Seramai 9,011 orang wanita telah menjadi ahli Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Untuk Suri Rumah (i-Suri) sehingga 12 September lalu, ujar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, kerajaan mengiktiraf peranan dimainkan golongan suri rumah yang merupakan ibu-ibu yang bertanggungjawab mendidik generasi akan datang.
“Saya ingin menyatakan bahawa Kerajaan mengambil berat terhadap golongan suri rumah dengan memperkenalkan satu inisiatif khas bagi memastikan keselamatan sosial mereka terjamin.
“Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Untuk Suri Rumah atau i-Suri yang telah diumumkan pada 8 Ogos 2018 adalah merupakan skim bantuan bersasar untuk menggalakkan surirumah menabung sebagai persediaan hari tua, ketika menghadapi kesusahan dan ditimpa musibah seperti perceraian, kematian suami, suami hilang upaya dan lain-lain kemungkinan,” katanya semasa berucap merasmikan Sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2018 di PICC, di sini hari ini.
i-Suri juga katanya merupakan penghargaan kepada usaha dan penat lelah wanita suri rumah yang tidak berpeluang untuk menyertai pasaran kerja atas sebab-sebab yang mungkin tidak dapat dielakkan seperti atas keperluan menjaga ahli keluarga yang memerlukan jagaan rapi.
“Ini juga merupakan suatu usaha kita untuk memperkasa wanita agar membuat persediaan secukupnya untuk menghadapi sebarang kemungkinan,” tambahnya.
Pelaksanaan skim i-Suri adalah antara janji dalam manifesto kerajaan semasa Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) baru-baru ini.
Rahimah Abdullah
Wed Sep 19 2018
i-Suri juga katanya merupakan penghargaan kepada usaha dan penat lelah wanita suri rumah yang tidak berpeluang untuk menyertai pasaran kerja. - Gambar fail
Tumpuan Rabu – 17 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 16 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ekonomi China teruskan momentum pemulihan
Ekonomi China meneruskan momentum pemulihan dan trend perkembangan ke arah baik dengan operasinya kekal stabil secara keseluruhannya pada separuh pertama tahun ini.
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Abu Sayeed, seorang daripada penyelaras dan pelajar di Universiti Begum Rokeya di Rangpur utara, terbunuh semasa pertempuran dengan polis.
28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan
Tentera menuding jari kepada kumpulan Hafiz Gul Bahadur dari Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) yang diharamkan.
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
Belanjawan 2024: Had caruman i-Suri, i-Saraan KWSP dinaikkan
Had caruman padanan kerajaan di bawah program i-Saraan dan i-Suri Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masing-masing ditingkatkan pada tahun hadapan.
Belanjawan 2020: Perkeso sambut baik i-Suri dan SKSPS dilanjutkan
Ia akan membolehkan Perkeso meluaskan perlindungan keselamatan sosial kepada golongan yang belum dilindungi dan memastikan mereka mendapat perlindungan minimum.
I-Suri diperluas kepada Orang Asli, Orang Asal Sabah dan Sarawak
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata pihaknya akan memanjangkan penyelarasan daftar pemohon program berkenaan dengan agensi bertanggungjawab.
9,011 suri rumah mendaftar i-Suri
Seramai 9,011 orang wanita telah menjadi ahli Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Untuk Suri Rumah (i-Suri) sehingga 12 September lalu.
Pelaksanaan i-Suri bukan sekadar lunas janji manifesto - Wan Azizah
Ia secara tidak langsung merupakan satu penghormatan dan pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan golongan wanita.
Pendaftaran i-Suri KWSP bermula hari ini
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan pendaftaran Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) boleh dibuat mulai hari ini.