KUALA LUMPUR: Terdapat keperluan untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan pindaan terhadap Seksyen 21 Akta Polis 1967 (Akta 344), yang berkaitan dengan tugasan mengiring di jalan raya.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata dengan pindaan itu, hukuman bagi Seksyen 21 Akta 344 akan dinaikkan menjadi sama seperti menghalang penjawat awam mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
"Pada saya, sebenarnya Seksyen 21 ini kita (polis) jarang sangat gunakan, sebab kita mempunyai Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
"Tiada masalah jika Seksyen 21 ini dipinda. Kita akan pakai dua-dua dan ikut mana yang lebih baik dan afdal. Memang ada keperluan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Kuala Lumpur, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Pindaan kepada Akta Polis 1967 (Akta 344) yang akan melibatkan perubahan terhadap 10 Fasal, dibentangkan di Dewan Rakyat bagi bacaan kali pertama pada 18 Mac.
Antaranya, Fasal 4 bertujuan meminda Seksyen 21 untuk mengadakan peruntukan bagi kewajipan pegawai polis melaksanakan tugas mengiring di mana-mana jalan awam dan mana-mana orang yang menggalang, menentang atau melanggar arahan polis, boleh didenda sehingga RM10,000 serta penjara sehingga dua tahun, berbanding hukuman RM200 dan dua bulan penjara sebelum ini.
Razarudin berkata tidak sepatutnya timbul sebarang isu mengenai pindaan ini, kerana kesemuanya sudah diputuskan oleh pihak yang mempunyai kuasa.
"Kesemuanya sudah diputuskan di Parlimen," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 29 2024
Razarudin berkata tidak sepatutnya timbul sebarang isu mengenai pindaan ini, kerana kesemuanya sudah diputuskan oleh pihak yang mempunyai kuasa. - Gambar fail/Bernama
Banduan Islam di penjara Narathiwat dihidang makanan halal - Jurucakap
Enam tahanan Malaysia yang berada di penjara berkenaan berkeadaan baik dan mereka tidak membuat apa-apa aduan setakat ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [9 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
ARRC: Hafizh Syahrin manfaat fasiliti berkelas dunia JDT di Padang Seri Gelam
Hafizh sedang melakukan persediaan menjelang pusingan terakhir ARRC 2024 di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand bermula 6 hingga 8 Disember depan.
Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis
Zaman dulu konsep berhutang satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk.
Lawatan PM Anwar ke Mesir tingkatkan hubungan dua hala - Duta
PM Anwar mengadakan lawatan rasmi ke Mesir bermula hari ini hingga 12 November atas jemputan jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.
Trump peroleh AS$500 juta hanya dengan satu hantaran di media sosial
Selepas menulis beliau tidak berhasrat menjual kepentingannya, dengan serta-merta, nilai saham berkenaan melonjak sehingga hampir 15 peratus.
Mourinho didenda, digantung kerana kritik pegawai perlawanan di Turkiye
Tindakan Mourinho dianggap "bercanggah dengan semangat kesukanan, etika sukan atau konsep permainan adil" dan "mengurangkan nilai" bola sepak di Turkiye.
SPRM ambil keterangan bekas pegawai khas Najib
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah hari ini, selesai mengambil keterangan bekas pegawai khas mantan perdana menteri berhubung kes meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti.
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru, dari 14 hingga 16 November.
Musk sertai perbualan telefon Trump dengan Zelenskyy - Laporan
Trump dan Musk berada di Mar-a-Lago, kediaman dan kelab Trump di Palm Beach, ketika panggilan itu dibuat.
Ada keperluan pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN
Terdapat keperluan untuk PDRM melakukan pindaan terhadap Seksyen 21 Akta Polis 1967, yang berkaitan dengan tugasan mengiring di jalan raya.