Setakat 30 Ogos lepas, Jabatan Audit Negara (JAN) telah menjalankan pengauditan penyata kewangan ke atas 113 agensi Persekutuan bagi tahun kewangan 2018, kata Ketua Audit Negara Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid.
Daripada jumlah itu, 99 penyata kewangan diberi pendapat tanpa teguran, enam diberi pendapat tanpa teguran dengan perenggan 'emphasis of matter' (EOM) dan lapan diberi pendapat berteguran.
Sementara itu, 35 penyata kewangan masih belum dimuktamadkan manakala dua penyata kewangan agensi Persekutuan belum diterima.
"Pengauditan itu mengikut garis panduan yang ditetapkan termasuk penyediaan memorandum perancangan audit, penilaian risiko dan bukti audit, komunikasi dengan pihak pengurusan dan tadbir urus, pensampelan dan pelaporan," katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.
Kenyataan akhbar itu merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2018 Siri 2 mengenai pengurusan syarikat, aktiviti kementerian, jabatan, agensi dan badan berkanun Persekutuan dan kerajaan negeri 2018 yang dibentangkan di Parlimen hari ini (Isnin).
Selain itu, beliau berkata sebanyak 12 pengauditan prestasi telah dilaksanakan di peringkat Kerajaan Persekutuan dan 21 di peringkat negeri merangkumi pelbagai bidang, antaranya pengurusan program, aktiviti, pembinaan, naik taraf, penyenggaraan dan pengurusan hasil.
Bagi pengauditan pengurusan syarikat pula, tujuh syarikat kerajaan telah dilaksanakan pengauditan dan sembilan melibatkan pengauditan di peringkat negeri merangkumi aspek tadbir urus korporat, pengurusan aktiviti dan kedudukan kewangan syarikat.
Bagi membolehkan tindakan pembetulan dan penambahbaikan diambil, JAN mengemukakan 57 syor terhadap aktiviti kementerian, jabatan dan badan berkanun Persekutuan, 43 syor terhadap pengurusan syarikat Kerajaan Persekutuan serta 132 syor terhadap pengurusan aktiviti kementerian, jabatan, agensi dan pengurusan syarikat kerajaan negeri untuk memperbaiki kelemahan yang dilaporkan.
Tiga jilid LKAN peringkat Kerajaan Persekutuan akan dimuat naik dalam laman web JAN selepas pembentangannya di Dewan Rakyat dan orang awam boleh melayarinya di http://www.audit.gov.my mulai 10 pagi hari ini.
LKAN peringkat negeri pula yang melibatkan 13 negeri hanya akan dimuat naik dalam laman web JAN selepas pembentangannya di Dewan Undangan Negeri masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 02 2019

Bagi membolehkan tindakan pembetulan dan penambahbaikan diambil, Nik Azman berkata, JAN mengemukakan 57 syor terhadap aktiviti kementerian, jabatan dan badan berkanun Persekutuan. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ramai kakitangan Pentagon dijangka diberhentikan - Laporan
Pentagon dijangka memberhentikan kakitangan mereka bermula minggu ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif penjimatan kos, memetik satu laporan semalam.
7 maut dibunuh akibat diserang di Balochistan
Menurut pihakberkuasa Pakistan, kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan ke Wilayah Punjab timur dari bandar Quetta
Pengawasan udara Filipina di Laut China Selatan sah
Pengawal Pantai Filipina pada Rabu mempertahankan tindakan mereka melakukan pengawasan udara di Laut China Selatan.
Prabowo Ganti Menteri Pendidikan Tinggi dalam Rombakan Kabinet Pertama
Prabowo menggantikan Satro Soemantri Brodjonegoro dalam rombakan kabinet pertamanya sejak memegang jawatan.
Minat pada burung buka ruang jana pendapatan
Taleb menubuhkan sebuah pusat perlindungan dengan hanya beberapa ekor burung pada tahun 2019, sebelum memutuskan untuk mengembangkan menjadi sebuah perniagaan di Basra, Iraq.
Rombakan Kabinet reaksi Prabowo terhadap kegusaran rakyat
Rombakan Kabinet oleh Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dilihat sebagai tindak balas kepada situasi sosio-ekonomi masyarakat, khususnya dalam kalangan pelajar yang menentang cadangan untuk menaikkan yuran pengajian.
Peranan wanita mampu ubah industri, beri inspirasi
Ahmad Zahid berkata, sumbangan berterusan wanita dalam sektor korporat bukan sahaja membentuk semula industri tetapi juga memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk mengejar cita-cita mereka.
Johor rangka pelan induk dijangka dimuktamadkan Jun ini
Kerajaan Johor sedang merangka pelan induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan dijangka dimuktamadkan Jun ini.
PM Anwar gesa sarjana Islam, intelektual bersatu demi Palestin dan Syria
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa para sarjana dan intelektual dunia Islam untuk bersatu menentang perpecahan mazhab, serta mengambil tindakan konkrit dalam menyokong Palestin dan Syria.

99 penyata kewangan agensi persekutuan diberi pendapat tanpa teguran - Ketua Audit Negara
Pada masa sama, 35 penyata kewangan masih belum dimuktamadkan manakala dua penyata kewangan agensi Persekutuan belum diterima.