PORT DICKSON: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan dua kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sua Betong, di sini pada Ahad.
Mangsa, Faizee Azmee, 47, yang lebih dikenali sebagai Abang Mael 'on tak on' dalam kalangan penduduk di Negeri Sembilan mengalami cedera parah di kepala sebelum dilaporkan meninggal dunia pada jam 8.38 malam ketika mendapatkan rawatan di Hospital Port Dickson.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian pada jam 4.57 petang itu melibatkan motosikal jenis C100 ditunggang mangsa dan dua kenderaan lain iaitu Perodua Bezza dan Perodua Aruz.
“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua Aruz dipandu anggota tentera lelaki berusia 30 tahun dalam perjalanan ke rumahnya di Kem Gerison Si Rusa.
"Namun apabila sampai di tempat kejadian, sebuah kereta Perodua Bezza dipandu anggota tentera wanita dan motosikal ditunggang mangsa keluar dari simpang arah Telok Kemang,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.
Menurutnya, pemandu Perodua Aruz tidak sempat menekan brek lalu berlanggar di bahagian kanan motosikal mangsa.
Ujarnya, kejadian itu mengakibatkan mangsa terpelanting ke atas jalan raya.
“Mangsa yang cedera parah di kepala dibawa ke Hospital Port Dickson untuk mendapatkan rawatan.
“Bagaimanapun, pada jam 8.38 malam pihak hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Oct 24 2022
Keadaan motosikal ditunggang Faizee yang terlibat dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Sua Betong, di Port Dickson, pada Ahad. Gambar kecil: Faizee Azmee. - Foto Sinar Harian
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Abang Mael 'on tak on' meninggal kemalangan
Mangsa cedera parah di kepala sebelum meninggal dunia pada jam 8.38 malam ketika mendapatkan rawatan di hospital.