BEIJING: Abad ke-21 telah dikenal pasti sebagai abad yang akan diterajui benua Asia, yang bukan sahaja dalam perkembangan ekonomi, tetapi juga mengenai keterangkuman sosial, kerjasama serantau, serta pembangunan mampan.
Atas sebab itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, Malaysia dan China mempunyai kesamaan iaitu memberi komitmen tidak berbelah bahagi dalam memperjuangkan prinsip tersebut serta dedikasi terhadap konsep multilateralisme dan kerjasama serantau.
Namun, beliau berkata, jalan untuk mengecapi Abad Asia yang gemilang sudah pasti satu jalan yang terliku dan memerlukan visi dan misi yang menyeluruh untuk menangani isu global, termasuk jurang pendapatan, perlindungan alam sekitar, kemampanan dan kestabilan politik.
“Kini kita hidup di tengah-tengah denyut nadi Abad Asia, sebuah rangka masa pertumbuhan dan kemajuan yang luar biasa. Tidak dapat dinafikan bahawa tumpuan dunia kini sedang beralih arah. Alangkah beruntungnya bahawa Malaysia dan China berada di kemuncak kejadian ini.
“Dalam mendepani cabaran ekonomi yang tidak menentu di seluruh dunia, Malaysia dan China telah memperlihatkan daya tahan yang mengagumkan, memanfaatkan kelebihan kedua-dua negara yang istimewa untuk bergerak seiring dengan kemajuan ekonomi antarabangsa,” kata Johari.
Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan syarahan bertajuk ‘ASEAN dalam Abad Asia’ di Universiti Tsing Hua, di sini pada Isnin, sebagai sebahagian program lawatan kerja rasmi empat hari beliau ke China.
Turut menyertai delegasi beliau ke universiti yang berusia melebihi satu abad itu (1911 – 2023) itu ialah Timbalan Yang Dipertua, Alice Lau Kiong Yieng; Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia, M Kulasegaran A/L V.Murugeson; Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi, Datuk Awang bin Hashim serta Ahli Kumpulan Parlimen Rentas Parti Malaysia - Matlamat Pembangunan Mampan (APPGM-SDG), Chiew Choon Man.
Dalam pada itu, Johari berkata, hubungan yang baik antara ASEAN dan China akan membawa manfaat untuk kedua-dua pihak dan berupaya menjadikan kedua-duanya sebagai sebagai tunggak kestabilan dan kemakmuran serantau.
Sebagai contoh, dalam konteks Malaysia dan China, walaupun tidak berjiran dekat secara geografi, namun, kedua-dua negara ini mempunyai sejarah, hubungan kebudayaan yang kukuh serta hubungan ekonomi.
“Kedua-duanya telah bekerjasama dalam pelbagai bidang daripada perdagangan dan pelaburan kepada pendidikan dan pelancongan yang menandakan kerjasama dua hala yang baik,” katanya lagi.
Johari berkata, dari sudut pandang pelbagai hala, konsep "Abad Asia" mencirikan bahawa Abad ke-21 oleh pengaruh dan kuasa Asia yang semakin meningkat, terutamanya Asia Timur, Selatan dan Tenggara.
Atas sebab itu, beliau menjelaskan, kedua-dua China dan ASEAN harus bekerjasama untuk meningkatkan kerjasama dalam kecerdasan buatan, tenaga boleh diperbaharui, dan keselamatan makanan.
Ini, kata Johari lagi, dapat dicapai melalui perhubungan serantau, perkembangan budaya, media, akademik, sukan serta pembangunan wanita dan belia demi memupuk hubungan sesama rakyat yang lebih erat.
“Setiap negara anggota ASEAN mempunyai kelebihan ekonomi yang unik. Malaysia misalnya, diunjurkan berkembang sebanyak empat peratus dalam tahun 2023, terutamanya disebabkan oleh kekuatan semikonduktor dan industri gas.
“Kita harus memanfaatkan kelebihan ini melalui kerjasama serantau. Sasaran ini dapat tercapai jika semua negara Asia sepakat membangun pasaran tenaga dan teknologi,” kata Johari lagi.
Firdaus Azil
Mon Sep 25 2023
Tan Sri Johari Abdul dan isteri, Puan Sri Noraini Ahmad bergambar kenangan dengan pelajar-pelajar Malaysia di Universiti Tsing Hua, Beijing.
Banjir di Kedah semakin memburuk, bilangan mangsa cecah 1,018 orang
Situasi banjir di Kedah makin memburuk selepas bilangan mangsa mencecah 1,018 orang daripada 268 keluarga yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini.
PM mahu persediaan mantap dilakukan menjelang kepengerusian ASEAN 2025
Perdana Menteri berkata Malaysia perlu menjadi peneraju hebat dengan menyusun pelbagai program yang benar-benar memberi kesan mendalam kepada komuniti ASEAN secara keseluruhannya.
PM Anwar ulangi komitmen Malaysia jayakan Agenda 2030 untuk pembangunan mampan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi komitmen Malaysia dalam menjayakan Agenda 2030 untuk pembangunan mampan seperti yang dimeterai bersama 192 negara lain pada 2015.
Bunuh: Dua buruh kasar terlepas hukuman mati, diganti penjara 30 tahun
Panel hakim menolak rayuan A.Rames dan Tew Siew Kem untuk mengetepikan sabitan terhadap mereka dan menggantikan hukuman mati dengan penjara.
HUMS dijangka siap Dis 2025, beroperasi pada Jan 2026 - Zambry
HUSM dibina dengan kapasiti 400 katil, 25 bilik pembedahan, 40 katil rawatan intensif atau rapi serta 145 buah klinik pakar.
Tiga wanita ditahan dalam Op Global sambung reman hingga 22 Sept
Tiga wanita yang ditahan menerusi Op Global di Nilai dan Seremban kerana disyaki terbabit dalam kes eksploitasi kanak-kanak di negeri ini, disambung reman hingga 22 Sept.
Arul Kanda tidak tahu tentang kewujudan 'pelaburan' 1MDB - Tony Pua
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Arul Kanda Kandasamy tidak pasti tentang nilai 'pelaburan' 1MDB atau sama ada ia benar-benar wujud.
Seorang ahli GISB akan dituduh di Mahkamah Majistret Putrajaya esok
Individu terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Polis jalankan siasatan video upacara keagamaan
Polis Pulau Pinang menjalankan siasatan berhubung video tular di media sosial yang memaparkan satu upacara keagamaan di sebuah tokong di negeri ini yang berlatar belakangkan runut bunyi selawat.
Tetingkap Tunggal Nasional mudahkan operasi perdagangan - Tengku Zafrul
Inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National Single Window) yang bakal diharmonikan bersama sistem kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan antara Malaysia-China.
Abad Asia: Malaysia dan China perlu kecapi manfaat sepenuhnya - Johari
Malaysia dan China seiring memberi komitmen tidak berbelah bahagi terhadap konsep multilateralisme dan kerjasama serantau.