KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa terdapat kesilapan besar dalam kandungan dokumen Perjanjian Awalan Bagi Projek Penswastaan Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.
Bekas Penasihat Undang-Undang Pulau Pinang, Datuk Faiza Zulkifli, 61, berkata, kesilapan itu membabitkan lot tanah yang menjadi perkara utama, yang dinyatakan dalam dokumen tersebut.
"Saya boleh katakan ini adalah kesilapan besar kerana terdapat beberapa kesilapan dari segi 'typo' dan dari segi pernyataan mengenai lot tanah," katanya ketika merujuk kepada dokumen Perjanjian Awalan Bagi Penswastaan Projek Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang di Antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Consortium Zenith Beijing Urban Construction Group Sdn Bhd (CZBUCG), pada 29 Okt 2013.
Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin, saksi itu berkata, kesilapan tersebut membabitkan tanah kerajaan negeri yang akan dipindah milik kepada pemaju, dikenal pasti secara salah dalam dokumen tersebut.
Saksi pendakwaan ke-11 itu berkata demikian pada perbicaraan kes rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang berdepan empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di negeri itu bernilai RM6.3 bilion.
Wan Shaharuddin: Jika diberikan peluang untuk meneliti balik perjanjian tersebut, adakah Datuk Faiza akan mengesan kesilapan itu?
Faiza: Saya amat teliti dalam kerja saya sebagaimana pegawai-pegawai kerajaan Pulau Pinang mengetahuinya dan saya pastikan perkara ini tidak akan berlaku demi memastikan kepentingan kerajaan negeri dijaga.
Bagaimanapun, saksi pendakwaan itu berkata adalah tidak wajar untuknya memberikan komen berhubung kandungan perjanjian tersebut, kerana beliau tidak terbabit dalam meneliti dan menyemak dokumen itu.
"Tiada arahan daripada mana-mana pihak sama ada daripada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang atau Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, supaya dokumen tersebut dihantar untuk disemak oleh bekas Penasihat Undang-Undang negeri itu," katanya.
Sementara itu, Faiza ketika membacakan pernyataan saksinya berkata, sepanjang bertugas sebagai Penasihat Undang-Undang negeri itu, pihaknya tidak pernah menerima apa-apa draf perjanjian untuk disemak.
Saksi itu berkata, beliau tidak meneliti draf perjanjian berkenaan kerana Ketua Menteri (Lim) telah bersetuju untuk melantik pihak peguam swasta, bagi meneliti perjanjian tersebut.
"Saya akur akan keputusan Ketua Menteri yang ingin melantik firma peguam swasta tersebut untuk meneliti perjanjian ini. Jika Ketua Menteri memutuskan untuk melantik pihak swasta untuk meneliti apa-apa perjanjian, Ketua Menteri hendaklah menetapkan tanggungjawab kepada peguam swasta, untuk menjaga kepentingan Kerajaan Negeri.
Dalam prosiding hari ini, pihak pendakwaan telah mengemukakan sijil kematian Pengarah Urusan Ewein Zanith Sdn Bhd, Datuk Ewe Swee Kheng yang ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah kondominium di Jalan Kelawai, Pulau Pinang pada 5 Okt lepas.
Mendiang yang berumur 53 tahun itu merupakan saksi pendakwaan ke-15 yang sepatutnya dipanggil untuk memberi keterangan pada perbicaraan kes itu.
Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Lim, 60, didakwa menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima wang rasuah RM3.3 juta sebagai tindakan membantu syarikat milik Zarul Ahmad mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702.
Lim didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town, antara Januari 2011 dan Ogos 2017.
Dalam pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh oleh syarikat itu sebagai penghargaan mendapatkan projek tersebut.
Kesalahan itu didakwa dilakukan berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, Kuala Lumpur, pada Mac 2011.
Lim yang juga Setiausaha Agung DAP, turut berdepan dengan dua tuduhan menyebabkan dua plot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang, Tingkat 21, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.
Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung 29 Nov ini. - BERNAMA
Bernama
Fri Nov 12 2021
Lim Guan Eng (kiri) bersama peguamnya, Gobind Singh Deo hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat. Hadir sama isteri Guan Eng, Betty Chew. Gambar BERNAMA
Peluang terbuka untuk perniagaan Malaysia di Hong Kong & Greater Bay Area
Menurut Pesuruhjaya Pembangunan Guangdong-Hong Kong-Macao Greater Bay Area, Maisie Chan, Hong Kong memainkan peranan unik sebagai pintu masuk antarabangsa ke Guangdong-Hong Kong-Macao Greater Bay Area (GBA), di bawah konsep ‘satu negara, dua sistem’. Ini membolehkan perniagaan Malaysia memanfaatkan potensi pasaran yang berkembang pesat ini.
Manfaat ekonomi hasil lawatan kerja Perdana Menteri
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakhir lawatan kerja ke China dari 4 November hingga 7 November, dengan potensi eksport bernilai RM3.2 bilion.
Rangkaian 5G kedua: MCMC mahu U Mobile bentang perancangan seterusnya - Fahmi
MCMC akan mengenakan beberapa syarat kepada U Mobile untuk memastikan tatakelola dan kelancaran rangkaian 5G Kedua negara.
34 jatuh sakit dalam penerbangan dari Guam ke Jepun, disyaki akibat keracunan makanan
Seramai 34 penumpang dalam dua penerbangan yang membawa sekumpulan pelajar sekolah menengah dari Guam ke Jepun mengalami gejala disyaki akibat keracunan makanan, lapor Agensi Berita Kyodo.
[TERKINI] Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah
Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) sedang menyiasat kejadian serangan letupan di Beirut pada Khamis yang melibatkan konvoi Malaysian Battalion 850-12 (MALBATT 850-12).
Dalam kenyataan Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Jumaat, kesemua enam anggota yang cedera kini selamat sampai ke destinasi di Kem Marakah.
Dalam kenyataan Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Jumaat, kesemua enam anggota yang cedera kini selamat sampai ke destinasi di Kem Marakah.
KKM tegaskan penggunaan ubat generik selamat dan berkesan
Semua ubat, termasuk ubat generik, perlu melalui penilaian ketat oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk memastikan kualiti, keselamatan, dan keberkesanan.
BRICS Urban Future Forum platform dialog mampan
World Urban Forum 2024 yang sedang berlangsung di Kaherah, Mesir, menjadi medan pertemuan cendekiawan yang memberi fokus kepada perkongsian dan percambahan idea untuk pembangunan yang lebih mampan dan berkualiti untuk penduduknya.
Editor Astro AWANI, Dzulfitri Yusop berada di lapangan ada butirannya.
Editor Astro AWANI, Dzulfitri Yusop berada di lapangan ada butirannya.
Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah - ATM
ATM berkata, Pasukan UNIFIL sedang menyiasat serangan letupan di Beirut pada Khamis yang melibatkan konvoi MALBATT 850-12.
14,000 penduduk California diarah berpindah
14,000 penduduk dipindahkan akibat kebakaran hutan di California.
Kebakaran hutan besar di California memaksa lebih 14,000 penduduk dipindahkan setakat Khamis.
Kebakaran hutan besar di California memaksa lebih 14,000 penduduk dipindahkan setakat Khamis.
KPDN kaji mekanisme jejak rantaian pengedaran minyak masak bersubsidi
KPDN sedang mengkaji mekanisme untuk menjejaki rantaian pengedaran minyak masak bersubsidi termasuk penggunaan nombor kumpulan pada setiap peket.
Terowong Dasar Laut: Ahli Perniagaan terima RM3 juta ditahan SPRM
SPRM menahan seorang lagi ahli perniagaan kerana disyaki terlibat menerima wang sejumlah RM3 juta bagi menutup kes siasatan projek mega terowong dasar laut brnilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.