KUALA LUMPUR: Sebanyak RM91.1 juta telah dikeluarkan melalui inisiatif GOpinjam, pinjaman peribadi berjangka pendek yang dibangunkan CIMB Bank Berhad (CIMB) dengan kerjasama TNG Digital Sdn Bhd (TNGD) kepada 88,620 pelanggan individu sehingga akhir Mac 2023.
Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan, 55 peratus daripada peminjam berkenaan ialah golongan belia berumur di bawah 30 tahun dengan pinjaman purata yang diberikan sebanyak RM1,500 seorang.
"GOpinjam merupakan sebahagian daripada agenda rangkuman kewangan CIMB yang ditawarkan melalui platform e-wallet TNGD untuk memenuhi keperluan kewangan sementara pelanggan yang tidak mempunyai akaun bank atau rekod kredit dan memerlukan pinjaman berjumlah kecil bagi tempoh singkat.
"Sebelum ini, mereka sukar mendapat akses dan mungkin terpaksa bergantung kepada pemberi pinjam tidak berlesen seperti Ah Long untuk mendapatkan pinjaman," kata MOF dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.
MOF menjawab pertanyaan Rodiyah Sapiee (GPS-Batang Sadong) berhubung jumlah peminjam dan purata pembiayaan diluluskan khususnya golongan belia yang membuat pinjaman peribadi secara terus dengan institusi bukan kewangan seperti di Shopee (Sloan), TNGeWallet (GOPinjam) dan BigPay.
Dalam menawarkan produk pembiayaan, MOF berkata semua institusi kewangan yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dikehendaki mematuhi keperluan yang digariskan bank pusat bagi memastikan layanan adil terhadap pengguna dan melindunginya daripada beban hutang berlebihan dan kesulitan kewangan.
"Langkah ini termasuk menjalankan penilaian kemampuan dan mematuhi nisbah khidmat hutang yang berhemat untuk memastikan pengguna mampu membayar balik pembiayaan sepanjang tempoh pembiayaan.
"Selain itu, institusi kewangan perlu memberikan maklumat penting berhubung produk bagi memudahkan pelanggan membuat keputusan tepat termasuk kadar faedah, jumlah faedah yang perlu dibayar pada sepanjang tempoh dan tindakan yang boleh diambil oleh bank sekiranya berlaku kemungkiran," katanya.
Menurut MOF, BNM sentiasa memantau dan memastikan insitusi kewangan bertindak secara adil ketika menawarkan perkhidmatan dan produk kewangan mereka kepada pelanggan.
"Sekiranya bank pusat mengesan sebarang amalan pasaran yang tidak adil dan boleh menyebabkan kemudaratan besar kepada pengguna kewangan, tindakan penyeliaan dan penguatkuasaan yang sesuai dan tegas akan diambil," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 17 2023
Menurut MOF (gambar), BNM sentiasa memantau dan memastikan insitusi kewangan bertindak secara adil ketika menawarkan perkhidmatan dan produk kewangan mereka kepada pelanggan. - Gambar hiasan
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
88,620 individu guna pinjaman GOpinjam bernilai RM91.1 juta sehingga Mac 2023 - MOF
55 peratus daripada peminjam ialah golongan belia berumur di bawah 30 tahun dengan pinjaman purata sebanyak RM1,500 seorang.