Pelantikan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg sebagai Ketua Menteri baharu Sarawak adalah pilihan paling tepat bagi memimpin rakyat Bumi Kenyalang, kata pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Prof Madya Dr Jeniri Amir.
Jeniri, yang juga penganalisis politik Sarawak, berkata banyak faktor yang membawa kepada pelantikan bekas Timbalan Ketua Menteri dan Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu termasuk pengalaman meluasnya dalam politik serta kualiti kepimpinannya dalam kerajaan dan parti.
"Beliau merupakan individu yang paling senior dan paling berpengalaman luas di dalam parti (PBB dan Barisan Nasional) dan politik Sarawak dengan memulakan kerjaya politik pada 1981.
"Sementara tiga calon lain iaitu (Timbalan Ketua Menteri) Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyertai politik pada 1986, (Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar negeri) Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada 1987 dan (Menteri Kerja Raya) Datuk Seri Fadillah Yusof pada 1999," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
BACA: Abang Johari angkat sumpah Ketua Menteri Sarawak yang baharu
BACA: Pemilihan Abang Johari berdasarkan Perlembagaan Negeri Sarawak
Keempat-empat nama itu disebut-sebut sebagai calon pilihan bagi menggantikan Tan Sri Adenan Satem yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Pusat Jantung, Hospital Umum Kota Samarahan dekat sini pada Rabu.
Jeniri berkata Abang Johari merupakan ahli politik yang cukup matang dan pernah melalui pelbagai ujian dalam arena politik.
Beliau percaya langkah Adenan melantik Abang Johari sebagai timbalan ketua menterinya sebelum ini adalah sebagai persediaan mengambil alih tampuk kepimpinan kerajaan negeri ini sekiranya Adenan tidak lagi menyandang jawatan ketua menteri.
Selain itu, katanya, Abang Johari merupakan pemimpin dan ahli politik yang sangat setia kepada parti dan ketua menteri terdahulu iaitu Tan Sri (kini Tun) Abdul Taib Mahmud dan Adenan.
Malah, Abang Johari juga memberi sokongan penuh kepada pelantikan Adenan sebagai ketua menteri pada 2014 walaupun dirinya disebut-sebut sebagai penganti Abdul Taib ketika itu.
"Abang Johari tidak pernah merajuk...inilah karakter seorang pemimpin yang kita mahu. Malah, integritinya juga tidak boleh dipersoalkan kerana beliau merupakan pemimpin yang bersih daripada segala skandal.
"Pelantikannya sebagai timbalan ketua menteri semasa era Adenan membuktikan Adenan mempunyai kepercayaan penuh terhadap kewibawaan beliau," kata Jeniri.
Selain itu, Jeneri berpendapat Abang Johari adalah pemimpin yang rendah diri, popular dan disukai rakyat pelbagai kaum malah, beliau amat senang didekati dan suka mendekati rakyat.
Menurutnya walaupun Adenan meninggalkan peranan yang amat besar untuk disandang, Abang Johari diyakini dapat melaksanakan tanggungjawab beliau selaku ketua menteri hasil kebijaksanaan, visi dan pengalaman luas beliau.
"Abang Johari telah memainkan peranan yang sangat penting ketika menyandang jawatan timbalan ketua menteri di bawah kepimpinan Adenan dan pencapaiannya dalam pelbagai kementerian di negeri ini juga sangat cemerlang.
"Saya yakin beliau tidak akan mengecewakan rakyat Sarawak dan beliau sudah pastinya akan meneruskan apa juga agenda yang diperjuangkan oleh Adenan demi kebaikan negeri dan rakyat Sarawak," katanya.
Jeniri berkata Awang Tengah pasti menyokong penuh pelantikan Abang Johari kerana beliau yang membawanya ke kancah politik Sarawak.
Awang Tengah mempunyai masa dan peluang untuk meningkat naik dalam politik dan perlu bersabar seperti yang dilakukan oleh Abang Johari sebelum ini, katanya.
Beliau yakin pelantikan Abang Johari tidak akan memecahbelahkan PBB dan BN kerana Uggah, Awang Tengah mahu pun Fadillah memberi sokongan sepenuhnya terhadap pelantikan Abang Johari.
Dalam pada itu, Jeniri berkata beliau percaya sebagai ketua menteri, Abang Johari boleh memelihara hubungan yang baik antara di antara kerajaan negeri Sarawak dan kerajaan Persekutuan.
"Sarawak memerlukan seorang ketua menteri yang dapat bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin kerajaan Persekutuan.
"Hubungan yang baik dengan kerajaan Persekutuan pasti akan memanfaatkan Sarawak bagi membolehkannya mendapat lebih banyak peruntukan kewangan daripada kerajaan Persekutuan untuk meneruskan agenda pembangunan negeri Sarawak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 13 2017
![Abang Jo pilihan tepat - Dr Jeniri Abang Jo pilihan tepat - Dr Jeniri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/41451647056_DrJeniriAmir.jpg)
DR JENIRI: Pelantikan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg sebagai Ketua Menteri baharu Sarawak adalah pilihan paling tepat bagi rakyat negeri itu. - Gambar fail
[TERKINI] Jenazah Nur Farah Kartini dikebumikan di Pekan
Jenazah bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dijangka akan dikebumikan di Pekan, Pahang, pada Rabu.
![MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716607692_TBZAFRUL.jpg)
MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersedia menyokong pelaksanaan Strategi Pelaburan Hijau bagi menarik pelaburan hijau ke Malaysia dan memangkin pembangunan sosio-ekonomi lestari.
[TERKINI] Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis
Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, pihak Pakar Patalogi Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh memerlukan keputusan analisis makmal terhadap beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat untuk mengenal pasti punca kematian.
[TERKINI] PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis untuk ke 100 sekolah
Perdana Menteri mengarahkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang menyenaraikan 100 saintis dalam bidang bioteknologi untuk pergi ke 100 sekolah dan menganjurkan program di sana.
![Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720161058_TBLOGOPDRM.jpg)
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung dalam keadaan tertiarap di Sungai Malim.
![PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720677592_AnwarIbrahim.jpg)
PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan
Pertemuan itu adalah untuk meneliti memorandum tuntutan yang mahu disampaikan keluarga berkenaan kepada kerajaan.
"Bukit Gantang itu tulis PN. Dia bukan PN dah...," soal YB Pasir Mas
"Bukit Gantang itu tulis PN. Dia bukan PN dah...," soal YB Pasir Mas.
"Ada bukti hitam putih yang PN telah tulis kepada saya untuk tarik dia keluar?," soal Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
#SisiTVParlimen
"Ada bukti hitam putih yang PN telah tulis kepada saya untuk tarik dia keluar?," soal Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
#SisiTVParlimen
![Israel sekat bekalan minyak ke Gaza - PBB Israel sekat bekalan minyak ke Gaza - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720130905_foodtrucksaid.jpg)
Israel sekat bekalan minyak ke Gaza - PBB
Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric berkata bahawa berpuluh-puluh orang awam terbunuh dan yang lain cedera dalam serangan terbaharu Israel ke atas Gaza.
![Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street
Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 5.67 mata kepada 1,631.63 daripada paras 1,625.96 pada akhir dagangan semalam.
Miskin tegar tak boleh dihapuskan jika tiada - Shafie Apdal
Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata miskin tegar tidak boleh dihapuskan sepenuhnya jika tiada formula dan angka yang tepat.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![Pelaksanaan jalan raya di luar bandar ambil masa lebih 3 tahun - Abang Johari Pelaksanaan jalan raya di luar bandar ambil masa lebih 3 tahun - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/61525649566_AbangJohari.jpg)
Pelaksanaan jalan raya di luar bandar ambil masa lebih 3 tahun - Abang Johari
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari menegaskan, sistem jalan raya dan pembangunan yang mantap
![Saau Kakok dilantik CEO PETROS Saau Kakok dilantik CEO PETROS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/81520345952_SaauKakok.jpg)
Saau Kakok dilantik CEO PETROS
Pengalaman luas dalam aktiviti penerokaan huluan industri minyak dan gas di seluruh dunia antara kriteria utama pelantikan Saau Kakok, 64 tahun.
![Petronas sambut baik penubuhan Petros Petronas sambut baik penubuhan Petros](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/81516923439_DatukWanZulkiflee.jpg)
Petronas sambut baik penubuhan Petros
Petronas mengalu-alukan penyertaan Petros atau mana-mana syarikat milik negeri lain yang mahu melibakan diri dalam sektor minyak dan gas.
![Sarawak tidak setuju rancangan pengagihan cukai pelancongan Sarawak tidak setuju rancangan pengagihan cukai pelancongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/51495451973_AmarAbangJohariTu.jpg)
Sarawak tidak setuju rancangan pengagihan cukai pelancongan
Sarawak tidak bersetuju dengan keputusan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk mengembalikan RM1 daripada setiap RM10 cukai yang dikutip daripada pelancong asing untuk penginapan setiap bilik.
![KM Sarawak selar Salahuddin Ayub berhubung Perjanjian Malaysia KM Sarawak selar Salahuddin Ayub berhubung Perjanjian Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/51495451973_AmarAbangJohariTu.jpg)
KM Sarawak selar Salahuddin Ayub berhubung Perjanjian Malaysia
Datuk Amar Abang Johari Tun Openg hari ini membidas timbalan presiden Amanah Salahuddin Ayub yang mendakwa tindakan kerajaan negeri ini menghantar peguam ke London berhubung Perjanjian Malaysia 1963.
![BN Sarawak diterima kerana dasar baik dan sama rata - Abang Johari BN Sarawak diterima kerana dasar baik dan sama rata - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/51492507722_KetuaMenteriSarawaK.jpg)
BN Sarawak diterima kerana dasar baik dan sama rata - Abang Johari
BN Sarawak menerima sokongan semua kaum termasuk Cina pada PRN tahun lepas kerana ia menampilkan dasar-dasar yang baik dan sama rata.
![Sarawak berunding dengan KDN dan Kementerian Luar isu 170 pekerja Korea Utara Sarawak berunding dengan KDN dan Kementerian Luar isu 170 pekerja Korea Utara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/71460814361_AmarAbangJohariTu.jpg)
Sarawak berunding dengan KDN dan Kementerian Luar isu 170 pekerja Korea Utara
Kerajaan negeri sedang berunding dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Luar berhubung kedudukan 170 pekerja warga Korea Utara di Sarawak.
![Lesen balak jangka pendek di Sarawak dikeluarkan melalui proses tender - Abang Jo Lesen balak jangka pendek di Sarawak dikeluarkan melalui proses tender - Abang Jo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/71460814361_AmarAbangJohariTu.jpg)
Lesen balak jangka pendek di Sarawak dikeluarkan melalui proses tender - Abang Jo
Berkuat kuasa serta merta, pengeluaran lesen balak jangka pendek di Sarawak akan dikeluarkan hanya melalui proses tender bagi memastikan ia dijalankan secara telus.
![Guru interim di Sarawak yang gagal temuduga SPP diberi peluang kedua - Mahdzir Guru interim di Sarawak yang gagal temuduga SPP diberi peluang kedua - Mahdzir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/61485188517_MahdzirKhalid.jpg)
Guru interim di Sarawak yang gagal temuduga SPP diberi peluang kedua - Mahdzir
Kira-kira 202 guru interim di Sarawak yang gagal dalam sesi temuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) baru-baru ini diberi peluang untuk temuduga kedua Jun depan.
![Ketua Menteri sedang berusaha selesaikan isu tanah penduduk Sungai Limo - Unggah Ketua Menteri sedang berusaha selesaikan isu tanah penduduk Sungai Limo - Unggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/61461887308_DatukAmarDouglas.jpg)
Ketua Menteri sedang berusaha selesaikan isu tanah penduduk Sungai Limo - Unggah
Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kerajaan negeri akan mencari jalan untuk menyelesaikan isu tanah melibatkan penduduk Kampung Sungai Limo, Sempadi di sini.