KUCHING: Satu mekanisme perlu diwujudkan bagi mengawal inflasi secara efektif untuk memastikan pekerja memperoleh manfaat sepenuhnya daripada kenaikan gaji, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata sebarang kenaikan gaji untuk pekerja yang diumumkan kerajaan mahupun pihak swasta tidak akan bermakna sekiranya ia hanya membawa kepada kenaikan harga barangan dan perkhidmatan secara mendadak.
"Yang penting kalau gaji naik, bermakna penggunaan tempatan anda boleh naik. Ia akan merancakkan lagi ekonomi, tetapi hanya threatnya (ancamannya) ialah inflasi. Kita tidak mahu naik gaji, tapi dari segi kuasa beli masih sama," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri program mencipta rekod Malaysia Book of Records untuk "Peserta Terbanyak Memakai Pakaian Etnik Dalam Persembahan Tarian Berkoreografi" di sini, pada Ahad.
Baru-baru ini Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata kerajaan akan mempertimbangkan secara menyeluruh cadangan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) agar kadar gaji minimum ditetapkan pada RM2,102 sebulan berbanding RM1,500 ketika ini.
Rafizi berkata secara dasarnya jelas bahawa pendekatan kerajaan MADANI dalam menangani kos sara hidup adalah memberi tumpuan kepada meningkatkan pendapatan rakyat.
Abang Johari berharap kerajaan persekutuan khususnya Bank Negara dan Kementerian Kewangan mengambil kira implikasi peratusan kenaikan gaji kepada aliran wang dalam pasaran.
"Dasar ekonomi kita mesti seimbang dan pihak bank hendaklah memberi input kerana sebenarnya inflasi adalah permintaan mengatasi penawaran. Kalau anda naikkan faedah, aliran wang dalam pasaran akan kurang bermakna mahu tak mahu (bekalan) barang akan menurun," katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri Sarawak telah menjalankan kajian berhubung kenaikan gaji berdasarkan produktiviti yang memberi penekanan kepada kemahiran dan pembangunan tenaga kerja.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 19 2024
![Abang Johari saran wujudkan mekanisme kawal inflasi agar pekerja dapat manfaat penuh kenaikan gaji Abang Johari saran wujudkan mekanisme kawal inflasi agar pekerja dapat manfaat penuh kenaikan gaji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716032626_AbangJohari.jpg)
Abang Johari berkata sebarang kenaikan gaji untuk pekerja yang diumumkan kerajaan mahupun pihak swasta tidak akan bermakna sekiranya ia hanya membawa kepada kenaikan harga barangan dan perkhidmatan secara mendadak. - Gambar fail/Bernama
![Lagi kilang biskut di Taiping diserbu KPDN, guna logo halal tidak sah Lagi kilang biskut di Taiping diserbu KPDN, guna logo halal tidak sah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720163349_kilangbiskuthalal.jpg)
Lagi kilang biskut di Taiping diserbu KPDN, guna logo halal tidak sah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak melakukan serbuan terhadap sebuah kilang biskut di Taiping yang menggunakan sijil halal tamat tempoh, semalam.
Rishi Sunak akui kekalahan, ucap tahniah kepada Keir Starmer
Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak, mengakui berdepan kekalahan dalam pilihan raya Britain dan menyatakan bahawa Parti Buruh pembangkang telah menang pada Jumaat.
![Representasi pegawai SPRM, Datuk Roy kaji semula tuduhan rasuah ditolak Representasi pegawai SPRM, Datuk Roy kaji semula tuduhan rasuah ditolak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720162604_pegawai.jpg)
Representasi pegawai SPRM, Datuk Roy kaji semula tuduhan rasuah ditolak
Jabatan Peguam Negara menolak representasi dikemukakan seorang pegawai SPRM dan Datuk Roy untuk mengkaji semula pertuduhan rasuah.
AWANI Ringkas: Tiga nama selesai disaring calon Nenggiri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![MCMC, PDRM rakam percakapan Hishamuddin Rais bagi bantu siasatan MCMC, PDRM rakam percakapan Hishamuddin Rais bagi bantu siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720161330_HishamuddinMdRais.jpg)
MCMC, PDRM rakam percakapan Hishamuddin Rais bagi bantu siasatan
MCMC dengan kerjasama PDRM telah merakam percakapan aktivis sosial Hishamuddin Md Rais di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields semalam.
![Prabowo pilih jalani pembedahan walaupun cedera sejak 80an - Pakar bedah Prabowo pilih jalani pembedahan walaupun cedera sejak 80an - Pakar bedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720156111_PrabowoSubianto.jpg)
Prabowo pilih jalani pembedahan walaupun cedera sejak 80an - Pakar bedah
Dr Yos Sunaryo berkata, beliau akur dengan permintaan Prabowo, namun enggan mengulas bila pembedahan itu dijalankan.
![Penari cilik Sabah bersinar di Tarian Piala Dunia, bawa pulang 3 pingat emas Penari cilik Sabah bersinar di Tarian Piala Dunia, bawa pulang 3 pingat emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720161501_TARIANPIALADUNIA.jpg)
Penari cilik Sabah bersinar di Tarian Piala Dunia, bawa pulang 3 pingat emas
Pelajar dari empat sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Mutiara, SK St. Agnes, SK Sri Gaya, dan SK Bundu berjaya membawa pulang dua perak dan dua pingat gangsa di Tarian Piala Dunia (DWC) di Prague
AWANI Ringkas: KESUMA lapor kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Polis tumpaskan sindiket rekrut 'programmer' judi dalam talian Polis tumpaskan sindiket rekrut 'programmer' judi dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720161058_TBLOGOPDRM.jpg)
Polis tumpaskan sindiket rekrut 'programmer' judi dalam talian
Polis menumpaskan sindiket perjudian yang merekrut individu berkemahiran dalam bidang pengatur cara perisian atau 'programmer' di Kuala Lumpur.
![Isu HRD Corp: Kesuma serah laporan berkaitan kepada SPRM Isu HRD Corp: Kesuma serah laporan berkaitan kepada SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720160645_tbSPRM.jpg)
Isu HRD Corp: Kesuma serah laporan berkaitan kepada SPRM
Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) menyerahkan laporan mengenai isu membabitkan Human Resource Development Corporation (HRD Corp) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
![Ibu empat anak cipta rekod MBOR berkayak lebih 360km Ibu empat anak cipta rekod MBOR berkayak lebih 360km](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81609666346_NurAdilaAbuHasan.jpg)
Ibu empat anak cipta rekod MBOR berkayak lebih 360km
Nur Adila memulakan Dayungan Ekspresi Negaraku Kayak Solo Wanita 2020 di Tasik Banding, Gerik pada 27 Disember lepas.
![Pengeluar tudung tempatan perkenal tudung bernilai RM100,000 Pengeluar tudung tempatan perkenal tudung bernilai RM100,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/41597316890_TudungK.jpg)
Pengeluar tudung tempatan perkenal tudung bernilai RM100,000
Tudung itu diperbuat daripada fabrik voile berdiameter 1.14 meter, ditaburi 7,512 kristal Swarovski pelbagai warna dan bentuk.
![Kanak-kanak OKU catat rekod MBR, sertai kayuhan rentas sempadan 222.2km Kanak-kanak OKU catat rekod MBR, sertai kayuhan rentas sempadan 222.2km](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/41580144644_kanakkanakperempua.jpg)
Kanak-kanak OKU catat rekod MBR, sertai kayuhan rentas sempadan 222.2km
Ibu bapa yang mempunyai anak-anak kurang upaya digalak memberi anak mereka pengalaman merasai aktiviti sama seperti kanak-kanak normal lain.
![Buluh, daun rumbia hasilkan replika sarang tempua terbesar di Malaysia Buluh, daun rumbia hasilkan replika sarang tempua terbesar di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/51566644234_BULUH.jpg)
Buluh, daun rumbia hasilkan replika sarang tempua terbesar di Malaysia
Ciptaan 700 pelajar dan 100 guru SMK Seri Kampar bersama 40 komuniti setempat itu berjaya melakar nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR).
![Majlis khatan di Pekan pecah rekod 13 tahun Majlis khatan di Pekan pecah rekod 13 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/51448799456_DSNajibRazak.jpg)
Majlis khatan di Pekan pecah rekod 13 tahun
Majlis berkhatan itu memecahkan rekod selama 13 tahun yang dicatatkan di Shah Alam, Selangor dengan penglibatan 1,000 peserta.