SETIU: Sebanyak 88 menara telekomunikasi baharu dibina di bawah inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1 (2020-2022) bagi meningkatkan capaian internet 4G kepada 96.9 peratus di seluruh Terengganu menjelang hujung tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri Ariffin Deraman berkata daripada jumlah itu sebanyak 13 struktur telekomunikasi telah siap, 10 struktur telekomunikasi masih dalam pembinaan dan baki lagi 65 struktur dalam proses akhir tender.
"Selain itu sebanyak 409 struktur telekomunikasi sedia ada sedang dinaik taraf kepada capaian 4G, di mana 88 struktur daripadanya telah siap dan selebihnya akan siap secara berperingkat menjelang hujung tahun ini," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak penaiktarafan jalur lebar 4G di Kampung Payong di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Terengganu Mohd Fairus Muhamad.
Ariffin berkata di bawah inisiatif tersebut juga sejumlah 38,216 premis sedang dinaik taraf talian tetap fiber optik dan daripada jumlah itu sebanyak 22,609 premis atau 59 peratus telah siap dipasang manakala selebihnya akan siap secara berperingkat sehingga suku keempat 2022.
Selain itu, kata beliau, di bawah inisiatif JENDELA Fasa 1 juga, projek kabel dasar laut sepanjang 35 kilometer bakal dibina antara Merang ke Pulau Redang bagi meningkatkan capaian internet di pulau peranginan tersebut.
"Pembangunan infrastruktur digital melalui inisiatif JENDELA ini akan memberikan liputan jalur lebar kelajuan tinggi yang lebih menyeluruh di seluruh Terengganu bagi menyokong keperluan ekonomi digital, penyampaian aplikasi digital kerajaan negeri, pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) khususnya di kawasan-kawasan kurang liputan di bawah norma baharu ketika ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 26 2021
![88 menara telekomunikasi baharu dibina di Terengganu di bawah inisiatif JENDELA 88 menara telekomunikasi baharu dibina di Terengganu di bawah inisiatif JENDELA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81629961779_MenaraTelekomunikas.jpg)
13 struktur telekomunikasi telah siap, 10 struktur telekomunikasi masih dalam pembinaan dan baki lagi 65 struktur dalam proses akhir tender. - Gambar fail
Niaga AWANI: [Transisi tenaga] Cabaran besar menanti Malaysia
Fokus perubahan tenaga yang Malaysia mahu laksanakan hadir dengan cabaran yang besar dan memerlukan bukan sahaja iltizam politik, sebaliknya sistem utuh dan kerjasama pelabagai pihak khususnya sektor korporat.
AWANI Pagi: Keselamatan kebakaran dalam pemasangan panel solar atas bumbung
[LANGSUNG] Fokus #AWANIpagi 17 Julai 2024 8.30 pagi,
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama PgB Muhamad Zahin Ishak, Pegawai Cawangan Perakuan Keselamatan Kebakaran, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membincangkan antaranya langkah-langkah keselamatan utama yang perlu diambil semasa pemasangan panel solar atas bumbung untuk mengurangkan risiko kebakaran.
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama PgB Muhamad Zahin Ishak, Pegawai Cawangan Perakuan Keselamatan Kebakaran, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membincangkan antaranya langkah-langkah keselamatan utama yang perlu diambil semasa pemasangan panel solar atas bumbung untuk mengurangkan risiko kebakaran.
![Guna AI, sunting gambar rakan wanita jadi bogel Guna AI, sunting gambar rakan wanita jadi bogel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721173465_tblelakiditahanAI.jpg)
Guna AI, sunting gambar rakan wanita jadi bogel
Media tempatan melaporkan, sekitar 20 wanita telah diubah gambar mereka kepada foto bogel.
![Bekalan elektrik terputus, 165,000 penduduk Toronto terjejas banjir Bekalan elektrik terputus, 165,000 penduduk Toronto terjejas banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721173401_tbfloodedsectionD.jpg)
Bekalan elektrik terputus, 165,000 penduduk Toronto terjejas banjir
Banjir juga menyebabkan beberapa kenderaan di bandar itu terkandas di jalan yang ditenggelami air berhampiran Jambatan Dundas.
![Dua warga AS antara yang ditemui maut di hotel Thailand Dua warga AS antara yang ditemui maut di hotel Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721172424_tbGrandHyattErawan.jpg)
Dua warga AS antara yang ditemui maut di hotel Thailand
Menurut polis Thailand, kesemua mangsa adalah berketurunan Vietnam, dengan dua daripadanya membawa pasport AS.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Julai 2024]
[LANGSUNG] Fokus #AWANIpagi 17 Julai 2024 7.30 pagi,
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
1. Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
2. Kim Pan-gon akui akan rindui sokongan rakyat Malaysia
3. Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
1. Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
2. Kim Pan-gon akui akan rindui sokongan rakyat Malaysia
3. Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024
![Langkah menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah antara tumpuan Dewan Rakyat Langkah menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah antara tumpuan Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710125896_BangunanParlimen.jpg)
Langkah menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah antara tumpuan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta Menteri Ekonomi menyatakan langkah tersebut pada sesi jawab lisan.
![Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta pastikan kemampanan sektor air Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta pastikan kemampanan sektor air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta pastikan kemampanan sektor air
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air.
[INFOGRAFIK] Tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Berikut adalah info berkenaan dengan tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
![Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721174203_tbRobertMenendez.jpg)
Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah
Juri di Mahkamah Persekutuan Manhattan membacakan keputusannya pada Selasa selepas berbincang selama lebih 12 jam selama tiga hari.
![KKD teliti guna teknologi satelit sebagai menara telekomunikasi KKD teliti guna teknologi satelit sebagai menara telekomunikasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699354746_FahmiFadzil.jpg)
KKD teliti guna teknologi satelit sebagai menara telekomunikasi
Fahmi Fadzil berkata sekiranya teknologi itu dapat dilaksanakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi, dasar "di mana ada jalan, di situ ada Internet" dapat dicapai dan dilaksanakan dengan baik.
![Pemasangan antena di menara air alternatif selesai masalah capaian internet di Sarawak Pemasangan antena di menara air alternatif selesai masalah capaian internet di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684708860_FahmiFadzil.jpg)
Pemasangan antena di menara air alternatif selesai masalah capaian internet di Sarawak
Kaedah itu boleh menjadi tambahan kepada lebih 600 menara telekomunikasi yang dibina oleh SDEC di seluruh Sarawak.
![125 menara telekomunikasi luar bandar Sarawak mula beroperasi 1 Jun ini 125 menara telekomunikasi luar bandar Sarawak mula beroperasi 1 Jun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71646906165_MenaraTelekomunikas.jpg)
125 menara telekomunikasi luar bandar Sarawak mula beroperasi 1 Jun ini
Sebanyak 125 menara telekomunikasi luar bandar mula beroperasi di Sarawak menjelang perayaan Gawai Dayak 1 Jun ini menerusi inisiatif Telekomunikasi Luar Bandar Lembaga Multimedia Sarawak (SMART).
![Banjir Johor: Lebih separuh menara telekomunikasi terjejas selesai dibaik pulih Banjir Johor: Lebih separuh menara telekomunikasi terjejas selesai dibaik pulih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41678691519_FahmiFadzil.jpg)
Banjir Johor: Lebih separuh menara telekomunikasi terjejas selesai dibaik pulih
Lebih separuh daripada 160 menara telekomunikasi yang terjejas akibat banjir di Johor berjaya dipulihkan setakat semalam, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
![Perak percepat proses bina menara telekomunikasi, beri liputan lebih baik Perak percepat proses bina menara telekomunikasi, beri liputan lebih baik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41676868615_TBmenaratelekomunik.jpg)
Perak percepat proses bina menara telekomunikasi, beri liputan lebih baik
Pembinaan 105 menara telekomunikasi di seluruh negeri Perak akan dipercepatkan tahun ini, untuk memberi liputan yang lebih baik.
![Menara telekomunikasi terjejas akibat banjir di Kelantan selesai dibaiki - Fahmi Menara telekomunikasi terjejas akibat banjir di Kelantan selesai dibaiki - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673629180_JalanBendangPaYo.jpg)
Menara telekomunikasi terjejas akibat banjir di Kelantan selesai dibaiki - Fahmi
Sejumlah 100 menara telekomunikasi di Kelantan yang rosak akibat banjir telah selesai dibaiki serta berfungsi seperti biasa, kata Menteri Komunikasi Dan Digital Fahmi Fadzil.
![350 menara telekomunikasi terjejas banjir dinaik taraf sejak 2014 350 menara telekomunikasi terjejas banjir dinaik taraf sejak 2014](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61673595303_lawatankerja.jpg)
350 menara telekomunikasi terjejas banjir dinaik taraf sejak 2014
Kementerian Komunikasi dan Digital menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sudah menaik taraf sebanyak 350 menara telekomunikasi di kawasan yang terjejas banjir seluruh negara.
![Menara telekomunikasi akan dibina di Pulau Sipadan - Mohammad Menara telekomunikasi akan dibina di Pulau Sipadan - Mohammad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51664721162_PULAUSIPADAN.jpg)
Menara telekomunikasi akan dibina di Pulau Sipadan - Mohammad
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama kerajaan Sabah melalui Taman-Taman Sabah, telah mengenal pasti lokasi bagi pembinaan menara telekomunikasi di Pulau Sipadan.
![Kerajaan lulus RM8.94 juta pertingkat akses internet di Kota Belud Kerajaan lulus RM8.94 juta pertingkat akses internet di Kota Belud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/71593529586_SallehKeruak.jpg)
Kerajaan lulus RM8.94 juta pertingkat akses internet di Kota Belud
Salleh juga menyeru agar orang ramai memanfaatkan internet untuk menceburi perniagaan digital atau perniagaan dalam talian.
![Tiga lagi menara telekomunikasi akan dibina di Pulau Bum Bum Tiga lagi menara telekomunikasi akan dibina di Pulau Bum Bum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41628758388_MenaraTelekomunikas.jpg)
Tiga lagi menara telekomunikasi akan dibina di Pulau Bum Bum
Penduduk kampung juga perlu memanfaatkan capaian Internet yang lebih baik itu dengan menambah pendapatan keluarga.