KUALA LUMPUR: Sembilan lelaki warga tempatan ditahan disyaki terlibat dalam pergaduhan berkumpulan hingga menyebabkan kematian dalam kejadian di Bangsar Village, Jalan Telawi 2 Bangsar, di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata kesemua suspek terbabit berumur antara 24 hingga 30 tahun dengan motif kejadian dipercayai berlaku kerana wujud dendam lama antara mangsa dan suspek.
Beliau berkata mangsa seorang lelaki warga tempatan berumur 28 tahun bersama rakannya seorang lelaki tempatan berumur 30 tahun telah ke Jalan Telawi untuk minum.
"Setelah selesai minum dan dalam perjalanan ke tempat letak kenderaan, mangsa dan rakannya telah terjumpa dengan kumpulan suspek dan berlaku pergaduhan.
"Mangsa telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan meninggal dunia semasa menerima rawatan manakala rakannya dilaporkan mengalami kecederaan parah di bahagian muka dan telah mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur," kata Amihizam dalam kenyataan hari ini.
Amihizam berkata polis merampas senjata digunakan oleh suspek iaitu sebilah pisau dan sebotol arak.
"Arahan untuk menuduh telah dikeluarkan ke atas tiga orang suspek di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan manakala enam lagi suspek tangkapan tersebut dibebaskan dan dijadikan saksi pendakwaan," katanya.
Dalam kes berasingan, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields sedang mengesan seorang saksi kes pecah amanah yang merupakan pekerja di O.G. Height Condo, Kuala Lumpur bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan.
Amihizam berkata saksi itu dikenali sebagai Loo Yuit Mei berumur 66 tahun bekerja sebagai pengurus bangunan, beralamat terakhir di C-6-3, Kiara Residence 2, No 3, Jalan Jalil Perwira 1, Bukit Jalil 58200 Kuala Lumpur.
"Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan saksi tersebut diminta hadir ke balai polis yang berdekatan untuk memberi keterangan atau menghubungi Insp Isma Hassif Ismail di talian 011-16253955," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 13 2023

Kesemua suspek terbabit berumur antara 24 hingga 30 tahun dan motif kejadian dipercayai kerana wujud dendam lama antara mangsa dan suspek. - Gambar hiasan
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

9 lelaki ditahan, bergaduh hingga sebabkan kematian di Bangsar
Sembilan lelaki warga tempatan ditahan disyaki terlibat dalam pergaduhan berkumpulan hingga menyebabkan kematian dalam kejadian di Bangsar Village, Jalan Telawi 2 Bangsar, di sini, awal pagi tadi.