Berikut adalah antara senarai penerima yang dianugerahkan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran 'Tan Sri':
- Tan Sri Datuk Johari Abdul, Yang Dipertua Dewan Rakyat,
- Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang),
- Senator Datuk Seri Anifah Aman, Ahli Dewan Negara,
- Lim Kit Siang, veteran politik,
- Datuk Abdul Rahman Sebli, Hakim Besar Sabah dan Sarawak,
- Datuk Nallini Patmanathan, Hakim Mahkamah Persekutuan,
- Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh, mantan Hakim Mahkamah Persekutuan,
- Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mantan Menteri Besar Kelantan,
- Datuk Seri Dr. Nik Norzul Thani N. Hassan Thani, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Sime Darby Plantation Berhad,
- Datuk Seri Dr. Ahmad Khan Nawab Khan, komposer,
- Datuk Jaganath Derek Steven Sabapathy, Pengerusi Battersea Power Station Holding Company Limited,
- Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed A.R. Albar, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad,
- Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas,
- Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob, Panglima Tentera Laut,
- Jeneral Datuk Seri Mohamad Ab Rahman, Panglima Tentera Darat,
- Datuk Pkharuddin Ghazali @ Mat Jali, Ketua Pengarah Pendidikan,
- Datuk Johan Mahmood @ Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan,
- Tan Aik Huang, bekas pemain badminton negara,
- Datuk Irwan Shah Abdullah @ DJ Dave, Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair.
- Mohd Aseral Jusman, Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja,
- Mohd Aini Atan, Ketua Protokol Jabatan Protokol dan Konsular Kementerian Luar Negeri,
- Abdul Halim Hamzah, Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet),
- Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera.
Ia merupakan istiadat pengurniaan darjah kebesaran terakhir yang disempurnakan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong, setelah bersemayam sejak lima tahun lepas.