KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa media Barat telah menggunakan isu melibatkan Taliban bagi memburukkan Islam tanpa mengkaji ajaran Islam secara menyeluruh.
Malah katanya, penyebaran berita palsu kononnya Taliban berniaga dadah adalah suatu yang tidak masuk akal terhadap kumpulan yang keras berpegang kepada agama.
Sebaliknya, beliau menjelaskan, apa yang berlaku adalah kumpulan bukan Islam yang datang untuk berniaga dadah dan memarahi Taliban kerana mengharamkannya dengan keras.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, perkataan T4L1ban dalam bahasa Pashto bererti pelajar, dikenali dengan kumpulan pelajar agama dan ditubuhkan Almarhum Mulla Umar Mujahid bersama rakan-rakannya di wilayah Kandahar yang terletak di selatan Afghanistan.
"Beliau dibaiah menjadi Amir (Ketua) T4L1ban pada tahun 1994. Mereka ialah kumpulan pelajar agama yang mengikuti sistem pengajian Deoband di India yang bermazhab Hanafi. Institusi pengajian yang mengikut sistem lama, sepertimana sistem pondok di Malaysia yang lebih khusus kepada Mazhab Syafi‘i sahaja berdasarkan pegangan penduduk setempat," katanya melalui satu kenyataan yang disiarkan di laman sosial Facebooknya pada Rabu.
Jelas beliau, pada awalnya, mereka menyertai perang untuk berjihad menentang tentera Soviet yang menceroboh negara Afghanistan.
"Kemudiannya perjuangan mereka berubah kepada tindakan menentang isu keruntuhan moral dan jenayah yang merebak di wilayah Kandahar. Khususnya apabila pihak Mujahidin tidak mampu untuk menubuhkan kerajaan selepas pengunduran tentera Soviet.
"Kumpulan Taliban seterusnya dituduh terlibat dalam perang proksi yang dicetuskan selepas pengunduran Kesatuan Soviet (Soviet Union), tuduhan yang digunakan oleh Agensi Perisik Pusat (CIA).
"Begitu juga terdapat tuduhan yang digunakan oleh perisikan Pakistan bagi menentang kumpulan Mujahidin, apabila Taliban membebaskan mereka setelah ditawan oleh satu kumpulan Mujahidin. Walau bagaimanapun, pihak T4L1ban menafikan dengan sekeras-kerasnya semua tuduhan itu.
"Apabila mereka memenangi pertempuran pada peringkat awal, mereka bertindak memaksa Mazhab Hanafi yang asal diamalkan. Sehinggalah mereka mewajibkan kaum lelaki supaya berjanggut dan tidak membenarkan golongan wanita bersekolah dan pelbagai tindakan yang lain lagi," kata Abdul Hadi.
Kini, katanya setelah kumpulan Taliban sekali lagi berjaya mencipta sejarah di Afghanistan dengan mengalahkan tentera Amerika Syarikat yang akhirnya terpaksa berundur, tiba-tiba berlaku suatu perubahan dalam pendekatan mereka.
"Antaranya ialah mengisytiharkan pengampunan secara beramai-ramai terhadap kakitangan kerajaan yang sebelum ini berada di bawah pengaruh Amerika Syarikat.
"Selain itu, mereka juga mengambil pendekatan meraikan terhadap kepelbagaian masyarakat di Afghanistan yang terdiri daripada masyarakat majmuk pelbagai qabilah, suku kaum, mazhab Sunni dan Syiah. Sekalipun mereka mempunyai majoriti kaum Pashtun beraliran Sunni yang bermazhab Hanafi," ujarnya.
Astro Awani
Wed Aug 25 2021
Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan media Barat menggunakan isu melibatkan Taliban bagi memburukkan Islam tanpa mengkaji ajaran Islam secara menyeluruh. - Gambar fail/Astro AWANI
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Jepun pada Khamis menamatkan nasihat risiko gempa bumi dengan magnitud yang lebih tinggi daripada biasa, seminggu selepas gegaran kuat di dasar laut Palung Nankai.
Fahmi nafi arah Google nyahaktif ciri graf penukar ringgit
Menjawab tuduhan seorang pengguna X, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menerusi platform sama menegaskan beliau tidak pernah mengarahkan penyedia perkhidmatan itu berbuat demikian.
Tular rakaman CCTV, suspek pecah rumah di Sentul ditahan
Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam sembilan kes pecah rumah di Residensi Sky Awani 1 dan 2 di Sentul.
'Stringer' raih banyak faedah sekiranya mencarum dengan Perkeso
Pengamal media sambilan yang mencarum dengan Perkeso akan dilindungi dan menerima banyak faedah sekiranya berlaku kemalangan ketika menjalankan tugas.
Jemaah umrah terkandas di lapangan terbang Jeddah mahu penjelasan MAS
Beberapa penumpang menunggu lebih 24 jam untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada pengurusan MAB namun terus hampa.
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu meningkatkan kepantasan dalam memberi kelulusanbagi menjadikan Malaysia tumpuan pelabur.
Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar
Seorang pemandu lori maut manakala kelindan cedera selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Kilometer 257 Lebuhraya PLUS arah utara, dekat sini, petang ini.
RADIO 360: Integrasi teknologi kumpul maklumat pendengar, data lebih komprehensif
RADIO 360 Malaysia merentasi 11 stesen radio Astro yang boleh diakses di aplikasi SYOK termasuk Era, Sinar, Gegar, Hitz, Mix, My dan Raaga.
Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong bola sepak
Tindakan bintang Selangor FC, Faisal Halim yang bertemu pemain Sabah FC ketika perlawanan Liga Super minggu ke-9 mengundang rasa sebak.
KPDN fokus pengantarabangsaan produk tempatan ke empat negara - Armizan
KPDN menyasarkan penembusan produk buatan Malaysia di pasaran antarabangsa dengan kerjasama beberapa rangkaian pasar raya besar luar negara.
Solat hajat, doa Qunut Nazilah seluruh negara Sabtu ini - Pas
Ismail Haniyeh sebelum ini mencadangkan 3 Ogos diisytihar sebagai hari solidariti terhadap penduduk Gaza dan tahanan Palestin di penjara Israel.
Tiada kerjasama UMNO-Pas: Hadi Awang enggan ulas kenyataan Zahid Hamidi
Presiden Pas serah kepada orang lain atau rakyat untuk jawab kenyataan Presiden UMNO.
Tiada kerjasama UMNO-Pas selagi Hadi presiden - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membayangkan tidak akan ada kerjasama dengan Pas selagi Tan Sri Abdul Hadi Awang menjadi presiden parti komponen Perikatan Nasional (PN) itu.
Malaysia sokong penyelesaian dua negara, AS kena pastikan Israel patuh resolusi
Malaysia berpendirian teguh bahawa tumpuan ketika ini adalah untuk memastikan pembunuhan terhadap rakyat Gaza dihentikan segera.
Himpunan 100K Bela Palestin: Tun M, Abdul Hadi antara ribuan berhimpun di kedutaan AS
Ribuan membanjiri kawasan berhampiran bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi menyertai Himpunan 100k Bela Palestin.
Pas kutuk serangan Israel ke atas Pejabat Kaunselor Iran di Syria
Sewajarnya dunia Islam mengutuk Israel yang bukan sahaja dalang di sebalik serangan ini, malah sedang melakukan jenayah perang di Gaza, kata Abdul Hadi.
Pas harap Prabowo buka dimensi baharu hubungan Malaysia-Indonesia
Abdul Hadi berkata, pihaknya berharap hubungan antara Malaysia dan Indonesia akan menjadi lebih baik dan harmoni di bawah pentadbiran Prabowo.
Umat Islam tidak bersatu angkara penjajah - Abdul Hadi
Penjajahan tersebut berjaya memecahbelahkan perkauman pada generasi kini, tegas Abdul Hadi.
Kertas siasatan Hadi Awang telah dihantar kepada AGC - KPN
PDRM mengesahkan kertas siasatan membabitkan kenyataan Abdul Hadi bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' telah dihantar kepada AGC.
Isu pencen: 'Ucapan Abdul Hadi tidak tepat, kelirukan orang ramai' - Nik Nazmi
Ucapan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan isu pencen penjawat awam mengelirukan orang ramai, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad.