Sembilan sekolah di Rantau Panjang akan ditutup hari ini akibat banjir yang semakin buruk melanda beberapa jajahan di Kelantan.

Atas faktor keselamatan juga, 17 sekolah membenarkan pelajar pulang awal, semalam.

Pelajar sekolah berkenaan dibenarkan pulang seawal jam 10 pagi.

Menurut Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan, Hussain Awang berkata antara yang ditutup ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang, Sekolah Menengah Agama Kerajaan Diniah Bongor, Sekolah Kebangsaan Rahmat dan Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang.

Jelasnya sekolah tersebut melibatkan kawasan pentadbiran empat Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) iaitu Kuala Krai, Machang, Tanah Merah dan Pasir Mas.

Dua sekolah di kawasan PPD Pasir Puteh dijadikan pusat pemindahan mangsa banjir.

Sekolah berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan Kamil dan Sekolah Kebangsaan Changai.