KOTA BHARU: Keenakan masakan Kelantan seperti ayam dan kambing masak kuzi, gulai ayam cincang, nasi kukus, daging kerutuk, gulai kawah dan gulai darat tidak lengkap tanpa ramuan yang tepat.
Bagi Sultan Kabeer Abdul Kader, 'rahsia' keenakan hidangan dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu ada 'tersimpan' di kedai milik arwah bapanya yang terletak di Pasar Siti Khadijah.
Mewarisi perniagaan Kedai Rempah Abe Kabie, Sultan Kabeer berkata setakat ini terdapat lebih 30 jenis rempah telah dihasilkan mengikut resipi yang diwarisi daripada arwah bapanya yang memulakan perniagaan sekitar 60-an di Arked MPKB.
"Selepas arwah bapa meninggal, saya meneruskan perniagaan bermula 1985 di pasar Siti Khadijah sehingga kini. Ketika ini, perniagaan turut dibantu anak ketiga saya Muhd Firdaus.
"Kami menghasilkan pelbagai jenis rempah masakan terkenal Kelantan seperti gulai ayam cincang, ayam dan kambing kuzi dan ayam goreng untuk nasi kukus. Turut disediakan rempah nasi khao mok, nasi mandy, nasi beriani, ikan bakar, roti john, kebab, gulai nasi dagang ikan tongkol dan nasi daging utara," katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.
Sultan Kabeer yang mesra disapa Abe Kabie berkata dia mengadun sendiri rempah berkenaan mengikut jenis masakan sebelum dihantar untuk dikisar di kilang sekitar Kota Bharu.
Katanya, bahan mentah seperti biji ketumbar, jintan putih, jintan manis, lada hitam, kayu manis dan lain-lain dibeli dari Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Selain menjual rempah, pemilik kedai berusia 65 tahun itu juga berkongsi resipi serta kaedah terbaik untuk memastikan hidangan yang dihasilkan menggunakan rempah jualannya dimasak dengan sempurna.
"Saya akan beritahu pelanggan sebagai contoh, untuk 100 gram rempah sesuai untuk tiga kilogram beras, ini penting supaya bagi memastikan masakan pelanggan menggunakan Rempah Abe Kabie jadi dan sedap menggunakan," katanya.
Sementara itu, Muhd Firdaus berkata terdapat lebih 50 pembeli seperti peniaga nasi berlauk pagi di Kelantan merupakan pelanggan tetap Rempah Abe Kabie, selain turut mendapat permintaan daripada pengusaha katering perkahwinan serta anak perantau negeri di Johor, Perak, Melaka, Kedah dan beberapa negeri lain.
"Setiap rempah diadun menggunakan kira-kira 15 hingga 20 jenis bahan (rempah ratus), ia memberi bau serta rasa yang berbeza berbanding dihasilkan penjual lain. Itu rahsia Rempah Abe Kabie.
"Harga jualan pula bermula serendah RM2.50 hingga RM3.00 bagi 100 gram mengikut jenis rempah," kata pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia (Kepujian) Universiti Antarabangsa UNITAR itu.
Muhd Firdaus berkata kebanyakan pelanggan mendapatkan bekalan rempah secara terus di kedai dan 10 peratus pembeli lagi, membuat pesanan melalui aplikasi WhatsApp dan juga laman sosial lain.
"Perantau yang meniaga akan membeli rempah yang diadun di Kelantan kerana rempah di tempat mereka tidak sama dari segi rasa," katanya sambil menambah mereka mampu menjual kira-kira 1.2 tan pelbagai jenis rempah sebulan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 13 2023

Bagi Sultan Kabeer, 'rahsia' keenakan hidangan itu ada 'tersimpan' di kedai milik arwah bapanya yang terletak di Pasar Siti Khadijah. - Foto BERNAMA
Syarikat dinasihatkan untuk lebih adil terhadap pekerja - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan telah menetapkan gaji minima sebanyak RM1,700 dan perkenalkan skim gaji progresif tetapi tidak ada kekuatan undang-undang untuk memaksa syarikat swasta. Syarikat yang mendapat keuntungan yang tinggi juga disaran memberikan gaji yang setimpal. #AWANInews

Nilai Bitcoin kembali naik melepasi RM400,000
Nilai Bitcoin Kembali Naik Melepasi RM400K

Benar keluar KWSP awal ibarat 'dera', 'hukum' pencarum apabila bersara - PM
Majoriti pencarum Melayu mempunyai simpanan yang sangat kecil, dan akan berhadapan dengan masalah apabila mencapai usia persaraan.
'Ini faedah langsung kepada rakyat' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa negara mencapai dividen ASB tertinggi dalam masa lima tahun dan dividen KWSP 6.3 peratus merupakan tertinggi sejak 2017. 120,000 peluang pekerjaan baharu dengan kadar pengangguran 3.1 peratus sejak Disember 2024. #AWANInews

Rusia perkukuh hubungan dengan dunia Islam, apa manfaatnya kepada Malaysia?
Menerusi hubungan ini, Malaysia berpotensi meraih manfaat besar dalam sektor aeroangkasa, teknologi, pertanian, keselamatan makanan, perdagangan dan pelaburan.

66,000 perniagaan di platform e-dagang tiada aturan bayaran, rekod pelaporan cukai
LHDN kenal pasti 66,000 perniagaan di platform e-dagang tidak mempunyai atau mematuhi bayaran ansuran anggaran cukai mengikut peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
KWSP: Rekod dividen yang sama antara konvensional dan syariah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini dapat meyakinkan umat Islam tentang simpanan syariah dan tidak ada dasar yang mewajibkan tapi menggalakkan tentang perbankan. Umat Islam juga harus diberi penjelasan tentang perbankan tanpa faedah dan beberapa instrumen syariah yang diperkenalkan. #AWANInews

Caruman wajib pekerja asing juga untuk pertahankan kepentingan pekerja tempatan - PM
Anwar berkata, caruman dua peratus itu adalah kadar yang minimum berbanding amalan di negara lain dan tidak bebankan pekerja asing serta majikan.

Palsu dokumen UMS: Peter Anthony kekal dipenjara tiga tahun, denda RM50,000
Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah kekal dipenjara tiga tahun serta didenda RM50,000 kerana memalsukan dokumen Universiti Malaysia Sabah (UMS), 11 tahun lepas.

IMF jangka pertumbuhan Malaysia berkembang pada 4.7 peratus
Momentum pertumbuhan kukuh Malaysia dijangka berterusan dalam tempoh terdekat dengan ekonomi diunjur berkembang sebanyak 4.7 peratus tahun ini, kata Tabung Kewangan Antarabangsa.

DBKU beri kelonggaran kepada peniaga gerai tepi jalan sepanjang Ramadan
Peniaga gerai di kampung atau tepi jalan diberikan kelonggaran untuk beroperasi di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), kata Datuk Bandar.

Peniaga bazar Ramadan seluruh negara siap sedia sambut pengunjung
Sehari menjelang 1 Ramadan, peniaga bazar Ramadan di seluruh negara giat membuat persiapan akhir, termasuk pemasangan kanopi dan susun atur gerai.

Tindakan tegas ke atas peniaga jual semula tapak bazar Ramadan - MBAS
Tindakan tegas juga ke atas perbuatan membatalkan tapak jualan mereka dan membukanya untuk disewa kepada peniaga lain.

Pasaran getah KL ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh isyarat lemah daripada pasaran niaga hadapan serantau.

Pasukan inspektorat Imigresen periksa bazar Ramadan pastikan tiada peniaga pindah lesen
Pasukan itu akan melakukan pemeriksaan secara menyeluruh di bazar seluruh negara bagi mengekang aktiviti berkenaan.

Kelantan tetapkan kadar sewa tapak bazar Ramadan mengikut kawasan jajahan bermula RM200
Harga ditawarkan itu adalah sangat rendah berbanding harga sewaan tapak bazar Ramadan yang dikenakan oleh pihak swasta.

Penganjur bazar Ramadan, Aidilfitri jangan tekan peniaga - Aminuddin
Keadaan itu akan membebankan peniaga sekali gus memberi kesan terhadap harga jualan yang mungkin terpaksa ditanggung pembeli.

Melaka tarik lesen, senarai hitam penganjur dan peniaga jual lesen bazar Ramadan
Kerajaan Melaka akan mengambil tindakan tegas termasuk menarik lesen dan menyenaraihitamkan peniaga yang dikesan menjual lesen perniagaan bazar Ramadan kepada pihak ketiga.

Gara-gara cemburu, kekasih 'kantoikan' teman lelaki miliki pistol, 30 peluru
Sepasang kekasih ditahan kerana memiliki sepucuk pistol bersama 30 butir peluru di sebuah kondominium di Taman Cempaka, di sini, pada Sabtu.

Bursa Malaysia dibuka tinggi didorong belian saham mewah terpilih
Pada jam 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.76 mata kepada 1,565.32 daripada 1,564.56 pada Selasa.