Bank Negara Malaysia (BNM) mendedahkan hari ini sehingga 92 peratus rakyat Malaysia bimbang dengan keadaan dan keperluan kewangan mereka pada usia tua serta tidak bersedia menghadapi persaraan.
Penolong Gabenor BNM Jessica Chew Cheng Lian berkata 33 peratus 'sangat bimbang' dengan keadaan kewangan mereka apabila mencapai usia tua, manakala baki 59 peratus 'agak bimbang'.
Bercakap pada satu sesi panel bertemakan "Your Retirement Aspiration: Making It A Reality" (Aspirasi Persaraan Anda: Jadikan ia satu Realiti) pada Persidangan Jaminan Sosial Antarabangsa 2016 di sini, pada Rabu, beliau berkata 40 peratus daripada rakyat Malaysia mengatakan mereka bersedia untuk bersara manakala 80 peratus menyatakan mereka mempunyai strategi untuk menampung perbelanjaan pada usia tua.
Strategi paling popular termasuk bergantung kepada anak-anak atau pasangan, terus bekerja dan bergantung kepada bantuan kewangan kerajaan.
Chew menegaskan kebanyakan rakyat Malaysia mengguna pakai strategi pasif bagi persaraan seperti yang dicerminkan dalam komposisi aset isi rumah, dengan 42 peratus memilih membeli hartanah, 25 peratus memilih menyimpan wang dalam bank dan 18 peratus bergantung kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Beliau berkata hanya 24,180 polisi insurans dengan premium tahunan RM280.2 juta telah terjual sejak insentif cukai diperkenalkan pada 2012.
Bagi membentuk semula realiti dalam kalangan rakyat Malaysia, beliau berkata kesedaran dipertingkatkan menerusi penyepaduan pendidikan kewangan dalam kurikulum sekolah bagi murid tahun empat hingga tahun enam.
"Kami juga membentuk rangkaian pendidikan kewangan untuk menyelaraskan dan memacu inisiatif pendidikan kewangan di peringkat antarabangsa," katanya.
Chew berkata BNM juga memperkenalkan produk pencen inovatif dan dipelbagaikan untuk membantu individu menangani risiko persaraan.
Beliau berkata strategi lain bakal pesara termasuklah menambah baik struktur insentif seperti menggalakkan peranan yang lebih besar bagi majikan untuk menyediakan pelan pencen pekerjaan suka rela, serta insentif penggunaan pinjaman pendapatan untuk mengelakkan penyusutan pramatang simpanan.
Menurut Penasihat Malaysian Healthy Ageing Society Nathan Vytialingam, lelaki berusia antara 65 dan 74 dianggap sebagai golongan tua yang masih muda, yang berusia antara 75 dan 84 golongan tua pertengahan, manakala yang berusia atas 85 golongan tua.
Bernama
Wed Aug 10 2016

Chew berkata BNM juga memperkenalkan produk pencen inovatif dan dipelbagaikan untuk membantu individu menangani risiko persaraan. - Gambar fail

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

Lima fokus utama dasar monetari BNM tahun ini - Penganalisis ekonomi
Pengaruh penurunan kadar faedah global dan risiko kemelesetan ekonomi AS turut menjadi pertimbangan BNM.

Papar kos purata prosedur, rawatan biasa antara syor persatuan insurans kepada PAC
Tiga persatuan utama insurans negara telah mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa KIra-Kira Wang Negara (PAC) bagi meningkatkan kemampuan, dalam sektor penjagaan kesihatan dan insurans Malaysia.

Ringgit teruskan momentum mengukuh berbanding dolar AS
Ringgit meneruskan aliran pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Jumaat.

BNM kekal OPR pada 3.0 peratus
Bank pusat itu berkata ekonomi global tahun ini diunjur akan dikekalkan oleh keadaan pasaran buruh yang positif, inflasi sederhana dan dasar monetari yang kurang ketat.

Kes penipuan di Negeri Sembilan meningkat, kerugian cecah RM21.2 juta
Ahmad Dzaffir berkata jumlah kes juga meningkat kepada 526 pada Jan dan Feb 2025 berbanding 331 kes bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Mekanisme perdagangan, pelaburan dalam mata wang tempatan akan terus diperkukuh
Langkah itu secara langsung dapat menyokong usaha ke arah memastikan kelestarian dan kestabilan kewangan serantau.

Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$117.7 bilion pada 14 Feb 2025
Bank pusat menjelaskan paras rizab itu memadai untuk membiayai lima bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar negara jangka masa pendek.

Ringgit dalam hala tuju tepat meskipun berdepan perang perdagangan AS - Gabenor BNM
Pergerakan ringgit berada dalam hala tuju yang tepat meskipun berada dalam persekitaran ketidaktentuan akibat perang perdagangan Amerika Syarikat (AS).

Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus berbanding dolar US pada 2024 - BNM
Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus dolar US pada 2024, merupakan satu daripada beberapa mata wang di Asia yang meningkat berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS).

Inflasi keseluruhan, inflasi teras turun kepada 1.8 peratus pada 2024
Inflasi keseluruhan dan inflasi teras Malaysia bagi 2024 masing-masing turun kepada 1.8 peratus, berbanding 2.5 peratus dan 3.0 peratus pada 2023.