LABUAN: Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang mahu Muzium Labuan disenaraikan sebagai bangunan atau tapak warisan kebangsaan.
Berucap ketika merasmikan Program Semarak Muzium Labuan di sini hari ini, beliau yakin usaha itu dapat dicapai menerusi kerjasama Jabatan Muzium Malaysia dan Jabatan Warisan Negara.
"Lebih dua dekad pengwujudan sejak 2004, Muzium Labuan telah menarik kehadiran kira-kira 1.15 juta pengunjung hingga tahun lepas," katanya.
Aaron turut memuji usaha Muzium Labuan dalam memainkan peranan menganjurkan pelbagai acara, pameran serta menjalankan penyelidikan dan program pendidikan kepada masyarakat.
Beliau turut menekankan usaha pemuliharaan muzium terbabit dalam menjaga khazanah warisan termasuk artifak sejak era neolitik, barangan yang dikumpul apabila kerajaan Sabah menyerahkan Labuan kepada kerajaan Persekutuan pada 1984 dan batu peringatan penyerahan pulau berkenaan kepada British pada 1846.
"Satu spesimen yang terkenal di muzium itu ialah rangka paus Indian Fin yang diwartakan sebagai Objek Warisan Kebangsaan pada 8 Jan 2024, di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005," katanya.
Sementara itu, Aaron berkata program Semarak Muzium dapat meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan memelihara warisan kebangsaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 02 2024

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang semasa menyampaikan ucapan perasmian pada Program Semarak Muzium Labuan 2024 di perkarangan Muzium Labuan hari ini. - Foto Bernama
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri pada Jumaat
Proses mengambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan disambung pada pagi Jumaat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Aaron mahu Muzium Labuan disenarai sebagai bangunan, tapak warisan kebangsaan
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang mahu Muzium Labuan disenaraikan sebagai bangunan atau tapak warisan kebangsaan.