Peningkatan kadar jenayah nampaknya telah memaksa kerajaan untuk patah balik pada pendiriannya mengenai undang-undang pencegahan.
Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dan Ordinan Darurat 1969 (EO) pada 2011, ramai menjangkakan pulangan akta tersebut dalam bentuk yang lain.
Walau bagaimanapun, samada pindaan-pindaan terbaru kepada Akta Pencegahan Jenayah 1959 (PCA) adalah serupa dengan ISA yang dianggap ketinggalan zaman, masih didebatkan.
Bagi mereka yang telah membaca rang undang-undang yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Parlimen semalam, beberapa perkara utama kelihatan agak jelas:
Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dan Ordinan Darurat 1969 (EO) pada 2011, ramai menjangkakan pulangan akta tersebut dalam bentuk yang lain.
Walau bagaimanapun, samada pindaan-pindaan terbaru kepada Akta Pencegahan Jenayah 1959 (PCA) adalah serupa dengan ISA yang dianggap ketinggalan zaman, masih didebatkan.
Bagi mereka yang telah membaca rang undang-undang yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Parlimen semalam, beberapa perkara utama kelihatan agak jelas:
- Pindaan baru ini membolehkan penahanan tanpa perbicaraan. Unsur-unsur ini seakan kepada EO dan ISA. (PCA lama membenarkan reman hanya sehingga 71 hari)
- Bukan Menteri, tetapi satu Lembaga Pencegahan Jenayah yang dipengerusikan oleh seorang hakim atau bekas hakim yang berpangkat Mahkamah Tinggi ke atas dan dua orang lain akan mengadakan inkuiri ke atas suspek dan boleh mengeluarkan perintah tahanan terhadap mereka yang didapati bersalah.
- Seseorang boleh didaftarkan di bawah PCA bagi kesalahan termasuk penglibatan dalam aktiviti kongsi gelap, pengedaran dadah dan jenayah terancang yang lain.
- Keputusan oleh pihak mahkamah, kecuali mengenai prosedur Akta, tidak boleh dicabar melalui semakan kehakiman.
Bagi Kerajaan, pindaan kepada PCA tidak bermaksud kita kembali ke era ISA. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pindaan itu merupakan sebuah"transformasi" dan bukannya "zalim".
Zahid juga, menyatakan bahawa sedia untuk berbincang dan berdebat mengenai pindaan-pindaan tersebut.
Bagi kebanyakkan ahli-ahli pembangkang, termasuk MP Padang Serai dari PKR N Surendran, ini adalah satu langkah ke belakang dan mencerminkan zaman di mana ISA diggunakan untuk menutup mulut musuh politik.
Tetapi persoalannya adalah: Jika tujuan undang-undang adalah bertujuan untuk melindungi hak-hak masyarakat, adakah undang-undang baru ini akan melindungi lebih ramai orang?
Bagi seorang peguam dan aktivis Edmund Bon, pindaan baru ini merupakan satu "usaha untuk melakukan penipuan terhadap Parlimen dan masyarakat".
Bon mengatakan bahawa Perdana Menteri sendiri telah berkata bahawa kerajaan sendiri menentang mengembalikan tahanan pencegahan.
"(Tetapi) peruntukan itu membawa kembali hampir 99% daripada bentuk asal ordinan kecemasan dan ISA," dakwa Bon.
Beliau berkata, jika pindaan diluluskan, undang-undang itu adalah "bertentangan dengan perlembagaan" kerana orang yang akan ditahan di bawah undang-undang ini adalah orang yang tidak disabitkan dengan kesalahan jenayah.
Bon juga berkata bahawa "langkah-langkah yang zalim” ini tidak tiperlukan kerana sebagai negara kini tidak berada dalam keadaan darurat. "Adakah kerajaan mengatakan kita berada dalam keadaan darutat?"
Untuk Bon, penyelesaiannya adalah mudah: "Menarik balik Rang Undang-Undang....atau sekurang-kurangnya melakukannya selepas pilihan raya UMNO."
Sementara itu, peguam jenayah, Akberdin Abdul Kader berkata bahawa pindaan ini tepat pada masanya.
Akberdin berkata bahawa 'tidak ada keraguan' terdapatnya peningkatan dalam kadar jenayah yang dilakukan oleh bekas tahanan EO.
"Saya menyokong sepenuhnya undang-undang ini, ini akan mengawal dan mencegah penyalahgunaan oleh pihak berkuasa di mana dahulu mereka boleh menahan anda atas sebab tidak suka anda. Undang-undang sebelum ini lebih senang disalahgunakan, "kata Akberdin.
Beliau berkata bahawa dengan para hakim yang ada dalam lembaga itu dijangka "lebih telus dan berdasarkan kejadian sebenar dakwaan" seorang suspek.
"Kini dengan hakim yang masih berkhidmat untuk mempengerusikan lembaga itu, saya amat yakin mereka akan menjadi sangat teliti tentang pematuhan syarat-syarat. Kali ini, mereka akan memastikan keadilan dilakukan demi kepentingan orang ramai."
Akberdin menambah bahawa dalam pindaan undang-undang baru yang dicadangkan boleh dicabar dan Mahkamah Persekutuan boleh mengugurkannya jika undang-undang itu menentang dengan Perlembagaan.
Untuk kumpulan yang menentang undang-undang pencegahan, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), undang-undang baru tidak mempunyai "check and balance" yang cukup tetapi sebaliknya membawa kembali unsur-unsur ISA.
Presiden GMI, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, unsur-unsur ini termasuk penahanan tanpa perbicaraan dan ketiadaan peluang untuk semakan kehakiman.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri mempertikaikan penggunaan undang-undang pencegahan: "Satu-satunya masalah undang-undang pencegahan ialah, bagaimana anda menangkap seseorang jika jenayah tidak dilakukan? Jika (ia adalah) kerana disyaki semata-mata, ia cukup (yang mencukupi) untuk menangkap seseorang atas dasar undang-undang pencegahan? "
Najib berkata, kerajaan prihatin terhadap penurunan kadar jenayah dan juga penyelewengan hak asasi masyarakat di negara ini.