Sasterawan Negara, Datuk Baharuddin Zainal mempersoalkan tindakan pihak-pihak tertentu yang sentiasa menyalahkan Bahasa Melayu apabila ekonomi dan pendidikan negara gagal berkembang.
"Bahasa Melayu selalu dikambinghitamkan dan dijadikan mangsa kalau negara gagal melonjakkan ekonomi atau pendidikan," katanya ketika merasmikan Malam Baca Puisi sempena Bulan Bahasa Kebangsaan di laman Rumah PENA di sini, malam tadi.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Baha Zain berkata kehebatan seseorang itu menguasai Bahasa Inggeris juga tidak boleh menjamin keperibadian yang cemerlang, bijaksana, berakhlak mulia atau kaya raya.
Kepentingan pengajaran Bahasa Malaysia dalam mata pelajaran di sekolah perlu dipertahankan bagi memartabatkan Bahasa Kebangsaan sepanjang masa, katanya.
Beliau berkata ramai tokoh korporat negara ini tidak terdidik di universiti yang menggunakan medium Bahasa Inggeris sepenuhnya namun mereka tetap berjaya.
"Itulah kadang-kadang apabila bercakap tentang nilai pencapaian dan kejayaan ini, kita jangan berfikir simplistik," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) Saleeh Rahamad berkata persatuan itu sentiasa memberi sokongan dan mengadakan pelbagai program bersempena Bulan Bahasa pada bulan ini yang bertemakan Bahasa Jiwa Bangsa.
"Kita merasa usaha berterusan itu perlu mengingatkan orang ramai bahawa Bahasa Melayu itu perlu dipertahan dan diperjuangkan, kalau tidak rempuhan daripada kuasa lain akan membunuh dan menjahanamkan Bahasa Melayu terutamanya dalam sistem pendidikan," katanya.
Bernama
Sat Oct 10 2015
BAHARUDDIN: Kepentingan pengajaran Bahasa Malaysia dalam mata pelajaran di sekolah perlu dipertahankan bagi memartabatkan Bahasa Kebangsaan sepanjang masa. - Gambar Fail
Niaga AWANI: [Transisi tenaga] Cabaran besar menanti Malaysia
Fokus perubahan tenaga yang Malaysia mahu laksanakan hadir dengan cabaran yang besar dan memerlukan bukan sahaja iltizam politik, sebaliknya sistem utuh dan kerjasama pelabagai pihak khususnya sektor korporat.
AWANI Pagi: Keselamatan kebakaran dalam pemasangan panel solar atas bumbung
[LANGSUNG] Fokus #AWANIpagi 17 Julai 2024 8.30 pagi,
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama PgB Muhamad Zahin Ishak, Pegawai Cawangan Perakuan Keselamatan Kebakaran, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membincangkan antaranya langkah-langkah keselamatan utama yang perlu diambil semasa pemasangan panel solar atas bumbung untuk mengurangkan risiko kebakaran.
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama PgB Muhamad Zahin Ishak, Pegawai Cawangan Perakuan Keselamatan Kebakaran, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membincangkan antaranya langkah-langkah keselamatan utama yang perlu diambil semasa pemasangan panel solar atas bumbung untuk mengurangkan risiko kebakaran.
Guna AI, sunting gambar rakan wanita jadi bogel
Media tempatan melaporkan, sekitar 20 wanita telah diubah gambar mereka kepada foto bogel.
Bekalan elektrik terputus, 165,000 penduduk Toronto terjejas banjir
Banjir juga menyebabkan beberapa kenderaan di bandar itu terkandas di jalan yang ditenggelami air berhampiran Jambatan Dundas.
Dua warga AS antara yang ditemui maut di hotel Thailand
Menurut polis Thailand, kesemua mangsa adalah berketurunan Vietnam, dengan dua daripadanya membawa pasport AS.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Julai 2024]
[LANGSUNG] Fokus #AWANIpagi 17 Julai 2024 7.30 pagi,
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
1. Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
2. Kim Pan-gon akui akan rindui sokongan rakyat Malaysia
3. Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
1. Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
2. Kim Pan-gon akui akan rindui sokongan rakyat Malaysia
3. Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024
Langkah menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah antara tumpuan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta Menteri Ekonomi menyatakan langkah tersebut pada sesi jawab lisan.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta pastikan kemampanan sektor air
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air.
[INFOGRAFIK] Tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Berikut adalah info berkenaan dengan tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah
Juri di Mahkamah Persekutuan Manhattan membacakan keputusannya pada Selasa selepas berbincang selama lebih 12 jam selama tiga hari.
Ada pihak selalu kambing hitamkan Bahasa Melayu - Sasterawan Negara
Sasterawan Negara, Datuk Baharuddin Zainal mempersoalkan tindakan pihak-pihak tertentu yang sentiasa menyalahkan Bahasa Melayu apabila ekonomi dan pendidikan negara gagal berkembang.
"Kalau 5 tahun lalu, saya tolak anugerah" -- Baha Zain
Penyair Baharuddin Zainal bersyukur dan berterima kasih di atas pemilihan beliau sebagai penerima Anugerah Sastera Negara yang ke-12 yang membawa kepada gelaran Sasterawan Negara.