Kementerian Kesihatan terus mengadakan sesi perbincangan dengan syarikat pembekal dan konsesi bagi memastikan bekalan vaksin 5-Serangkai (DTaP-IPV//HiB) dalam negara sentiasa mencukupi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata Malaysia menggunakan vaksin 5-Serangkai dalam Program PolioKanak-kanak Kebangsaan, selaras dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di fasa akhir Program Pembasmian Polio dunia.
MESTI TONTON; [VIDEO] Pakar nafi imunisasi jejas mental, fizikal kanak-kanak
Namun, sejak Jun tahun ini, beliau berkata seluruh dunia menghadapi masalah bekalan vaksin yang mengandungi "inactivated polio vaccine" (IPV) dan "acellular pertussis" (kombinasi dalam vaksin 5-Serangkai) yang hanya terdapat satu syarikat pembekal tunggal untuk memenuhi permintaan global.
Katanya, keadaan ini memberi impak kepada perkhidmatan imunisasi negara yang mana bekalan vaksin kepada fasiliti kesihatan swasta terputus dan bekalan stok penimbal di fasiliti kesihatan kerajaan dan syarikat konsesi juga menurun.
"Penggunaan vaksin 5-serangkai di fasiliti kesihatan kerajaan turut meningkat berikutan rujukan dari fasiliti kesihatan swasta. Penjadualan semula temu janji sesetengah pelanggan perlu dilaksanakan sementara mendapatkan bekalan vaksin," kata beliau.
"Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan berusaha keras memastikan bekalan berterusan melalui beberapa siri perbincangan dengan syarikat pembekal dan konsesi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Selain itu, Dr Noor Hisham berkata langkah-langkah yang diambil termasuk memantau bekalan dan stok vaksin di seluruh negara dan membuat agihan semula vaksin ini di kawasan operasi sekiranya perlu dan membuat pesanan secara mingguan bagi memberi peluang kepada daerah dan klinik lain mendapat bekalan.
"Keutamaan akan diberikan kepada klinik-klinik yang berada jauh di pedalaman dan sukar dihubungi. Ia bagi memastikan perkhidmatan imunisasi tidak terputus dan seterusnya dapat membendung penularan penyakit cegahan vaksin," katanya.
Beliau juga menjelaskan bahawa penggunaan vaksin Polio secara suntikan IPV, sekurang-kurangnya satu dos mesti dilaksanakan di semua negara dalam pembasmian Polio dunia.
Selain itu vaksin berkenaan diberikan sebanyak empat dos kepada kanak-kanak pada usia, 2, 3, 5, dan 18 bulan untuk mencegah penyakit difteria, kancing gigi , batuk kokol dan jangkitan Haemophilus influenza jenis b.
Sehubungan itu, Dr Noor Hisham juga menyaran ibu bapa dan penjaga, khususnya yang lazim mendapatkan perkhidmatan imunisasi di klinik swasta agar mematuhi tarikh temu janji yang diberi oleh kakitangan kesihatan kerajaan bagi memastikan imunisasi 5-serangkai ini diterima.
Beliau berkata liputan imunisasi yang sentiasa melebihi 95% dalam komuniti akan dapat memutuskan rantaian penularan penyakit cegahan vaksin dan mengelakkan berlakunya wabak.
Bernama
Sun Oct 25 2015
Kementerian Kesihatan sedang berusaha keras memastikan bekalan berterusan
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Suntikan dos tambahan vaksin 5-serangkai bayi ditunda kepada 24 bulan
Jadual suntikan dos tambahan vaksin 5-Serangkai (DTap-IPV//HiB) yang diwajibkan pengambilannya ke atas bayi berusia 18 bulan di negara ini ditunda kepada 24 bulan.
Adakah bekalan vaksin 5-serangkai di Malaysia mencukupi?
Sejak Jun, seluruh dunia menghadapi masalah bekalan vaksin 5-Serangkai kerana hanya ada satu syarikat pembekal tunggal untuk memenuhi permintaan global.