PUTRAJAYA: Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim hari ini mengangkat sumpah jawatan dan taat setia sebagai Presiden Mahkamah Rayuan iaitu jawatan kedua tertinggi dalam badan kehakiman negara.
Abang Iskandar, 63, dari Sarawak, menggantikan Tan Sri Rohana Yusuf yang bersara pada November tahun lepas.
Beliau merupakan hakim pertama dari Sabah dan Sarawak yang dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan.
Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah pula mengangkat sumpah sebagai Hakim Besar Malaya manakala Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Rahman Sebli, 63, juga dari Sarawak, sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak.
Mohamad Zabidin, 65, dari Kedah, menggantikan Tan Sri Azahar Mohamed yang bersara pada 27 Okt tahun lepas.
Sementara itu, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Nordin Hassan, 59, mengangkat sumpah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.
Turut mengangkat sumpah jawatan dan taat setia sebagai Hakim Mahkamah Rayuan ialah enam Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Datuk Azman Abdullah, 61; Datuk Azimah Omar, 60; Datuk Lim Chong Fong, 60; Datuk Collin Lawrence Sequerah, 62, Mohamed Zaini Mazlan, 55, dan Datuk Wong Kian Kheong, 58.
Sequerah merupakan hakim yang mendengar perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kes Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membabitkan dana Yayasan Akalbudi.
Mohamed Zaini pula adalah hakim yang mendengar kes rasuah bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta kes rasuah dan pengubahan wang haram isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.
Hakim itu juga akan memutuskan pada 30 Jan ini sama ada Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy perlu membela diri atau dibebaskan daripada pertuduhan meminda laporan audit 1MDB.
Selain itu, 11 Pesuruhjaya Kehakiman mengangkat sumpah sebagai Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Datuk Norsharidah Awang, 62; Tee Geok Hock, 64; Datuk Zaleha Rose Pandin, 61; Alice Loke Yee Ching, 60; Datuk Azhar Abdul Hamid, 59; Dr Arik Sanusi Yeop Johari, 53; G. Bhupindar Singh, 59; Mahazan Mat Taib, 55; Ahmad Murad Abdul Aziz, 63; Liza Chan Sow Keng, 65; dan Wan Muhammad Amin Wan Yahya, 50.
Turut hadir pada majlis yang berlangsung di Istana Kehakiman itu ialah Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 17 2023
![Abang Iskandar angkat sumpah sebagai Presiden Mahkamah Rayuan Abang Iskandar angkat sumpah sebagai Presiden Mahkamah Rayuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61673971711_AmarAbangIskandar.jpg)
Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim hari ini mengangkat sumpah jawatan dan taat setia sebagai Presiden Mahkamah Rayuan iaitu jawatan kedua tertinggi dalam badan kehakiman negara. - Foto BERNAMA
![Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
![Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721100784_TBmysj.jpg)
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
![Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
![Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721011336_PerikatanNasional.jpg)
Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Jelas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu, pendirian tersebut adalah keputusannya dan ia tidak dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
![Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721104956_JDVance.jpg)
Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya
Bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan Senator Ohio JD Vance akan menjadi calon Naib Presidennya dalam pilihan raya 2024.
AWANI Ringkas: Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721103714_iOS.jpg)
iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak
Pada iOS 18, iPadOS 18 dan macOS Sequoia, Apple memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan data yang hilang ini dikembalikan.
[TERKINI] Suspek kes pempengaruh Esha mengaku bersalah
Seorang pemandu lori berusia 43 tahun mengaku bersalah membuat kenyataan menyinggung perasaan terhadap mendiang empengaruh media sosial, A Rajeswary atau Esha di TikTok.
Projek HSR Jakarta-Bandung rekod 4 juta penumpang
Projek Kereta Api Laju (HSR) Jakarta-Bandung yang dikenali sebagai Whoosh membawa empat juta penumpang sejak ia beroperasi secara komersial pada 17 Oktober, tahun lalu.
![Abang Iskandar angkat sumpah sebagai Presiden Mahkamah Rayuan Abang Iskandar angkat sumpah sebagai Presiden Mahkamah Rayuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61673971711_AmarAbangIskandar.jpg)
Abang Iskandar angkat sumpah sebagai Presiden Mahkamah Rayuan
Abang Iskandar, 63, dari Sarawak, menggantikan Tan Sri Rohana Yusuf yang bersara pada November tahun lepas.
![Sarawak miliki garis panduan komprehensif bagi hukuman kes jenayah babitkan hidupan liar Sarawak miliki garis panduan komprehensif bagi hukuman kes jenayah babitkan hidupan liar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-07/81531430436_orangutan.jpg)
Sarawak miliki garis panduan komprehensif bagi hukuman kes jenayah babitkan hidupan liar
Dokumen itu dilancarkan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim di Kompleks Mahkamah Kuching.
![Tun Taib Mahmud mengangkat sumpah sebagai TYT Sarawak bagi penggal ketiga Tun Taib Mahmud mengangkat sumpah sebagai TYT Sarawak bagi penggal ketiga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646124403_istiadatangkatsump.jpg)
Tun Taib Mahmud mengangkat sumpah sebagai TYT Sarawak bagi penggal ketiga
Tun Abdul Taib Mahmud pada Selasa menyempurnakan istiadat mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak bagi penggal ketiga di Dewan Lapau, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
![Mahkamah kekalkan ganti rugi RM318,000 kepada suri rumah ditembak polis Mahkamah kekalkan ganti rugi RM318,000 kepada suri rumah ditembak polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/51366124532_295x200.jpg)
Mahkamah kekalkan ganti rugi RM318,000 kepada suri rumah ditembak polis
Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan ganti rugi RM318,326 yang diberi Mahkamah Tinggi kepada seorang suri rumah yang cedera setelah ditembak polis pada 2009.