Seramai 9,000 kakitangan tetap dan sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah ditugaskan sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergarakan (PKP) sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Ketua Pesuruhjaya APM Datuk Roslan Wahab berkata ia melibatkan penugasan sekatan jalan raya, pemantauan prosedur operasi standard (SOP) dan penugasan melibatkan penghantaran dan pengangkutan.
"Penglibatan bukan sahaja sukarelawan biasa sahaja malah turut melibatkan sukarelawan daripada lantikan pegawai-pegawai kehormat bersekutu ini yang merupakan dari kalangan pensyarah, guru, ahli korporat, artis tempatan.
"Mereka juga dilihat menunjukkan semangat yang tinggi sepanjang perkhidmatan, daripada kakitangan tetap mahupun sukarelawan, semua sama-sama berganding bahu untuk menangani COVID-19," katanya kepada pemberita selepas Majlis Malam Santai Bersama Media di sini, pada Isnin.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM Norhafifi Ismail dan Pengarah APM Negeri Sembilan Leftenan Kolonel (PA) Fazlisyah Muslim.
Beliau juga berkata di samping itu APM juga turut terlibat dalam Op Benteng sejak PKPP dilaksanakan bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan antara peranan yang dimainkan ialah mengangkut warga asing yang ditahan, dari perairan ke pantai dengan bot.
Terdahulu dalam ucapannya, Roslan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada media dalam menyalurkan maklumat kepada orang ramai mengenai APM.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 20 2020
![9,000 anggota APM ditugaskan sepanjang PKP hingga kini 9,000 anggota APM ditugaskan sepanjang PKP hingga kini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/41590116017_APMTAKCUTI.jpg)
Kakitangan dan sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia menunjukkan semangat yang tinggi sepanjang perkhidmatan dalam berganding bahu untuk menangani COVID-19. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Strok haba: APM tidak kurangkan sesi latihan Strok haba: APM tidak kurangkan sesi latihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715912569_WakilastroAWANIA.jpg)
Strok haba: APM tidak kurangkan sesi latihan
Bagaimanapun, sesi latihan akan disesuaikan mengikut keadaan cuaca bagi mengurangkan risiko.
![APM selamatkan kanak-kanak terperangkap dalam kereta di Bukit Bintang APM selamatkan kanak-kanak terperangkap dalam kereta di Bukit Bintang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713828631_terkuncidalamkeret.jpg)
APM selamatkan kanak-kanak terperangkap dalam kereta di Bukit Bintang
Dalam kejadian itu, bapa kepada kanak-kanak berkenaan baru selesai menukar lampin pakai buang anaknya itu sebelum menutup pintu kereta.
![Op Prihatin: 144 pegawai, anggota APM ronda seluruh Perak Op Prihatin: 144 pegawai, anggota APM ronda seluruh Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712501656_DatukIsmailMohdZa.jpg)
Op Prihatin: 144 pegawai, anggota APM ronda seluruh Perak
Sebanyak 144 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) digerakkan bagi melakukan rondaan di lokasi panas seluruh Perak menerusi Op Prihatin.
![APM perlu tingkat ketahanan nasional demi kesejahteraan rakyat - TPM APM perlu tingkat ketahanan nasional demi kesejahteraan rakyat - TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61675356903_AngkatanPertahanan.jpg)
APM perlu tingkat ketahanan nasional demi kesejahteraan rakyat - TPM
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) perlu bergerak ke hadapan dalam meningkatkan ketahanan nasional demi keamanan dan kesejahteraan seluruh rakyat negara ini.
![Cuaca panas: Penduduk Sik diminta waspada reptilia berbisa Cuaca panas: Penduduk Sik diminta waspada reptilia berbisa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41616046252_ULARTEDUNGSELAR.jpg)
Cuaca panas: Penduduk Sik diminta waspada reptilia berbisa
Penduduk di daerah Sik diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan kehadiran reptilia berbisa di kawasan persekitaran rumah masing-masing susulan cuaca panas ketika ini.
![APM sasar satu platun CDA-ERT di setiap cawangan LPP menjelang akhir tahun 2024 APM sasar satu platun CDA-ERT di setiap cawangan LPP menjelang akhir tahun 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709544289_TBDATUKAMINURRAHI.jpg)
APM sasar satu platun CDA-ERT di setiap cawangan LPP menjelang akhir tahun 2024
Ia seiring kehendak kerajaan untuk merekrut penjawat awam sebagai anggota CDA-ERT bagi menjadi responden pertama mendepani sebarang bencana.
!['King Cobra' 20 kilogram berehat bawah almari dapur berjaya ditangkap 'King Cobra' 20 kilogram berehat bawah almari dapur berjaya ditangkap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704592591_KINGCOBRA.jpg)
'King Cobra' 20 kilogram berehat bawah almari dapur berjaya ditangkap
Seekor ular tedung selar dengan berat 20 kilogram sedang 'berehat' sambil melepaskan dengusan yang kuat.
![Biawak tersekat dalam lubang tandas pasar raya Biawak tersekat dalam lubang tandas pasar raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703554058_TBBiawaktersekat.jpg)
Biawak tersekat dalam lubang tandas pasar raya
Kepala biawak seberat empat kilogram tersumbat dalam sebuah lubang tandas lelaki.
![APM kenal pasti 6,000 hotspot banjir seluruh negara APM kenal pasti 6,000 hotspot banjir seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61698801688_tbAPM.jpg)
APM kenal pasti 6,000 hotspot banjir seluruh negara
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah mengenal pasti kira-kira 6,000 'hotspot' banjir di seluruh negara sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula bulan ini hingga Mac depan.
![Lebih 13,000 anggota APM sedia digerakkan hadapi banjir Lebih 13,000 anggota APM sedia digerakkan hadapi banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698136146_APM.jpg)
Lebih 13,000 anggota APM sedia digerakkan hadapi banjir
APM bersedia menggerakkan lebih 13,000 anggotanya dalam tempoh 24 jam ke seluruh negara bagi menghadapi banjir susulan Monsun Timur Laut.