Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik yang boleh memudaratkan kesihatan.
Mereka yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik berkenaan dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.
Dalam satu kenyataan media rasmi daripada kementerian berkenaan, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalam produk berkenaan.
Produk-produk tersebut ialah:
Nama Produk: Bao Fu Ling Snow Lotus Cream 15g
No. Notifikasi: NOT180202851K
Racun berjaduial yang dikesan: Diphenhydramine
Nama pemegang notifikasi: Bao Fu Ling Global Enterprise Sdn. Bhd
Nama Produk: Bao Fu Ling Skincare Cream
No. Notifikasi: NOT180103663K
Racun berjaduial yang dikesan: Diphenhydramine
Nama pemegang notifikasi: AMG Wellness Sdn. Bhd.
Produk yang mengandungi diphenhydramine adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan digunakan untuk memberikan kelegaan sementara bagi kegatalan dan kesakitan akibat gigitan serangga, selaran matahari yang ringan dan kerengsaan kulit.
Penggunaan diphenhydramine tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh mengakibatkan bahagian kulit yang disapu menjadi lebih sensitif kepada cahaya matahari dan boleh menyebabkan kesan alahan teruk.
Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta.
Astro AWANI mendapati, produk kosmetik berkenaan berleluasa dijual menerusi platform beli-belah dalam talian yang popular.
Sehubungan itu, penjual adalah diingatkan bahawa penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya.
Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.
Sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik boleh dihantar menerusi e-mel kepada kosmetik@npra.gov.my. Pengguna dan orang ramai adalah dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my
Astro Awani
Mon Apr 01 2019
Pengguna disaran berhati-hati dengan lambakan produk kosmetik dalam pasaran. - Gambar hiasan
Sindiket punca utama pindah milik berleluasa
Tindakan segelintir kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bersubahat dengan sindiket antara punca utama kartel pindah milik tanah berleluasa.
Kakitangan Suhakam tidak teruskan piket, Cuepacs akan runding cari penyelesaian
Cuepacs akan mengadakan rundingan dengan Suhakam bagi mencari penyelesaian terbaik, berkaitan tuntutan dan permasalahan dihadapi kumpulan pekerja suruhanjaya itu.
MOT tiada kuasa kawal kenaikan tambang bas sekolah - Loke
Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghalang kenaikan harga tambang bas sekolah yang dijangka berlaku pada Februari ini.
PM Anwar sertai solat Jumaat bersama jemaah di Masjid India
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di Masjid India, ibu negara.
Presiden baharu Lubnan komited mahu berdialog dengan Syria
Dalam ucapan perasmiannya di parlimen, Aoun mengajak semua pihak untuk membincangkan dasar pertahanan menyeluruh yang membolehkan negara mengakhiri pendudukan Israel dan menangkis serangan.
AWANI Ringkas: Serahan dokumen selesai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Seorang maut, pesawat ringan meletup di Brazil
Sebuah pesawat ringan yang membawa lima penumpang meletup di Ubatuba, di perairan pantai Sao Paulo, Brazil, pada khamis
Najib tidak pasti siapa beri nombor akaun bank peribadinya kepada pihak Arab Saudi
Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pasti siapa yang memberikan nombor akaun bank peribadinya untuk urusan kemasukan sumbangan daripada Arab Saudi.
Jurugambar mengaku tidak bersalah, cederakan pereka fesyen
Seorang jurugambar sambilan mengaku tidak bersakah atas dua pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap dua pereka fesyen, Rabu lalu.
Kebakaran tapak pelupusan sampah haram di Gombak, operasi pemadaman giat dijalankan
Operasi pemadaman kebakaran di tapak pelupusan sampah haram di Jalan Bukit Lagong, Gombak sedang giat dilaksanakan sejak ia berlaku 2 Jan lepas.
Kenali jenis kulit bayi, pilih produk sesuai elak alahan dan iritasi
Ibu bapa dinasihat elak beli barangan mengandungi ramuan yang akan menyebabkan kulit bayi menjadi kering atau mendatangkan masalah alahan.
Remy Ishak dedah sudah ada nama anak sebelum kahwin lagi
Aktor Remy Ishak mendedahkan dia sudah ada nama buat cahaya mata pertamanya yang akan dilahirkan kelak.
Mengurus ekzema anak, apa ibu bapa perlu tahu?
Ada sesetengah individu yang dapat menangani penyakit itu dengan kesan minimum, namun ada yang akan menderita sepanjang hayat.
Warga emas meninggal kerana jantung iskemia, tiada alahan kepada vaksin COVID-19
Hasil bedah siasat mendapati wanita berusia 72 tahun itu tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda alahan terhadap vaksin.
COVID-19: Golongan berisiko anafilaksis tidak digalakkan divaksin - KKM
Individu yang mempunyai alahan terhadap vaksin atau risiko anafilaksis, tidak disarankan untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.
COVID-19: Doktor di Mexico dikejar ke hospital selepas disuntik vaksin
Memetik laporan agensi berita Reuters, doktor tersebut mengalami sawan, kesukaran bernafas dan ruam pada kulit.
COVID-19: Doktor Malaysia di UK syukur disenarai kumpulan pertama terima vaksin
Dr Azhan berkata, perkara itu penting memandangkan beliau merupakan petugas barisan hadapan yang berdepan dengan risiko jangkitan virus itu.
Vaksin COVID-19: Penjelasan jururawat kenapa tiba-tiba pengsan selepas disuntik
Kecoh apabila seorang jururawat yang sedang ditemubual di hadapan kamera selepas menerima suntikan vaksin COVID-19, Pfizer tiba-tiba pengsan.
Kakitangan kesihatan di Alaska alami alergi teruk selepas disuntik vaksin COVID-19
Individu itu juga tidak mempunyai sejarah alergi sebelum ini.
Tahniah! Kaka Azraff umum hamil 4 bulan
Penyanyi Kaka Azraff mengumumkan dia sedang hamil empat bulan.