TAHUKAH anda bahawa 98% daripada kanak-kanak berusia lima tahun dikategorikan sebagai genius? Kajian oleh George Land ini juga mendapati bahawa perangkaan itu jatuh menjunam kepada 30%, jika ujian genius terbabit dilakukan di kalangan kanak-kanak berusia 10 tahun.
Lebih teruk lagi, hanya 12% daripada anak-anak berusia 15 tahun didapati genius, manakala di kalangan golongan dewasa, hanya dua peratus sahaja genius! Mengapakah penurunan drastik ini berlaku? Apakah kesilapan kita?
Mari kita cuba pertimbangkan secara ringkas apakah perubahan-perubahan yang berlaku dalam tempoh masa di antara umur lima tahun sehingga kita dewasa. Kita telah membesar, kita menggarap pengalaman-pengalaman baru, bertemu dengan orang baru, dan yang paling penting, kita bersekolah. Mungkin tidak wajar menyalahkan sekolah sewenang-wenangnya untuk kemerosoton intelek manusia, kerana pastinya terdapat pelbagai pembolehubah lain yang turut memainkan peranan.
Namun, pernahkah kita mengira mengapa sekolah itu sendiri dikait begitu rapat dengan tujuan pendidikan? Dalam kata lain, kita sedia maklum bahawa pendidikan itu penting, tetapi mengapa sekolah itu penting?
Sifat Plasticity Kanak-kanak
Otak manusia sebenarnya kenyal dan sangat fleksibel. Pakar-pakar neurologi menyifatkan kebolehan otak manusia untuk menyesuaikan diri dengan perubahan mahupun pengetahuan baru, sebagai Plasticity. Plasticity memberi laluan kepada manusia untuk mempelajari perkara-perkara baru, watak-watak baru dan juga mampu berubah mengikut situasi. Maka, mana-mana individu yang normal dan sihat secara teorinya, sepatutnya mampu menjadi bijak dan pandai, selagi mana mereka berpeluang mendapatkan ilmu dan pengalaman baru. Persoalannya ialah, adakah tindakan mewajibkan persekolahan itu menggalakkan Plasticity yang semulajadi dalam otak manusia ini, ataupun sebenarnya merencatkan perkembangan intelek manusia, lantas membataskan potensi sebenar manusia?
Kanak-kanak merupakan manusia super. Mereka hidup detik demi detik, menerima semua perkara yang muncul di hadapan mereka tanpa rasa risau akan kesan tindakan mereka di masa hadapan, atau rasa terikat dengan sebarang kerangka terancang yang telah dihadkan dengan objektif dan tujuan khusus. Mereka dikurniakan dengan akal yang cukup bersedia dan penuh minat untuk belajar, bagaikan span yang kuat menyerap. Sama ada direndamkan dalam air segar, ataupun dalam air berlumpur lagi tercemar, span tersebut akan tetap menyerapnya.
Pembelajaran kendiri juga ialah sifat semula jadi manusia. Tiga tahun pertama seorang kanak-kanak menyaksikan kadar pertumbuhan yang paling pantas. Anak itu membesar daripada seorang bayi yang tidak mampu bergerak dengan sendirinya dan hanya menangis, kepada seorang manusia kecil yang mampu berkomunikasi dalam satu atau dua bahasa, melukis di atas dinding, menyelesaikan masalah mudah, memformulasikan soalan demi soalan, serta mempunyai semangat untuk berdikari dalam kegiatan hariannya.
Jadi apakah yang telah berlaku kepada perkembangan manusia pada tahun-tahun berikutnya sehingga ke alam dewasa? Mengapakah hanya 2 peratus dewasa yang dikenal pasti sebagai genius?
“Tragedi manusia yang terbesar ialah mereka pernah menjadi kanak-kanak.” – Friedrich Nietszche
Sekolah Sebagai Medan Indoktrinasi
Asal usul sistem persekolahan sangat mengejutkan! Sistem persekolahan moden, awam, percuma dan wajib pertama kali di dunia telah diperkenalkan oleh Raja Prussia (kini Jerman) pada tahun 1760. Beliau memperkenalkan sekolah supaya rakyat tunduk patuh dan taat kepada pemerintahan beliau dengan kaedah membentuk pemikiran orang (indoctrination and brain washing).
Konsep yang sama tidak lama kemudiannya diguna pakai oleh Perancis, Amerika, dan seterusnya seluruh pelusuk dunia. Kira-kira 50 tahun kemudian, Napoleon Bonaparte, Maharaja Perancis turut dilaporkan berkata, “Beta mahu menubuhkan sebuah institusi pendidikan yang akan mengemudi cara pemikiran orang Perancis!”
Hal ini membawa tanda tanya. Di peringkat permulaan institusi sekolah itu sendiri, matlamat indoktrinasi dan pembasuhan minda telah dijadikan tujuan utama. Selain daripada kemahiran membaca, menulis dan asas ilmu hisab, sekolah turut menjadi alat untuk memastikan si pemerintah kekal di tampuk kekuasaan. Model sekolah yang diperkenalkan di Prussia ketika itu, merupakan model yang sama dengan yang wujud dalam dunia moden kini, dengan jadual waktunya, sukatan pelajarannya dan pembahagian darjah mengikut umur.
Wajarkah jika dikatakan tujuan awal penubuhan sekolah itu sendiri ialah pengkhianatan kepada cita-cita murni pendidikan? Objektif utamanya adalah untuk mengontangkan akal manusia, memenjarakan pemikiran mereka, dan melatih rakyat yang seragam dan efektif, yang kemudiannya dapat digembleng menjadi tenaga kerja murah demi membantu tujuan Revolusi Perindustrian pada waktu itu. Sehingga ke hari ini, sistem sekolah yang sedemikian terus menerus melahirkan manusia yang akur dan taat kepada sistem, walaupun mungkin secara lebih halus. Anak-anak digalakkan menghafal skema jawapan dan penyelesaian kepada masalah, dan dianjurkan dengan makna kejayaan yang berteraskan kemenangan atas orang lain, kepingan ijazah dan wang ringgit.
Tabula Rasa: Nurture (pemupukan) atau Nature (semulajadi)
Dalam bahasa Latin, Tabula Rasa bermaksud “kosong”. Teori epistimologi Tabula Rasa ini mencadangkan bahawa manusia dilahirkan sama dengan akal yang “kosong” dan segala pengetahuannya datang dari pengalaman, persepsi dan pembelajaran semata-mata. Secara ringkasnya, penyokong konsep Tabula Rasa mendukung konsep “nurture over nature”, jika kita merujuk istilah yang diasaskan oleh Francis Galton; iaitu adab dan pengetahuan itu harus dipupuk, dan bukan semulajadi. Teori ini bertentangan dengan teori-teori yang memegang konsep intelek manusia itu wujud secara genetik serta bersifat unik kepada bangsa, seperti yang dicadangkan oleh Charles Jung. Di samping nurture versus nature ini, turut tidak dilupakan peranan hidayah atau konsep ketuhanan dan spiritual sebagai elemen besar sumber ilmu dan intelek, dalam konteks penerimaan ilmu pengetahuan.
Tabula rasa mula diperkenalkan oleh Aristotle, dan kemudiannya muncul kembali pada zaman Ibn Sina. Ibn Sina berhujah bahawa intelek “aktif” manusia dibangunkan oleh intelek “material” atau kebendaan. Pendapat ini disinambungkan oleh sistem pendidikan, di mana pengalaman dan penaakulan manusia dipercayai menjadi satu-satunya kaedah mengecapi ilmu. Teori terbabit kemudiannya dieksperimen dan diperkembang lagi oleh St Thomas Aquinas, John Locke, Rousseau and Sigmund Freud.
Ibn Tufail menggambarkan konsep ini secara fiksyen menerusi novelnya yang menceritakan perkembangan seorang kanak-kanak yang berpengalaman ditinggalkan seorang di atas sebuah pulau terpencil, tanpa sebarang hubungan dengan dunia luar. Satu lagi lakaran popular konsep ini ialah kisah Piscine Molitor "Pi" Patel, yang hidup selama 227 tahun di atas sebuah sampan selepas kapalnya karam, bersama seekor Bengal bernama Richard Parker. Tanpa pernah mempelajari sebarang teori survival atau kemandirian di sekolah, beliau hidup terselamat semata-mata melalui pengalaman, pengetahuan dan kebolehan rasional.
Dari sudut pendidikan, Tabula Rasa mencadangkan bahawa kanak-kanak membina karakter, personaliti, kelakuan dan menjadi pandai hasil daripada pemupukan. Dalam kata lain, teori ini merencanakan bahawa kecerdikan dan personaliti bukan takdir atau kebetulan, tetapi lahir melalui sistem pemupukan yang baik dandilengkapi dengan persekitaran yang memberi ruang kepada pengalaman, penyiasatan, soalan dan penaakulan mantik.
Konsep Mengajar berbanding Konsep Belajar
Badan-badan pendidikan di seluruh dunia masih belum mampu mencabar tradisi yang diasaskan oleh falsafah pendidikan awal kurun ke-20. Falsafah tersebut tetap mengaitkan pendidikan dengan kata-kata seperti ‘menyampaikan’, ‘memaklumkan’, ‘memberitahu’ dan bukannya ʻmenerokaʼ, ʻmenggalakkanʼ,ʻmerangsangʼ dan ʻmemupukʼ. Pendidikan itu tetap “pengajaran” dan bukannya “pembelajaran”. Pembelajaran memerlukan kepada kegagalan dan kesilapan, dua perkara yang tidak lagi mendapat tempat dalam sistem pendidikan kini.
Sedemikian juga, perbendaharaan kata yang menggambarkan perbuatan “mengajar” cukup banyak; seperti “pedagogi”, “andragogi” dan “tutorial”, tetapi sinonim kepada “belajar” tidak sebanyak itu. Kita sibuk mengetengahkan penghasilan guru yang berkemahiran; bagaimana pula dengan pelajar yang berkemahiran untuk belajar dan menuntut ilmu pengetahuan?
Tokoh pendidikan kritikal kelahiran Brazil Paulo Freire mencadangkan penyelesaian dalam bentuk hubuungan dua hala antara guru dan pelajar. Beliau mencadangkan konsep guru-pelajar, di mana guru ialah guru yang belajar, dan pelajar ialah pelajar yang mengajar. Konsep belajar dalam mengajar ini dirumuskan dengan baik oleh Albert Einstein; “Saya tidak pernah mengajar para pelajar saya, saya cuma menyediakan keadaan yang membolehkan mereka belajar.”
Mengkaji Semula Pendidikan Demi Plasticity
Foucault, Kant dan Freire tidak memandang pendidikan sebagai suatu pemindahan maklumat kepada orang ramai, kerana hal itu hanya akan melahirkan sistem penilaian kanak-kanak yang berdasarkan sejauh mana kebolehan mereka menyerap maklumat. Hasilnya ialah kanak-kanak yang hebat menjawab kuiz, bukannya warga dewasa yang mahir menyelesaikan masalah, inovatif dan paling penting sekali, berperi kemanusiaan.
Persoalan utamanya kini: dapatkah kita nilaikan sekolah moden yang wujud kini sebagai lapuk dan tidak relevan lagi? Kelemahan utamanya ialah pemfokusan kepada pengajaran, dan bukannya pembelajaran, kebebasan memilih, dan penerapan nilai-nilai cinta dan kemanusian, dalam suatu rangka perkembangan individu dan kolektif.
Saranan memikirkan semula pendidikan kini cukup penting dalam memastikan Plasticity anak-anak digunakan sebaiknya demi menghasilkan kesudahan-kesudahan yang lebih hebat di kalangan anak-anak yang bersekolah. Mereka tidak lagi wajar diajar jawapan-jawapan yang telah tersedia, tetapi haruslah dilibatkan dalam proses menemui kesimpulan dan jawapan-jawapan itu.
Para pendidik dan pembuat polisi yang bertanggungjawab terhadap sistem persekolahan wajar mengubah fokus sistem sekolah. Tiba masanya untuk kanak-kanak dilengkapi dengan radas dan alat untuk menggalakkan mereka berfikiran kritis, menjana sendiri kebolehan intelek, berdikari, berkerjasama, serta mempunyai belas ihsan terhadap orang lain. Salah satu langkah awal untuk mencapai matlamat ini ialah pengolahan semula secara berperingkat sistem penilaian dan ganjaran (insentif) sekolah; dari mengejar sasaran-sasaran akademik yang ketat, kepada KPI-KPI yang lebih fleksibel dan menggalakkan. Hal ini demi membenarkan anak-anak meneroka mencari jawapan-jawapan mereka sendiri, dan bukan lagi disuapkan jawapan-jawapan standard.
Pendidikan sepatutnya bersifat menyeronokkan dan memberangsangkan. Bayangkan sekolah yang menggalakkan kanak-kanak bersifat ingin tahu, suka untuk ke sekolah, meneroka, membaca lebih daripada yang ditetapkan dalam sukatan buku-buku teks, bertanyakan soalan-soalan yang mencabar, mencipta perkara baru, dan sekolah yang digelarkan Malik Bennabi sebagai institusi yang “memanusiakan kembali manusia”. Tentu sekali, sistem persekolahan sedemikian, yang sebenarnya lebih cantik digelarkan “sistem pemupukan”, menjadi wadah kepada perubahan untuk kebaikan, buat masyarakat dan warga kemanusiaan secara keseluruhannya.
“Pembelajaran itu bukanlah penghadaman ide, tetapi mencipta dan mencipta lagi ide tersebut” — Paulo Freire.
*Anas Alam Faizli memegang ijazah kedoktoran dalam Pentadbiran Perniagaan. Beliau adalah seorang professional bidang pembinaan dan minyak & gas, seorang warganegara Malaysia yang prihatin dan adalah pengarang Rich Malaysia, Poor Malaysians dan bertweet di @aafaizli
**Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Anas Alam Faizli
Wed Jan 18 2017
Bayangkan sekolah yang menggalakkan kanak-kanak bersifat ingin tahu, suka untuk ke sekolah, meneroka, membaca lebih daripada yang ditetapkan. - Gambar hiasan
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
ProtectHealth sasar tingkatkan penglibatan pengamal perubatan swasta, NGO dalam PICK
ProtectHealth menyasar untuk meningkatkan penglibatan PPS dan NGO dalam PICK meskipun jumlah populasi dewasa yang telah lengkap divaksin sudah mencapai 70.5 peratus.
COVID-19: ProtectHealth galak lebih banyak fasiliti perubatan swasta sertai PICK
Ia bagi memudahkan orang ramai untuk mendapatkan suntikan vaksin di klinik atau hospital swasta, yang berhampiran dengan rumah mereka.
Proses vaksinasi di PPV WTCKL berjalan lancar
Segala proses vaksinasi adalah teratur dengan laluan ekspres disediakan untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Kebajikan tidak mufliskan tetapi memajukan Malaysia
Benarkah pengagihan sumber ekonomi yang terbaik hanya akan berlaku melalui pasaran bebas di mana semua orang dalam ekonomi terbabit bergerak secara bersendirian?
Wanita kunci kekuatan sosio-ekonomi Malaysia
Wujud manfaat sosio-ekonomi besar sekiranya kita meneroka dan membuka potensi wanita yang sangat diperlukan negara.
Memerangi kejahilan dan ketidakpedulian demi Malaysia makmur
Adakah kita, selaku negara bangsa yang moderat dan progresif, memahami makna kebebasan, keadilan dan demokrasi yang sebenar?
Ekonomi Lompong Malaysia
Pembetulan asas ekonomi Malaysia perlu dilaksanakan sesegera mungkin dengan membekalkan peluang, capaian dan ganjaran- seimbang kepada semua warganya.
Satu ukuran sistem penjagaan kesihatan Malaysia: Adakah kita bakal gagal?
Sekiranya tiada perubahan yang dilakukan kepada sistem penjagaan kesihatan negara ini, kita mungkin akan menjadi seperti Amerika.
Tiba masa untuk tolak politik tidak beretika - Ku Li
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata sudah tiba masanya untuk menolak amalan politik tidak beretika.