KOTA BHARU: Kerajaan Persekutan telah meluluskan peruntukan pembangunan berjumlah RM2.81 bilion di Kelantan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) menerusi Rolling Plan Keempat Tahun 2024.
Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata ia merupakan peningkatan sebanyak RM0.24 bilion berbanding peruntukan asal pada 2023.
Beliau berkata sebanyak 92 projek baharu telah diluluskan pada tahun ini dengan jumlah keseluruhan sebanyak 425 projek.
"Kementerian Kerja Raya (KKR) mencatat jumlah peruntukan terbesar pada tahun ini iaitu RM0.8 bilion melibatkan 32 projek.
"Projek-projek utama di bawah KKR termasuk enam pakej pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) dan sembilan pakej Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LTU) dari Kuala Krai ke Gua Musang.
"Kesemua 14 daripada 15 pakej tersebut kini dalam pelaksanaan manakala satu pakej di peringkat perolehan dengan jumlah keseluruhan kos pembinaan adalah sebanyak RM4.79 bilion," katanya pada Majlis Makan Malam Bersama Media Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan ICU JPM, di sini malam tadi.
Teks ucapan Nik Nazmi yang juga Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Kelantan dibacakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama Dr Hafidzah Mustakim.
Nik Nazmi berkata jaringan pengangkutan menyeluruh termasuk pembinaan jajaran lebuh raya, projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) serta naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) kini sedang rancak dibina.
Sementara itu, Nik Nazmi berkata Kerajaan Persekutuan juga meluluskan fasa baharu Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) dengan kos RM1.06 bilion bagi Fasa 2 Sungai Kelantan dan RM0.5 bilion bagi Fasa 3 Sungai Golok.
"Untuk rekod sebanyak 13 projek secara terkumpul berkaitan banjir di pelbagai peringkat pelaksanaan telah diluluskan di negeri ini dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM3.83 bilion.
"Saya berharap semua pihak khususnya agensi pelaksana terlibat agar dapat memastikan pelaksanaan projek-projek ini berjalan dengan lancar malah jika mampu elakkan sebarang masalah menyumbang kepada kelewatan pelaksanaannya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 06 2024
Projek naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (gambar) di Pengkalan Chepa merupakan antara projek yang kini sedang rancak dibina di Kelantan. - Gambar fail/Facebook Tourist Guides Kelantan
Kenaikan 224 peratus cukai taksiran relevan - MPAJ
Kenaikan cukai taksiran dilihat sangat wajar jika dibandingkan dengan tempoh kali terakhir MPAJ menyediakan Senarai Nilaian Baharu pada 1997.
Niaga AWANI: Apakah prestasi ekonomi suku pertama?
Ekonomi suku pertama akan diumum minggu ini. Apakah jangkaan semasa berdasarkan perkembangan antarabangsa dan tempatan? Bagaimana pengeluaran akaun tiga kwsp memainkan peranan dan adakah rasionalisasi subsidi akan beri impak besar?
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Bangunan runtuh: Selepas seminggu, 36 mangsa masih terperangkap
Bangunan bertingkat berkenaan sedang dalam pembinaan, lalu runtuh dalam satu kejadian yang berlaku pada Isnin lalu.
AWANI Ringkas: PM sertai forum ekonomi Qatar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [13 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Azib Zikry & Nursyazwani Saiful Sham;
Masalah disiplin remaja antara tiga cabaran utama dihadapi kaum ibu - Nancy
Dr Dzulkefly komited selesai isu gaji, kebaikan jururawat
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Makkah - Mohd Na'im
Masalah disiplin remaja antara tiga cabaran utama dihadapi kaum ibu - Nancy
Dr Dzulkefly komited selesai isu gaji, kebaikan jururawat
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Makkah - Mohd Na'im
Rumah Panjang Nanga Engkuah dipilih Kampung Angkat MADANI KKR
Rumah Panjang Nanga Engkuah di Ulu Katibas, Song melakar sejarah tersendiri apabila terpilih menjadi Kampung Angkat MADANI pertama di negeri Sarawak.
Madinah jadi saksi pertemuan bermakna ibu bapa dan anak
Ibu bapa mana tidak bahagia anak kesayangan sambut kehadiran, bimbing ziarah luar di bumi barakah, Madinah.
'Tiada lagi tempat selamat di Gaza' - UNRWA
Sejak perang bermula Oktober tahun lalu, kebanyakan penduduk Gaza dipaksa berpindah secara kerap.
Kepulan asap selubungi Gaza di sebalik kemaraan Zionis
Kenderaan tentera, kereta kebal dan pesawat juga boleh dilihat bergerak dan berusaha meneruskan perjalanan merentasi debu tebal.
THSS: Semua peserta terselamat, Ayda Jebat ungguli minggu pertama
Kreativiti dan kesungguhan peserta The Hardest Singing Show (THSS), Ayda Jebat untuk minggu pertama membuahkan hasil apabila dia diumumkan sebagai juara mingguan untuk program tersebut.
92 projek pembangunan baharu di Kelantan tahun ini - Nik Nazmi
Nik Nazmi berkata ia merupakan peningkatan sebanyak RM0.24 bilion berbanding peruntukan asal pada 2023.