamic State kononnya. Ini bukan Islamic State, ini pengganas.
"Mereka ini mungkin dilatih dan dibekalkan senjata dan wang oleh orang yang menuduh mereka ini ialah IS. Oleh itu, kita terpaksa fikir semula umpamanya kenapa IS terdiri daripada orang Islam cuma bunuh orang Islam sahaja...," jelas bekas perdana menteri itu.
Bernama
Tue Mar 10 2015
![IS adalah pengganas, bukan Islamic State - Rais IS adalah pengganas, bukan Islamic State - Rais](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-10/61383038417_295x200.jpg)
RAIS: istilah 'Islamic State' itu mempunyai makna tertentu dan memberi gambaran buruk kepada negara Islam sebenar. - Foto Fail
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Rais Yatim dianugerahkan ijazah kehormat kedoktoran seni kreatif Rais Yatim dianugerahkan ijazah kehormat kedoktoran seni kreatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41608363025_RaisYatim.jpg)
Rais Yatim dianugerahkan ijazah kehormat kedoktoran seni kreatif
Penganugerahan itu merupakan penghormatan tinggi buat Rais, atas jasa dan pengorbanan beliau merancang pembangunan seni budaya tanah air.
![Masyarakat Melayu perlu martabatkan seni budaya dan warisan Masyarakat Melayu perlu martabatkan seni budaya dan warisan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/81472802786_TanSriDrRaisYati.jpg)
Masyarakat Melayu perlu martabatkan seni budaya dan warisan
Usaha memartabatkan seni budaya dan warisan Melayu itu juga boleh mengelakkan pihak lain memperkecilkan budaya, bahasa dan warisan Melayu.
![Perlu pendekatan jelas untuk tingkat pengunaan bahasa Melayu - Dr Rais Perlu pendekatan jelas untuk tingkat pengunaan bahasa Melayu - Dr Rais](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/61454676016_TanSriDrRaisYati.jpg)
Perlu pendekatan jelas untuk tingkat pengunaan bahasa Melayu - Dr Rais
Tan Sri Dr Rais Yatim berkata pemegang dasar harus membuat pendekatan yang jelas supaya bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa komersial dalam semua urusan.
![IS adalah pengganas, bukan Islamic State - Rais IS adalah pengganas, bukan Islamic State - Rais](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-10/61383038417_295x200.jpg)
IS adalah pengganas, bukan Islamic State - Rais
'Islamic State' atau kumpulan militan IS perlu disebut sebagai kumpulan pengganas atau pelampau, bukan sebagai 'Islamic State'.