Perkembangan teknologi yang begitu pantas hari ini menyebabkan kita ‘tercungap’ untuk mengikuti perubahannya, jelas terlihat pada isu yang membelenggu sektor tenaga kerja.
Kehendak industri tidak padan dengan kemahiran dimiliki pekerja, yang dihasilkan oleh sistem yang didorong bekalan - maknanya kerajaan melihat maklum balas daripada industri, berapa banyak peluang pekerjaan terhasil, dibina institut pengajian dan latihan, digalakkan pelajar lepasan sekolah masuk ke aliran-aliran yang diwujudkan, dengan harapan mereka dapat mengisi tempat dalam pasaran kerja tatkala tamat pengajian kelak.
Terjadilah masalah ‘ayam-telur’ - tenaga kerja tempatan kata "tiada peluang pekerjaan", sementara pihak industri pula mengatakan "tiada pekerja tempatan yang sesuai atau sudi mengisi kekosongan", mendorong kemasukan rancak pekerja asing ke negara ini.
Selain itu, minat rakyat khususnya golongan muda hari ini terpisah daripada realiti sebenar dalam industri tertentu, seperti perkilangan dan pembuatan yang katanya tak memberi pendapatan lumayan.
Oleh hal demikian, kerajaan kini mengenal pasti bahawa perlunya diberi penekanan kepada aliran penghasilan tenaga kerja didorong permintaan untuk menyokong sistem dorongan bekalan yang dijalankan selama ini - maka diwujudkan ‘Academy in Industry.’
“Kita membangunkan satu aliran yang mana lepasan sekolah atau anak muda dilatih terus sambil bekerja dan titik peluh mereka akan diiktiraf dengan sijil.
“Ini bertepatan dengan minat generasi muda hari ini yang seboleh-bolehnya nak bekerja terus, dan kalau ada peluang yang membolehkan mereka bekerja, dapat gaji dan dapat kelayakan sekali gus.
"Ini sudah tentu menarik minat mereka berbanding mereka perlu sambung pengajian, berhutang dan selepas itu perlu mencari pekerjaan,” kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
Menerusi ‘Academy in Industry’, peserta akan dibayar gaji bulanan RM1,500 (tidak termasuk bayaran kerja lebih masa), di samping sokongan elaun perpindahan sebanyak RM1,500 bagi meringankan proses penempatan mereka berdekatan tempat bekerja untuk satu ke dua bulan pertama.
Untuk memastikan mereka tidak mengikuti program ini sekerat jalan, diwujudkan elaun ‘kesetiaan’ sebanyak RM500 sekiranya mereka melepasi tempoh sembilan bulan pertama program, dan tambahan lagi RM500 sebagai elaun tamat pengajian di penghujung program.
Pada masa sama, syarikat yang terlibat dalam program ini juga diberi sokongan kewangan daripada kerajaan untuk setiap seorang peserta - elaun RM500 untuk membantu penempatan peserta, RM500 bagi elaun sembilan bulan pertama program dan RM500 lagi untuk elaun tamat pengajian.
Rafizi melihat pengenalan program ‘Academy in Industry’ dapat mengatasi cabaran menyantuni perubahan pantas dunia, dengan cara memanfaatkan ketersediaan syarikat-syarikat yang ada dan bekerjasama rapat dengan mereka untuk mengambil dan membentuk tenaga kerja sepertimana yang dikehendaki industri.
“Syarikat-syarikat yang tampil untuk menyertai program ini akan dinilai bentuk latihan dan pekerjaan yang akan diberikan kepada pekerja oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran.
“Setelah mereka disijilkan, syarikat-syarikat ini mendapat pengiktirafan kerajaan, maka tempoh program 18 bulan pengalaman bekerja itu, walaupun tak perlu menduduki peperiksaan dan seumpamanya, ia dikira bersamaan dengan ilmu dan kemahiran yang dipelajari secara formal di institut pengajian tinggi mahupun kolej kemahiran yang ada sekarang,” jelas Rafizi.
Setakat ini, sudah lebih 200 syarikat semak dan diberi sijil pengiktirafan di bawah ‘Academy in Industry’, sementara 1,800 individu daripada sekitar 8,000 pemohon sudah mendapat pekerjaan sejak ia dilancarkan pada Julai tempoh hari.
Daripada perkiraan itu, Rafizi mensasarkan lebih 20,000 peluang pekerjaan dapat diwujudkan dalam tempoh setahun menerusi program ini.
Dengan membuka pintu dan membina jambatan untuk memudahkan jalan ke alam pekerjaan untuk bakat tempatan, kata Rafizi ia dapat menangani masalah kebergantungan kepada tenaga kerja asing yang sekali gus mengurangkan aliran keluar wang keluar dan Ringgit dapat diperkukuhkan.
Ujar Rafizi, proses ini menjadi satu perancangan kerjaya yang baik untuk generasi muda hari ini kerana mereka boleh mendapat kerja bersama sijil di usia yang muda.
Kerajaan akan terus membangunkan program ini sebagai asas kepada trek kerjaya teknikal didorong permintaan pasaran, menyatakan hasrat untuk bangunkan satu lagi sistem sepertimana yang ada di Jerman dan beberapa negara Eropah di mana latihan sambil bekerja dapat dilanjutkan hingga ke peringkat pensijilan yang lebih tinggi.
“Seruan saya sebenarnya kepada ibu bapa supaya melihat minat dan keupayaan anak-anak kita, dan biarkan mereka membuat pilihan - bukan atas dasar pandai atau tidak tetapi minat.
“Sekarang sudah ada peluang melalui bekerja, ada pendapatan, saya harap mereka boleh menjadi matang dengan lebih cepat, dan dengan pensijilan mereka seterusnya boleh memiliki kerjaya hingga menjadi jurutera misalnya melalui trek ‘Academy in Industry’ ini,” katanya.