SHAH ALAM: Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, dekat sini diselubungi suasana pilu apabila lapan van jenazah memasuki perkarangannya membawa sembilan sekeluarga yang maut dalam kemalangan Jumaat lepas berdekatan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Elite, dekat sini.
Deretan lapan buah van jenazah yang dipandu petugas kesihatan lengkap mengenakan kelengkapan perlindungan diri (PPE) diiringi anggota polis, dilihat tiba di pintu pagar utama tanah perkuburan itu pada 12.40 tengah hari.
Jenazah selesai dikebumikan jam 1.30 petang dalam satu liang lahad, di atas permintaan keluarga setelah menjalani bedah siasat dan pemeriksaan saringan COVID-19, serta disolatkan di Unit Forensik Hospital Shah Alam di sini.
Ibu mereka Allahyarham Norul Naziah Buyong, 37, dikebumikan bersama lapan anaknya iaitu Razarul Amin Abd Razak, 17; Razatul Aliah, 16; Puteri Hidayah, 12; Muhamad Aizat Syazwan, 10; Muhamad Rolkaizat Rezky, 9; Muhamad Hidayat Hakimie, 7; Puteri Nur Ain Syalwana, 3; dan Muhammad Raid Fathi yang berusia 10 bulan.
Adik kepada Norul Naziah, Nurul Atika Buyong, 33, berkata lima anak arwah bebas COVID-19 bagaimanapun empat anak termasuk bayi berusia 10 bulan, didapati positif COVID-19.
Kesemua mereka yang menaiki Proton Wira itu, maut di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Shah Alam.
Bapa kepada kanak-kanak dan remaja yang maut itu, Abd Razak Majit, 50, cedera ringan, manakala mereka yang menaiki sebuah lagi kereta iaitu Mimie Nafiesa Abdullah, 19; Ihyat Sufi Shokip serta Ummi Nasuha Annuwar masing-masing berusia 20 tahun juga cedera ringan.
Turut terbunuh dalam kemalangan yang mengorbankan 10 nyawa itu adalah seorang mekanik, Mohamad Rahimi Rolex, 27, dikebumikan di tanah perkuburan sama, kira-kira 1 pagi tadi.
Keluarga malang itu dikatakan dalam perjalanan dari Melaka untuk pulang ke rumah mereka di Padang Jawa, Klang. - BERNAMA
Bernama
Sun Dec 19 2021

Seorang petugas kesihatan memangku jenazah mangsa kanak-kanak yang terkorban dalam kemalangan di Lebuhraya ELITE, Shah Alam, Jumaat. - Gambar BERNAMA

Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Katanya, Ken Nee tahu apa diperlukan untuk kembali meraih kejayaan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknik dan peraturan terjun terkini.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.

Kepala air Jeram Air Putih: Jenazah dua beranak tiba di HSNZ untuk bedah siasat
Jenazah Azizah Eiyi, 40, dan anaknya Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, yang maut dalam tragedi kepala air di Jeram Air Putih di Kemaman semalam, tiba di HSNZ untuk bedah siasat.

9 sekeluarga dikebumikan dalam satu liang lahad
Jenazah selesai dikebumikan jam 1.30 petang dalam satu liang lahad, di atas permintaan keluarga.