KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg tiba menghadiri majlis penghormatan akhir buat mendiang Tan Sri Dr James Jemut Masing.
Beliau hadir ditemani isteri, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang tiba di Dewan Persatuan Gereja Sarawak, Jalan Stampin pada jam 8.59 pagi.
Turut mengiringi Abang Johari, menteri-menteri Kabinet, Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Antara pemimpin negeri yang hadir termasuk Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Timbalan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Joseph Salang Gandum.
Terdahulu, jasad mendiang Tan Sri James Jemut Masing dibawa ke Dewan Utama Persatuan Gereja-Gereja Sarawak di Jalan Stampin Kuching sekitar jam 6.55 pagi hari ini.
Majlis penghormatan akhir berlangsung pada pukul 8.30 pagi hingga 10.30 pagi manakala untuk orang kenamaan manakala bagi orang awam akan bermula pada pukul 10.30 pagi hingga 1.30 petang.
Justeru, hanya 30 orang awam dibenarkan untuk memberi penghormatan dalam satu-satu masa dan dihadkan kepada lima minit seorang.
Jasad mendiang kemudiannya akan dibawa ke Nirvana Memorial Park di Jalan Siniawan Bau selepas selesai upacara penghormatan akhir sekitar jam 2 petang.
Mendiang Masing dilaporkan meninggal dunia pada Ahad selepas mengalami komplikasi setelah disahkan positif COVID-19 sebelum itu.
Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.05 pagi di Normah Sarawak Medical Centre, Kuching.
Afiezul Samit
Wed Nov 03 2021
![Abang Johari, isteri beri penghormatan akhir kepada mendiang Masing Abang Johari, isteri beri penghormatan akhir kepada mendiang Masing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41635901837_AbangJo.jpg)
Abang Johari dan isteri hadir ke Dewan Persatuan Gereja-Gereja Sarawak bagi memberi penghormatan akhir kepada mendiang Masing. - Foto Astro AWANI.
![Setiausaha Agung ASEAN tegaskan komitmen perkukuh hubungan media pada sesi libat urus Setiausaha Agung ASEAN tegaskan komitmen perkukuh hubungan media pada sesi libat urus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738926925_TBASEAN.jpg)
Setiausaha Agung ASEAN tegaskan komitmen perkukuh hubungan media pada sesi libat urus
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menegaskan komitmennya untuk memperkukuh hubungan dengan komuniti media.
![MBPP bersihkan 4,440 kg sampah di sebuah rumah MBPP bersihkan 4,440 kg sampah di sebuah rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738922573_RumahSampah.jpg)
MBPP bersihkan 4,440 kg sampah di sebuah rumah
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengutip dan membersihkan 4,440 kilogram (kg) sampah sarap yang berpotensi menjadi pusat pembiakan serangga pembawa penyakit, di sebuah rumah di daerah Barat Daya.
![Hakim Persekutuan AS sekat sementara rancangan Trump kurangkan pekerja kerajaan pusat Hakim Persekutuan AS sekat sementara rancangan Trump kurangkan pekerja kerajaan pusat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738936941_TBWhiteHousejpg.jpg)
Hakim Persekutuan AS sekat sementara rancangan Trump kurangkan pekerja kerajaan pusat
Keputusan itu dibuat beberapa jam sebelum tarikh akhir pada tengah malam untuk pekerja memilih program peletakan jawatan yang ditangguhkan.
AWANI Tonight: Jakim’s advice not policy, needs govt approval - Cabinet
Jakim may advise Muslims on safeguarding their faith but this does not equate to official policy, says the government. Any policies must also receive Cabinet approval before implementation.
Consider This: Yayasan Tunku Abdul Rahman — Reimagining Scholarships
Many people think scholarships are just about money. But the Tunku Abdul Rahman Foundation (Yayasan TAR) is proving that education support can be much more than financial aid. By redefining what it means to qualify for a scholarship, YTAR now prioritizes equity and representation—giving opportunities to those who need them most. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Ida Thein, CEO of Yayasan Tunku Abdul Rahman & Co-Founder of Closing The Gap Malaysia, and Kuhaneetha Bai, 2022 AHAM-Tunku Scholar.
AWANI Tonight: Philippines’ VP Sara Duterte to fight impeachment
Philippines’ VP Sara Duterte says her legal team will fight her impeachment case, as her feud with President Ferdinand Marcos Jr. intensifies.
AWANI Ringkas: Bedah siasat mangsa selesai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak menurun Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak menurun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738640785_PPS.jpg)
Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat, manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat 8 malam ini.
![Ribut salji ganggu penerbangan di Lapangan Terbang Jeju Ribut salji ganggu penerbangan di Lapangan Terbang Jeju](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738936712_saljikoreaselatan.jpg)
Ribut salji ganggu penerbangan di Lapangan Terbang Jeju
Korean Air membatalkan semua penerbangan yang dijadualkan berlepas dari Jeju bermula 10 pagi.
![Perdana Menteri ajak orang ramai rai warisan budaya di 'Malaysia Sarong Music Run' esok Perdana Menteri ajak orang ramai rai warisan budaya di 'Malaysia Sarong Music Run' esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738935944_MalaysiaSarongMusi.jpg)
Perdana Menteri ajak orang ramai rai warisan budaya di 'Malaysia Sarong Music Run' esok
Anwar mengajak orang ramai bersama-sama meraikan warisan budaya Malaysia yang kaya dan unik dalam suasana penuh harmoni pada Malaysia Sarong Music Run 2025 di KLCC esok.
![Orang awam boleh beri penghormatan akhir kepada Masing pada Rabu (3 Nov) Orang awam boleh beri penghormatan akhir kepada Masing pada Rabu (3 Nov)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41635681500_jamesjemut.jpg)
Orang awam boleh beri penghormatan akhir kepada Masing pada Rabu (3 Nov)
Masyarakat Sarawak boleh membuat penghormatan akhir kepada Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing pada Rabu (3 November).