KUALA LUMPUR: Terdapat keperluan untuk mewujudkan satu unit terselaras antara agensi penguat kuasa dan penyedia platform media sosial bagi menangani isu berkaitan 3R (raja, agama dan kaum), kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Beliau berkata agensi terlibat termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), selaku agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Katanya perkara itu dicapai dalam satu perbincangan bersama agensi berkenaan dan penyedia platform media sosial semalam, bagi memastikan tidak ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk meraih sokongan politik dengan menyalahgunakan isu berkaitan 3R sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN).
"Kita tidak mahu ada bibit-bibit perpecahan akibat sentimen perkauman sempit menggunakan hujah yang dianggap sebagai keagamaan ekstrim atau memperlekeh, memperolok, hina dan hasut rakyat untuk tidak menghormati institusi raja," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/ 2023, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai sekiranya isu berkaitan 3R tidak boleh diulas atau disentuh khususnya dalam tempoh PRN ini, walaupun berbentuk ilmiah dan intelektual.
Fahmi berkata walaupun negara mengangkat hak kebebasan bersuara, namun ia tidak memberi ruang terhadap kebebasan untuk memfitnah, melaga-lagakan rakyat, mengadu-domba dan memainkan isu 3R.
"... Saya berpandangan kita ada undang-undang sedia ada dan sudah pasti untuk menjaga keamanan untuk keselamatan awam, pihak berkuasa bersedia untuk mengambil apa-apa tindakan yang wajar dan patut demi keamanan dan perpaduan dalam negara kita," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai penahanan dan pendakwaan terhadap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Fahmi berkata perkara itu sewajarnya menjadi pengajaran kepada semua.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 19 2023
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil ketika ditemui media selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/ 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini. - Foto BERNAMA
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai
Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.
Gantz desak Netanyahu dedah perjanjian dengan Lubnan
Pemimpin pembangkang Israel Benny Gantz, mendesak Netanyahu mendedahkan butiran perjanjian gencatan senjata yang dilaporkan hampir dimeterai antara Israel dan Lubnan.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Biden, Macron dijangka umumkan gencatan Israel-Hezbollah
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan Presiden Perancis Emmanuel Macron dijangka mengumumkan gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dalam tempoh 36 jam, kata empat sumber kanan Lubnan.
Jurucakap keselamatan nasional White House, John Kirby, menyatakan bahawa rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Jurucakap keselamatan nasional White House, John Kirby, menyatakan bahawa rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
NATO seru perniagaan bersedia untuk senario waktu perang
Pegawai kanan NATO menyeru syarikat perniagaan untuk bersiap sedia menghadapi senario waktu perang dengan menyesuaikan pengeluaran dan pengedaran bagi mengurangkan kerentanan terhadap ugutan dari Rusia dan China.
Pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan NATO, Laksamana Rob Bauer dari Belanda, berkata memastikan perkhidmatan dan barangan penting tetap dihantar dalam apa jua keadaan adalah penting dalam usaha pencegahan NATO.
Pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan NATO, Laksamana Rob Bauer dari Belanda, berkata memastikan perkhidmatan dan barangan penting tetap dihantar dalam apa jua keadaan adalah penting dalam usaha pencegahan NATO.
Eropah tingkatkan sokongan ketenteraan untuk Ukraine
Negara-negara Eropah akan meningkatkan sokongan ketenteraan kepada Ukraine, menurut Menteri Pertahanan Jerman, Boris Pistorius, selepas mesyuarat bersama rakan sejawatannya dari Britain, Perancis, Itali, dan Poland.
Pistorius menyatakan matlamat utama Eropah ialah memastikan Ukraine dapat bertindak dari kedudukan yang kukuh.
Pistorius menyatakan matlamat utama Eropah ialah memastikan Ukraine dapat bertindak dari kedudukan yang kukuh.
Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Kementerian Komunikasi laksana kajian pembangunan, penubuhan jawatankuasa protem industri muzik
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini mengumumkan pelaksanaan Kajian Pembangunan Industri Muzik Malaysia (KPIMM) dan penubuhan Jawatankuasa Pro Tem Industri Muzik (JK-PTIM).
Fahmi ucap takziah buat keluarga Ahmad Nawab
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga komposer terkenal Tan Sri Dr Ahmad Nawab yang meninggal dunia petang tadi.
Fahmi arah telco tawar pelan lebih baik, murah kepada pemandu teksi, e-hailing
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta syarikat telco mencari mekanisme terbaik untuk menyediakan satu pakej internet yang lebih baik serta murah kepada pemandu teksi dan e-hailing.
Kerajaan terus bantu, tiada sekatan royalti kepada Terengganu - Fahmi
Menteri Komunikasi menafikan Kerajaan Persekutuan mengenakan sebarang sekatan terpilih berkaitan royalti minyak kepada Terengganu.
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Pembentangan RUU Pekerja Gig ditangguh, kerajaan setuju perlu tingkat libat urus
Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan Rang Undang-undang (RUU) Pekerja Gig yang sepatutnya dibentangkan di Parlimen pada Disember ini.
Genap dua tahun pimpin kerajaan MADANI, PM Anwar fokus teruskan agenda negara - Fahmi
Perdana Menteri akan meneruskan agenda kerja dengan lawatan rasmi ke Korea Selatan pada 24 Nov ini.
Fahmi mahu rombakan Fasa 2 JENDELA, semak semula proses penetapan lokasi
Beliau berkata proses penetapan lokasi menara telekomunikasi perlu dikaji semula susulan pelbagai isu berkaitan ketidaksiapan menara dan kelewatan penyediaan kesalinghubungan.