ALOR SETAR:Tragedi hitam pada hari terakhir tahun 2020 buat sembilan peniaga di Jalan Tunku Abdul Halim, Kampung Baru, di sini apabila sederet rumah kedai musnah dalam kebakaran.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada pukul 1.13 tengah hari.
Empat pasukan bomba dari Jalan Raja dan Jalan Tun Razak dikejarkan ke lokasi bersama enam jentera.
Selain itu, operasi turut disertai Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Alor Mengkudu, PBS Seberang Nyonya, PBS Mutiara, PBS Jalan Kundor, PBS Kilang Tebu, PBS Kuala Kedah, PBS Simpang Empat, PBS Kampung Berjaya, PBS Kota Sarang Semut dan PBS Kampung Baru Rangkaian Simpang Empat.
Mohamadul Ehsan berkata, api marak dengan cepat berikutan rumah kedai itu diperbuat dengan kayu dan papan.
Kebanyakan peniaga, kata beliau, tidak sempat menyelamatkan barangan niaga ekoran api marak dengan pantas.
Pihak bomba juga, katanya, mengambil masa lebih 20 minit untuk mengawal api daripada merebak ke premis bersebelahan dan hadapan.
Sehingga kini kerja-kerja memadamkan api masih dilakukan.
Kesemua mangsa dilaporkan berjaya berlari keluar dari premis selepas mendengar jeritan orang awam yang terlihat kepulan asap tebal di langit.
Punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Dec 31 2020
Api marak dengan begitu cepat berikutan rumah kedai itu diperbuat dengan kayu dan papan. - Gambar Astro AWANI
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4 anggota pengaman Itali cedera serangan roket di pangkalan UNIFIL di Lubnan
Empat tentera Itali cedera, namun tidak parah, selepas pangkalan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di Lubnan diserang dengan tembakan roket pada Jumaat.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.
Nelayan jatuh laut ditemui lemas di Pulau Ketam
Seorang nelayan berusia 59 tahun ditemukan lemas di kedudukan 8.1 batu nautika barat daya Pulau Ketam, semalam.
Kepimpinan MADANI bentuk era baharu pembangunan, ekonomi inklusif - KSN
Kepimpinan MADANI menyaksikan pembentukan era baharu pembangunan negara yang inklusif, berintegriti dan produktif, seterusnya memperkukuh prestasi ekonomi dan sosial.
9 rumah kedai di Alor Setar musnah terbakar
Sembilan peniaga di Jalan Tunku Abdul Halim, Kampung Baru, Alor Setar berputih mata apabila premis mereka musnah dalam kebakaran di hari terakhir 2020.