KUANTAN: Seramai 85 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Sri Lanka dilaporkan selamat walaupun berlaku ketegangan di negara itu, kata Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata kementeriannya bersedia untuk memindahkan rakyat Malaysia di situ jika keadaan bertambah buruk, dengan perkembangan semasa situasi di negara itu dipantau rapat buat masa ini.
"Kita menjangkakan keadaan di Sri Lanka akan kembali reda dalam beberapa hari ini setelah Presiden dan Perdana Menteri negara itu menyerahkan kuasa kepada Speaker Dewan.
"Buat masa ini, kita menasihatkan rakyat Malaysia di sana supaya tidak keluar rumah dan segera menghubungi pihak kedutaan Malaysia jika terdapat keperluan terutamanya dari segi bekalan makanan," katanya.
Saifuddin berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Korban Aidiladha Parlimen Indera Mahkota di Masjid Sungai Karang Darat di sini hari ini, yang melibatkan agihan 43 ekor lembu kepada kawasan sekitar parlimen itu.
Selain itu, beliau juga meminta mereka yang gagal menghubungi saudara mara di Sri Lanka agar segera memaklumkan kedutaan Malaysia di Colombo supaya mereka dapat dikesan.
"Kita tidak menjangka sesuatu yang buruk berlaku terhadap mereka, cuma apa yang dibimbangi kemungkinan berlaku komunikasi terputus di sana," katanya.
Media antarabangsa sebelum ini melaporkan pergolakan di Sri Lanka berlaku akibat krisis kewangan paling teruk dengan negara itu gagal membayar balik hutang luar berjumlah US$51 bilion (RM226 bilion) dan kini mengadakan rundingan dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bagi mendapatkan bantuan.
Presiden Gotabaya Rajapaksa dan Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe telah mengumumkan peletakan jawatan mereka selepas penunjuk perasaan yang marah menyerbu kediaman presiden pada hari Sabtu dan membakar rumah perdana menteri.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 11 2022
Saifuddin juga meminta mereka yang gagal menghubungi saudara mara di Sri Lanka agar segera memaklumkan kedutaan Malaysia di Colombo supaya mereka dapat dikesan. - Gambar fail
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Hampir 480,000 terjejas oleh cuaca buruk di Sri Lanka
Seramai 479,871 individu daripada 142,624 keluarga terjejas, dengan 17 kematian dan 20 kecederaan dilaporkan.
Sri Lanka kerah 90,000 anggota keselamatan untuk Pilihan Raya Parlimen
Pasukan keselamatan dikerah mulai Selasa untuk pastikan pilihan raya berjalan bebas dan adil, setakat ini tiada sebarang aduan serius diterima.
Perdana Menteri baharu Sri Lanka angkat sumpah
Ahli Parlimen dari Parti National People's Power (NPP) Harini Amarasuriya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baharu Sri Lanka pada Selasa.
Perdana Menteri Sri Lanka letak jawatan selepas presiden baharu dipilih
Perdana Menteri Sri Lanka Dinesh Gunawardena menyerahkan surat peletakan jawatannya pada pagi Isnin susulan pemilihan Anura Kumara Dissanayake sebagai presiden baharu negara itu, lapor Xinhua.
PM Anwar ucap tahniah kepada presiden baharu Sri Lanka
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan tahniah kepada Anura Kumara Dissanayake yang terpilih sebagai Presiden Sri Lanka yang baharu.
Cef Malaysia pukau pelajar institut pelancongan Sri Lanka
Cef Murad mengadakan pertunjukan memasak di Colombo sebagai sebahagian festival masakan Malaysia yang sedang berlangsung di Sri Lanka.
Sri Lanka akan dakwa 10 nelayan India atas kematian kelasi tentera laut
Tentera Laut Sri Lanka merampas sebuah bot pukat tunda di luar Kankasanthurai di Wilayah Jaffna di utara negara itu pada 25 Jun lalu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tujuh maut kereta lumba rempuh penonton di Sri Lanka
Dalam kemalangan di Fox Hill Supercross itu, 18 penonton lain mengalami kecederaan.
Pakistan sambut Aidilfitri hari ini, Bangladesh dan India rai Khamis
Umat Islam di Pakistan dan Sri Lanka meraikan Aidilfitri pada Rabu manakala mereka yang berada di Bangladesh dan sebahagian besar India akan menyambut perayaan itu Khamis.